Monday, April 28, 2014

Gambar ‘Selfie’ Paling Bodoh Pasangan Kekasih Di China!

Gambar ‘Selfie’ Paling Bodoh Pasangan Kekasih Di China!

Gambar satu pasangan yang duduk di bahagian tingkap sebuah teksi untuk merakamkan gambar ‘selfie’ mereka mendapat kritikan hebat pengguna Internet apabila ia dimuat naik di laman sosial China baru-baru ini.

Stupid_Selfie

Mereka dilabel sebagai ‘mabuk atau bodoh’ kerana melakukan perkara berkenaan dalam keadaan teksi yang bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam, sekali gus membahayakan keselamatan sendiri.

Ketika ditanyakan pemberita mengenai hal itu, pemandu teksi berkenaan menyatakan, pasangan itu tiba-tiba mengeluarkan badan mereka melalui tingkap di bahagian penumpang dan duduk sambil mengambil gambar berdua ketika dia sedang memandu di bandar dalam wilayah Lioning itu.

Kedua-dua mereka dikatakan berada dalam keadaan mabuk.

Gambar ‘kebodohan’ pasangan itu tersebar secara meluas di Internet dan mengundang kritikan dalam kalangan pengguna yang melihatnya. –Agensi

Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali


Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali

“Saya membunuhnya dan gembira melakukannya”. Itu kata-kata seorang remaja sewaktu tiba di sekolah dengan pakaian yang berlumuran darah selepas menikam neneknya sebanyak 57 kali sehingga mati.

Dalam kejadian yang berlaku di selatan-barat Atlanta pada Jumaat minggu lalu, Charles Price, 14, menikam Mary Price, 76, di kediamannya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Pihak sekolah yang mendengar pengakuan remaja itu segera menghubungi pihak polis yang kemudiannya bergegas ke rumah mangsa dan menemui tompokon darah bermula dari dapur sehingga ke ruang tamu.

Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali [2]

Pegawai polis yang berada di tempat kejadian menyifatkan ia sebagai jenayah yang cukup menggerunkan.

Dua pisau yang sudah patah turut ditemui di bahagian dapur dan ruang tamu rumah tersebut.

Salah seorang bapa saudara remaja itu percaya pertengkaran antara Charles dengan neneknya ada kaitannya dengan televisyen.

Remaja itu kini ditahan dan tidak dibenarkan ikat jamin sehingga perbicaraan di mahkamah hujung bulan ini. -DailyMail

-Sentiasapanas.com

Tuesday, March 18, 2014

Osama Bin Laden Ditembak Sampai Hancur!

Osama Bin Laden Ditembak Sampai Hancur!

Sumber terbaru semalam mendedahkan pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden ditembak lebih seratus kali dalam operasi membunuhnya pada 2011.

Osama

Laporan terbaru daripada satu laman web yang terkenal dalam kalangan perisik dan perkhidmatan bersenjata mendakwa, bilangan das yang ditembak untuk membunuh Osama adalah punca Amerika Syarikat enggan menyiarkan gambar mayatnya.

Dengan memetik dua sumber sulit, Laporan Situasi Operasi Khas Tentera mendedahkan bagaimana askar Amerika yang terbabit dalam pembunuhan itu bergilir-gilir melepaskan tembakan dengan menyasarkan mayat Osama.

Menurut laman itu, meskipun anggota komando tentera laut Amerika Syarikat merasakan tidak bersalah dari segi ‘moral, undang-undang dan etika’ untuk menembak pemimpin al-Qaeda itu berulang kali bagi memastikan dia benar-benar mati dan tidak lagi menjadi ancaman, tindakan mereka hingga menghancurkan mayat Osama adalah tidak wajar.

“Apa yang berlaku dalam serbuan terhadap Osama adalah melampaui batas.

Perbuatan mereka jelas bukan untuk memastikan Osama tidak lagi menjadi ancaman tetapi hanya untuk memuaskan hati mereka,” kata pengarang laporan berkenaan, Jack Murphy.

Selepas pembunuhan itu, Presiden Barack Obama dan pentadbirannya berkata, mereka mempunyai alasan untuk tidak mendedahkan gambar mayat Osama atau langkah mengebumikannya di laut.

Alasan mereka kononnya supaya ia tidak dijadikan propaganda oleh al-Qaeda.

Teori baru menunjukkan, mereka cuba mengelak daripada sebarang tindak balas kerana keganasan melampau dalam pembunuhan Osama.

Butir mengenai misi sulit itu terbongkar daklam buku anggota keenam pasukan komando Amerika yang terbabit dalam operasi itu, Mark Bissonnette.

Dalam buku No Easy Day itu, Bissonnette menulis: “Ketika dia (Osama) nazak, saya dan seorang anggota lain membidik senjata kami ke arah dadanya dan melepaskan tembakan.

“Sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan tentera Amerika Syarikat untuk melakukan kekejaman seperti itu,” kata Murphy.-Agensi

BACA INI JUGA: Top 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat

Saturday, March 01, 2014

Video Lelaki Maut Dengan Satu Tumbukan!

Video Lelaki Maut Dengan Satu Tumbukan!

Seorang penghidap sindrom Asperger maut apabila ditumbuk oleh seorang lelaki hanya dengan satu tumbukan.

Asperger Andrew Young

Saat pesakit Asperger Andrew Young, 40 tahun, ditumbuk dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Charminster, Bournemouth, United Kingdom.

Pada awalnya Andrew menegur seorang lelaki yang menaiki basikal Victor Ibitoye, kerana berkayuh di atas bahu jalan yang menjadi kawasan pejalan kaki.

Andrew berkata kepada Victor perbuatan itu berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Ketika Victor mahu beredar meninggalkan Andrew, datang rakannya Lewis Gill, 20 tahun, terus menumbuk Andrew tepat di muka.

Lewis Gill, 20

Andrew jatuh terlentang dan kepalanya terhantuk permukaan jalan raya. Dia meninggal dunia pada keesokan harinya kerana kecederaan di kepala.

Kerana perbuatannya, Lewis dijatuhi hukuman penjara selama empat setengah tahun Jumaat lalu selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian.

Ibu mangsa, bagaimanapun menganggap tempoh hukuman penjara yang dikenakan tidak mencukupi.

“Hukuman penjara ini umpama satu gurauan, saya fikir jika seseorang telah mengambil nyawa orang lain, orang itu pula perlu bersedia untuk nyawanya juga diambil,” kata Pamela Young.

Peguambela Lewis, Steven Perian dalam hujan pembelaannya berkata anak guamnya bertindak balas kerana Andrew membuat dakwaan bersifat perkauman.

Kejadian menyayat hati ittu berlaku pada 6 November tahun lepas. Sumber: Mynewshub



Tuesday, February 11, 2014

Video Mekanik Belasah Pelanggan Sampai Mati!

Video Mekanik Belasah Pelanggan Sampai Mati!

Seorang lelaki yang cedera parah dibelasah tiga hari lalu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini, kelmarin.

Bunuh

Mangsa dilapor dipukul di kepala menggunakan pasu bunga dan sebatang kayu oleh seorang pekerja sebuah bengkel berusia 40 tahun dalam kejadian di Sungai Buloh, di sini, kira-kira jam 2 petang, 5 Februari lalu.

Harian Metro difahamkan, mangsa terbabit dengan pertengkaran selepas menuntut semula barangan miliknya daripada pekerja bengkel itu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, siasatan awal, mangsa yang berusia 42 tahun ada pergi semula ke premis suspek bekerja untuk menuntut pengunci van miliknya yang belum dipasang pekerja bengkel berkenaan.

(Baca: Ngeri! Gambar Pencuri Dibakar Hidup-hidup!)

“Mangsa dan suspek kemudian terbabit dalam pertengkaran. Suspek yang hilang pertimbangan kemudian memukul kepala mangsa sehingga pengsan,” katanya memberitahu suspek dipercayai menggunakan pasu bunga dan kayu sebagai senjata.

Junaidi berkata, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke HSB untuk diberikan rawatan dan keadaannya ketika itu dilaporkan tidak sedarkan diri.

“Mangsa bagaimanapun disahkan maut kira-kira jam 3 petang kelmarin,” katanya.

Katanya, susulan kejadian itu, pihaknya menahan suspek dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Menurutnya, semakan mendapati suspek juga mempunyai satu rekod jenayah lampu. Sumber: Mynewshub


Saturday, January 25, 2014

KEJAM! Video Bulu Arnab Disiat Demi Keuntungan

KEJAM! Video Bulu Arnab Disiat Demi Keuntungan

Penternak arnab di China sanggup bertindak zalim menyiat bulu haiwan itu demi keuntungan berganda.

KEJAM! Video Bulu Arnab Disiat Demi Keuntungan

Dalam keadaan kaki dan tangan diikat, bulu arnab disiat dua hingga tiga bulan sekali.

Selepas itu, arnab dibiarkan pulih dalam sangkar kotor hingga ada yang terkena jangkitan.

Pengarah hak asasi haiwan Peta Britain Mimi Bekhechi berkata, arnab berusia dua dan lima tahun dibunuh jika bulunya tidak tumbuh.

"Kami memboikot baju sejuk atau selendang tertulis angora," katanya.

Video dibawah memaparkan bagaimana seekor arnab berwarna putih menjerit ketakutan ketika bulu mereka dicabut dengan menggunakan tangan.

Menyiat bulu arnab tersebut dilakukan hingga kulit arnab yang berwarna pink kelihatan jelas.



[Sumber]

Thursday, December 19, 2013

Anggota TLDM Dari Sabah Mati Di Bunuh Ketika Latihan?!

Anggota TLDM Dari Sabah Mati Di Bunuh Ketika Latihan?!

Pihak polis akan membuka kertas siasatan berhubung kes kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3 Dis lalu, jika ia mempunyai unsur jenayah.

Asrup Raidin, 27

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya akan menyiasat mengikut peruntukan Kanun Acara Jenayah setelah menerima laporan dari semua jabatan termasuk laporan bedah siasat dan patologi.

“Kalau ada unsur-unsur jenayah kita akan menjalankan siasatan lain yang ada kaitan. Setakat ini kita siasat kematian mengejut dan jika mati akibat itu, kita akan tutup kes,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak termasuk media agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.

(Baca: Top 5 Pemimpin Kejam Paling Dibenci Dunia)

Menurut laporan, Laskar Kelas Pertama itu yang berasal dari Tenom dipercayai mati lemas ketika menjalani latihan renang di platform Danau di Stesen Uniform, Pulau Terumbu Ubi di Laut China Selatan.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, mangsa, Asrup Raidin, 27, dikatakan sedang melaksanakan latihan renang bersama beberapa pegawai TLDM yang lain sebelum mangsa dilihat letih dan lemah lalu dibawa ke jeti untuk diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, Panglima Wilayah Laut Dua Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohammad Rosland Omar berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Dibunuh?

Menurut pihak yang mula-mula memuat naik gambar ini, seolah-olah ada konspirasi di pihak pegawai mangsa untuk menutup kejadian sebenar.

Asrup Raidin, 27

Mangsa dilaporkan sebagai mati lemas sedangkan dalam gambar jelas kelihatan yang mangsa seperti didera dengan kesan lebam akibat dipukul dan dicucuh dengan rokok.

Asrup Raidin, 27

Justeru, ada dua aspek penting di sini.

Pertamanya, pihak TLDM perlu menyiasat kesahihan kes itu dan menafikannya andai benar tidak berlaku sebarang penderaan. Tindakan itu perlu memandangkan ramai yang memberikan komen bahawa berlaku main kasar dalam apa yang menimpa mangsa. Dan isu ini juga semakin mendapat perhatian pengguna media sosial.

(Baca: Kejam! Pesalah Dihiris Selama Tiga Hari Sebelum Dibenarkan Mati! )

Keduanya... andai memang berlaku tindakan berunsur jenayah, maka pegawai yang atau sesiapa sahaja yang terbabit dalam kejadian itu harus diambil tindakan.

Yang pasti sesuatu perlu dilakukan demi nama baik TLDM atau demi keadilan kepada Asruf andai benar ada berlaku jenayah.

Sumber: Bernama/Mynewshub

Thursday, December 05, 2013

Suami Bunuh Isteri Gara-gara Bosan Di Ranjang!

Suami Bunuh Isteri Gara-gara Bosan Di Ranjang!

Seorang lelaki Australia yang dibicarakan kerana membunuh isterinya mengadu wanita terbabit sangat membosankan ketika di ranjang dan menjadi tukang masak yang sangat teruk.

Klaus Andres, 70

Klaus Andres, 70, sebelum ini mengakui melarutkan mayat Li Ping Cao, 42, dalam tong sampah yang dipenuhi dengan asid. Andres menghadapi perbicaraan kerana dituduh membunuh wanita kelahiran China itu yang menjadi isterinya selama lima tahun dalam satu pembunuhan di kediaman mereka di pinggir Cairns, akhir Oktober 2011.

(Baca: Tips Agar Hubungan Intim Suami Isteri Terus Hangat)

Dia mengaku bersalah menyebabkan kematian Li Ping dan cuba melupuskan mayat mangsa tetapi berkata, kematian isterinya adalah satu kemalangan. Li Ping dipercayai ditolak ke lantai oleh Andres selepas mangsa menikam tangan suaminya dengan garfu.

Selepas Li Ping mati, Andres membawa 60 liter asid dan melarutkan mayat isterinya dengan bahan itu di dalam tong sampah. Saksi, John Gunner yang juga suami kepada kawan kekasih Andres minggu ini memberitahu mahkamah tertuduh ada mengadu mengenai isterinya.

Gunner bertemu Andres pada Ogos 2011, dua bulan sebelum kematian Li Ping. Andres pula bertemu kekasihnya awal tahun itu ketika isterinya berada di China menziarahi saudara-maranya.

(Baca: Awas! Perkara Yang Menyebabkan Wanita Bosan Di Ranjang!)

“Li Ping bersikap dingin kepada suaminya, tidak seperti kekasih warga Thai Andres,” katanya dalam kenyataan di mahkamah.

Gunner juga memberitahu mahkamah yang Andres menggelar Li Ping sebagai tukang masak yang teruk dan dia mahu kekasihnya berpindah ke Australia.

Ketika pembunuhan, jiran tetangga memberitahu berita tempatan bahawa mereka terdengar pasangan itu bertengkar sebelum kematian Li Ping. -Agensi