Monday, March 03, 2014

Video Gadis Belasah Warga Tua Dalam Bas!

Video Gadis Belasah Warga Tua Dalam Bas!

Tidak padan dengan jantina, dua perempuan muda melakukan serangan berunsur perkauman terhadap lelaki warga emas berusia 77 tahun yang juga rabun dalam sebuah bas, lapor media.

Lana Janet Watmough and Layni Gloria Cameron

Kejadian itu menjadi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa selepas rakaman mengenainya dimuat naik di laman sosial - terima kasih kepada seorang budak perempuan yang berani.

Lana Janet Watmough, 21, dan Layni Gloria Cameron, 17, menyerah diri kepada polis selepas rakaman kejadian itu tersebar kepada umum.

Semalam, kedua-duanya mereka didakwa menyerang dan mengganggu mangsa.

Lana dibebaskan dengan jaminan manakala Layni masih ditahan reman.

Seorang budak perempuan berusia 13 tahun merakamkan kejadian itu yang menunjukkan mereka turut menendang dan meludah Paul Bittigieg yang ketika itu duduk di bahagian depan bas.



Kedua-duanya mereka juga memaki hamun penumpang lain ketika menaiki bas itu, termasuk seorang ibu yang membawa anaknya.

Bercakap kepada media, Buttigieg berkata, dua perempuan terbabit memaki hamun orang ketika menaiki bas dari pintu belakang.

“Saya berkata dengan baik supaya jangan menyeranah kami, namun tiba-tiba mereka memukul saya,” katanya.

Kes itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menandatangani petisyen selain mewujudkan kumpulan di Facebook mendesak mereka ditangkap.

Sementara itu, peguam bela dua wanita terbabit berkata anak guamnya turut menerima ancaman bunuh.

Kes 2 London: Seorang wanita yang menjadi buruan kumpulan gengster menyaman polis yang menyelamatkannya kerana pihak berkuasa didakwa melanggar hak asasi.

Julie, 47 London police protection

Wanita dikenali sebagai Julie, 47, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London bagi menuntut ganti rugi £100,000 (RM549,000) daripada Polis Metropolitan.

Berdasarkan dokumen difail, Julie mendakwa dia kini papa kedana selepas hampir sedekad dimasukkan ke skim perlindungan saksi.

Tuntutannya bakal didengar lewat tahun ini dan dia akan mewakili dirinya sendiri berikutan tidak mampu melantik peguam.

Jurumekap profesional itu tinggal di beberapa lokasi rahsia bersama anak perempuan remajanya di selatan England sejak dia dan bekas teman lelakinya - pengedar dadah yang mempunyai kaitan dengan keluarga gengster Adams - menjadi buruan penjenayah.

Kata Julie, polis melarangnya bekerja ketika berada dalam skim perlindungan saksi mengakibatkan rumahnya di London, serta beberapa harta lain, dirampas bank disebabkan gagal membayar hutangnya.

“Saya hilang segala-galanya.

“Mereka berjanji akan menebus balik sebarang kerugian dialami sepanjang berada dalam program perlindungan saksi itu, tetapi kini saya tiada duit langsung dan masih takut setiap kali terdengar pintu rumah diketuk,” katanya.

Menurut Julie, masalahnya bermula selepas polis merampas sejumlah besar dadah di dalam van dipandu bekas teman lelakinya.

Dorling merempuh van itu supaya ditangkap kerana bimbang diburu anggota geng yang mungkin melihatnya sebagai tali barut akibat kejadian itu.

Polis kemudian menghubungi Julie dengan amaran dia menjadi sasaran pembunuh upahan.

Julie berkata dia dimaklumkan program itu hanya untuk enam bulan sehingga perlu memberi keterangan terhadap Dorling.

“Namun kini sudah bertahun-tahun saya hidup bagai pelarian.

“Saya, ibu dan anak perempuan tinggal di sembilan rumah antara 2003 dan 2011,” katanya.

Agensi Kes 3 Florida: Seorang wanita yang terkenal selepas gambarnya di balai polis dimuat naik ke Internet kini menyaman sebuah syarikat yang didakwa menyalahgunakannya untuk mengaut keuntungan.

Meagan Simmons, 28

Meagan Simmons, 28, menuduh InstantCheckmate.com meraih keuntungan daripada imej itu yang diambil ketika dia ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 2010.

Gambar itu banyak kali digunakan dalam Internet berikutan keayuan wajahnya.

Namun peguam Meagan, Matthew Cristmenyifatkan perbuatan syarikat terbabit sebagai melampau.

Ini berikutan syarikat yang melakukan pemeriksaan latar belakang untuk pelanggannya menggunakan gambar itu dalam iklan berserta slogan “Kadangkala yang comel tidak semestinya tidak bersalah.” “Ini isu membabitkan harta intelek.

Jika mereka mahu menggunakan imej itu mereka perlu membayarnya,” katanya. -Agensi

Perogol Kepanasan Selepas Baca Ayat Kursi!

Perogol Kepanasan Selepas Baca Ayat Kursi!

“Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.

Gambar hiasan.

Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.

Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.

“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.

Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri.

“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.

Dia (penjenayah) memeluk dan mula mencium saya.

Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.

“Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya.

“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu merogol.

“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata,” katanya.

Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah.

“Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.

“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya,” katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain.

Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK).

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Video Lelaki Bisu Sembuh Dengan Ayat Al-Qur'an

Sumber: Hmetro Online

Tuesday, February 25, 2014

Sebar Video 'Panas' Berang Putus Cinta!

Sebar Video 'Panas' Berang Putus Cinta!

Kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak menyebarkan gambar bogel dan video bekas teman wanitanya dalam keadaan mengaibkan sejak seminggu lalu.

Sebar video lucah
Gambar hiasan.

Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan ini kerana tidak tahan sikap panas barannya.

Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel mangsa di laman sosial.

Sumber berkata, mulanya mangsa tidak mengendahkan ugutan lelaki terbabit sehingga pada Rabu lalu dia menerima pesanan melalui WeChat dari seorang rakan yang ternampak gambar bogelnya dimuatkan dalam Facebook.


Lebih teruk, katanya, lelaki terbabit turut membuka sebuah lagi akaun Facebook untuk menyebarkan gambar bogel dan video lucahnya selain turut dimuatkan ke YouTube.

“Mangsa menghubungi lelaki itu, namun dia menafikan bertanggungjawab mengenai penyebaran gambar dan video lucah berkenaan.

“Temberang lelaki itu terbongkar apabila dia memarahi mangsa dan memaklumkan penyebaran gambar bogel dan video lucah sebagai balasan tindakannya memutuskan hubungan mereka,” katanya.

Berikutan itu mangsa ditemani seorang rakan membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut, kelmarin. –myMetro Online

Tuesday, February 18, 2014

Bekas Suami Ugut Sebar Gambar Tanpa Pakaian!

Bekas Suami Ugut Sebar Gambar Tanpa Pakaian!

Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin.

Isteri-Cantik
Gambar hiasan.

Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk wanita berkenaan dua bulan lalu.

Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang tidak menyukai pilihan keluarga wanita itu menyebabkan dia mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa di Internet sekiranya meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya berikutan sikap panas barannya dan selepas bercerai, dia tidak menghubungi lelaki itu.

“Namun, tiba-tiba bekas suami menghubungi saya kelmarin dan menyatakan niatnya untuk berjumpa.

Meskipun saya terkejut menerima panggilan itu, saya tetap berjumpa dengannya kerana dia menyatakan ada hal penting untuk dibincangkan.

“Ketika perjumpaan itu, bekas suami menunjukkan satu gambar bogel saya yang dipercayai dirakam ketika kami sah sebagai suami isteri dan dia meminta saya membatalkan perkahwinan dengan bakal suami dengan dakwaan bakal suami saya kaki perempuan,” katanya.

Beliau berkata, apabila dia menyatakan tidak mampu untuk membatalkan perkahwinan berikutan bakal suami pilihan keluarga, bekas suaminya naik angin dan mula mengugut menyebarkan gambar bogelnya.

Katanya, lelaki itu turut mengugut akan memukul dan membunuhnya jika enggan menurut perintahnya itu.

Bagi mengelak lelaki itu bertindak agresif, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan.

BACA INI JUGA: Fantasi Wanita Ketika Hubungan Intim

Sumber: Hmetro

Saturday, February 15, 2014

Video Pemandu Kaya Singapura Hina Pemandu Bas!

Video Pemandu Kaya Singapura Hina Pemandu Bas!

Alkisahnya di pusat membeli-belah Tampines One, Singapura, satu perang mulut telah berlaku antara penumpang sebuah kereta Mitsubishi Lancer dan pemandu bas.

Orang-kaya-sombong

Menerusi info pada video tersebut, kereta tersebut telah meletak kereta di laluan yang tidak sepatutnya hingga menghalang laluan sebuah bas.

Dalam pertengkaran itu, penumpang kereta tersebut dilihat memandang rendah kepada pekerjaan pemandu bas melalui dialog balas antara mereka;

Penumpang kereta: No wonder you’re bus driver. Cannot find a proper job! (Patutlah awak pemandu bas. Tak dapat cari kerja bagus!)

Pemandu bas: Bus driver earn more than you lah! (Pemandu bas dapat (gaji) lebih banyak daripada awaklah!)

Penumpang kereta: Ah, please lah. You earn how much? I got car, you got what? Bus lah! (Ah, tolonglah. Berapa awak dapat? Saya ada kereta, awak ada apa? Bus lah!)

Amboi, sombongnya! Baru pakai kereta mahal sikit dah berlagak ya.


Agaknya dia lupa, Tuhan boleh tarik balik kesenangan dan kemewahan bila-bila masa saja...

Sumber: Wanita New Zealand Memandu Sejauh 300 Kilometer Ketika Tidur!

Sumber: Mynewshub

Thursday, February 13, 2014

Video Ustaz Pijak Kepala Lelaki Viral Di Indonesia!

Video Ustaz Pijak Kepala Lelaki Viral Di Indonesia!

Laman sosial Indonesia minggu ini kecoh dengan penyebaran sebuah kilp youtube selama 3 minit yang memperlihatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Hariri menginjak kepala seorang lelaki kerana marah yang teramat.

Ustaz Hariri Pijak Kepala

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Bandung, Jawa Barat.

Lelaki yang diinjak kepalanya itu merupakan petugas yang menjaga sistem bunyi pada majlis berkenaan.

Pengurus ustaz berkenaan yang dihubungi media Indonesia, Odet memberitahu majikannya bertindaknya demikian kerana marah dengan kualiti bunyi yang disediakan lelaki itu.

(Baca: Pengantin Wanita Silap Tiduri Pengapit Lelaki Di Malam Pertama)

“Kita sewa sound kan wajar ingin yang kualitasnya baik,” katanya.

Menurut beliau, tindakan lelaki itu yang memohon maaf dalam keadaan marah kepada Ustaz hariri menjadi punca mengapa majikannya bertindak menginjak kepada lelaki itu.

Namun menurut Odet, Ustaz Hariri telah memohon maaf kepada lelaki berkenaan dan menganggap isu itu sebagai selesai.

Begitupun, komuniti aktif media online Indonesia nampaknya tidak menerima perlakukan ustaz berkenaan dengan begitu mudah sekali.


Ramai yang menyifatkan ustaz berkenaan yang muncul dalam beberapa sinetron seperti Islam KTP dan Sampean Muslim sebagai sombong dan memalukan penganut Islam.

Sumber: Mynewshub

Wednesday, January 08, 2014

Pelajar Ditampar 40 Kali Sehingga Buta!

Pelajar Ditampar 40 Kali Sehingga Buta!

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun di China terpaksa menjalani pembedahan mata selepas ditampar hampir 40 kali hanya kerana gagal menyiapkan kerja rumah diberi gurunya.

Pelajar ditampar 40 kali
Mangsa mengalami masalah penglihatan mata kiri.

Kanak-kanak berasal dari Zhengzhou di wilayah Henan itu berkata, dia ditampar selepas gurunya menyuruh semua rakan sekelas berbuat demikian sebagai hukuman tidak menyiapkan kerjanya.

Malah, katanya, guru itu menjanjikan hadiah untuk murid yang menghasilkan bunyi menampar paling kuat.

“Selepas disepak, guru itu memaksa saya membuat tekan tubi dan melarang saya makan tengah hari,” katanya seperti dilapor media.

(Baca: Suami Bunuh Isteri Gara-gara Bosan Di Ranjang!)

Ketika itu mangsa menyangka masalahnya akan berakhir di situ saja sehinggalah dia berasa ada sesuatu tidak kena pada dirinya.

Menurut mangsa dia gagal melihat dengan jelas menggunakan mata kirinya beberapa jam kemudian.

Difahamkan, guru berkenaan menganggap hukuman berat adalah kaedah terbaik mendorong muridnya belajar dengan lebih baik.

Pelajar ditampar 40 kali
Ibu mangsa dibayar pampasan RM16,000 oleh pihak sekolah.

Sementara itu, ibu mangsa berkata dia terkejut apabila mengetahui betapa teruk kecederaan dialami anaknya.

“Malah doktor memaklumkan anak saya mungkin tidak lagi dapat menggunakan mata kirinya,” katanya.

Menurut wanita terbabit, keluarganya menerima pampasan sebanyak 30,000 yuan (RM16,278) yang sudah pun digunakan untuk perbelanjaan pembedahan itu.

“Saya berharap anak saya tidak cacat,” katanya. -Agensi