Tuesday, May 07, 2013

Kantoi! Cristiano Ronaldo Curang Dengan Kekasih

Kantoi! Cristiano Ronaldo Curang Dengan Kekasih

Penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo didakwa berlaku curang dengan teman wanitanya yang juga seorang model, Irina Shayk selepas meniduri seorang model Brazil yang digelar Miss BumBum.


Menurut model terbabit, Andressa Urach, 27, penyerang Real Madrid itu telah menidurinya selepas dia dikatakan teruja dengan wanita itu.

“Dia amat teruja dengan punggung saya, malah menggelar saya sebagai `little horse’,’’ kata Andressa.

Kedua-duanya dikatakan bertemu di sebuah bilik hotel minggu lepas.

Pemain bola sepak terkenal itu yang juga duta `Save the Children’ dikatakan telah menghubungi Andressa selepas mendapat nombor telefon wanita itu daripada seorang rakannya, bulan lepas.


Ronaldo kemudiannya dikatakan telah berhubung dengan Andressa melalui skype.

“Saya selalu membayangkan Cristiano sebagai lelaki paling menarik di dunia ini, dan saya tidak sangka yang saya akan bersamanya,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ronaldo dalam twitternya memberitahu, dia hanya berada di hotel berkenaan untuk ditemubual oleh wartawan sepanyol sahaja.

-Mynewshub

Sunday, April 14, 2013

Pondan Menyamar Jadi Doktor Ditangkap Polis

Pondan Menyamar Jadi Doktor Ditangkap Polis

Setiap hari ada sahaja kes penipuan dilaporkan akhbar yang dapat kita baca. Menariknya, kes-kes penipuan yang berlaku ini adalah tersangat licik dan terancang rapi. Sama seperti kes pondan yang menyamar doktor ini di Melaka.

Doktor Ika

Menurut akhbar Sinar Harian, polis telah menahan seorang pondan yang menyamar sebagai doktor perubatan dan memperdaya lima klinik di sekitar daerah Melaka Tengah di sini untuk menerimanya sebagai pekerja sambilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Supt Soh Hock Sing berkata lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai ‘Doktor Ika’ itu turut memalsukan Sijil Perakuan Amalan Tahunan bagi menyakinkan majikan untuk mengupahnya dengan bayaran maksimum RM45 sejam.

Beliau berkata lelaki tersebut dipercayai menyamar sebagai doktor dengan menggunakan salinan sijil dari Majlis Perubatan Malaysia ketika memohon pekerjaan berkenaan di lima klinik di Sungai Udang, Batu Berendam dan Melaka Baru sejak Januari lepas.

“Salinan sijil yang dicetak berkenaan mempunyai nombor siri yang sebenarnya milik pegawai perubatan lain tetapi dipalsukan suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sabah dan menetap di Ampang, Kuala Lumpur itu, didapati menyewa rumah di Batu Berendam di sini dan dipercayai turut menggunakan helah sama di Perak dan Pahang sebelum berpindah ke Melaka bagi mengelak dikesan.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dikatakan memberi lebih perhatian kepada pesakit lelaki yang datang mendapatkan rawatan.

Soh berkata bagaimanapun penyamaran doktor palsu yang berwajah ayu, bertubuh kecil dan sering berbaju kurung serta bertudung itu terbongkar apabila sebuah klinik di Batu Berendam menerima aduan daripada seorang isteri pesakit yang memberitahu suspek sering menghubungi suaminya melalui telefon bimbit.

Beliau berkata aduan itu kemudian membawa kepada pendedahan maklumat peribadi sebenar doktor palsu tersebut yang dilakukan klinik berkenaan sebelum membuat laporan polis pada 8 April lepas.

Katanya bertindak atas aduan tersebut, satu pasukan khas ditubuhkan dan seorang pegawai JSJK menyamar menjadi pesakit suspek sebelum berjaya menahannya di Batu Berendam pada 11 April lepas.

Sehubungan itu beliau meminta mangsa yang terdiri daripada pemilik klinik yang pernah menggaji suspek dan bekas pesakit yang pernah mendapatkan rawatan tampil bagi membantu siasatan.

Lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar untuk tujuan menipu, katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, April 07, 2013

Tiga Pengadil Lubnan Ditangkap Terima Rasuah Seks

Tiga Pengadil Lubnan Ditangkap Terima Rasuah Seks

Tiga pegawai perlawanan Lubnan yang berada di Singapura bagi mengadili Piala Konfederasi Asia (AFC Cup) ditahan atas kesalahan menerima rasuah seks untuk mengatur perlawanan.


The Straits Time melaporkan pengadil, Ali Sabbagh dan pembantu pengadil, Ali Eid dan Abdallah Taleb berhadapan tuduhan rasuah setiap seorang.

Mereka didakwa menerima rasuah dari bookie dalam bentuk perkhidmatan seks percuma dari tiga wanita berlainan di Hotel Amara di Jalan Tanjong Pagar, Rabu lepas untuk perlawanan juara Liga S, Tampines Rovers dan East Bengal di Stadium Jalan Besar.

Dalam perlawanan tersebut, Tampines Rovers tewas kepada East Bengal 4-2.

FAS telah memaklumkan kepada AFC berkenaan masalah yang dihadapi akibat dari pendakwaan tersebut dan pegawai gantian dari Malaysia dan Thailand telah dihantar ke Singapura.

[Sumber]

Kantoi! Pasangan Nafi Bermesraan Tapi Seluar Berselerakan

Kantoi! Pasangan Nafi Bermesraan Tapi Seluar Berselerakan

Sepasang kekasih berusia 40 dan 50-an ditahan ketika leka memadu asmara di dalam kereta di pekarangan bangunan tinggal di Kilang Sagu dekat sini, kira-kira jam 3.15 pagi kelmarin.


Sebelum itu, pasangan berkenaan yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan setelah kereta dinaiki mereka memasuki jalan mati.

Ketika siasatan dijalankan, pemandu kereta yang merupakan seorang wanita memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala kekasihnya juga sudah beristeri dan mempunyai lima anak.

Semasa ditahan, kedua-dua pasangan kekasih itu menafikan perbuatan mereka sehinggalah polis mendapati zip seluar lelaki serta butang seluarnya terbuka manakala beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas lantai bahagian pemandu.

Wanita berkenaan memaklumkan dia terpaksa mencari hiburan di luar kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori enggan melayani nafsunya kerana beralasan dia sudah berusia.

Bagaimanapun setelah berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mereka sering berdua-duaan di sekitar kawasan gelap terutama di belakang bangunan tinggal untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks kerana tidak mampu menyewa bilik di hotel atau rumah tumpangan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kawasan bangunan tinggal dan lokasi tersorok untuk mereka melakukan aktiviti tidak sihat kerana ia boleh mengundang kepada kejadian jenayah seperti samun dan sebagainya.

“Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pasangan lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 1982,” katanya.

-Sinarharian

Thursday, April 04, 2013

Kantoi! Bakal Pengantin Kena Cekup Di Hotel Bajet

Kantoi! Bakal Pengantin Kena Cekup Di Hotel Bajet

Seorang pemuda memberi pelbagai alasan kerana bimbang dirinya diambil tindakan selepas ditangkap khalwat bersama teman wanita di sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi semalam.


Dalam serbuan pertama sekitar jam 12.45 pagi, lelaki terbabit bersama teman wanita masing-masing berusia 21 tahun itu mengakui sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Bagaimanapun, mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik hotel terbabit.

Lelaki terbabit ditemui tidak berbaju dan sekadar memakai seluar panjang, manakala pasangannya hanya berbaju dalam serta menutup tubuh menggunakan tuala.

Bimbang dikenakan tindakan lanjut, pemuda terbabit memohon maaf serta merayu kepada anggota dan pegawai penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) supaya tidak menahannya.

“Saya hanya teman dia (teman wanita) mandi sahaja. Kami tidak buat apa-apa dan cuma mahu tidur. Tolonglah jangan ambil tindakan ke atas saya.

“Saya minta maaf dan bersedia membayar denda sekarang. Saya tidak mahu ditahan kerana ibu bapa saya sekarang sedang sakit, tolonglah encik,” katanya.

Sementara itu, di lokasi sama, sepasang kekasih tergamam apabila bilik hotel yang disewanya diketuk anggota dan pegawai penguatkuasaan Jaij dalam serbuan kedua sekitar jam 1.05 pagi.

Oleh kerana bimbang untuk membuka pintu, lelaki berusia 26 tahun bertindak meninjau kehadiran anggota ops menerusi tingkap bilik air hotel terbabit.

Dia bersama teman wanitanya berusia 23 tahun yang ditemui berpakaian lengkap hanya membenarkan anggota dan pegawai penguatkuasaan Jaij masuk ke dalam bilik selepas 10 minit menunggu.

Kadi Daerah Johor Bahru, Ahmad Hanif Naim berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali memeriksa hotel berkenaan.

-Sinarharian

Saturday, March 30, 2013

Cuba Bunuh Rakan Sekerja Letak Racun Dalam Kasut

Cuba Bunuh Rakan Sekerja Letak Racun Dalam Kasut

Seorang lelaki Jepun yang didakwa cuba membunuh seorang wanita dengan meletakkan racun pada kasut mangsa, ditangkap kelmarin.


Wanita itu, rakan sekerja lelaki terbabit, tidak mati tetapi mengalami gangrene pada kaki kiri. Bagaimanapun, setakat ini tidak diketahui sama ada kaki itu perlu dipotong atau tidak.

Polis mendakwa Tatsujiro Fukasawa, 40, meletakkan asid hidrofluoric, bahan kimia berbahaya di dalam kasut mangsa Disember lalu.

Dia dipercayai memperoleh bahan kimia itu yang digunakan dalam penapisan minyak atau untuk menghancurkan batu, di tempat kerjanya.

Asid hidrofluoric boleh meresap menerusi kulit ke dalam darah dan menyebabkan kegagalan fungsi sistem, termasuk serangan sakit jantung.

-AFP

Thursday, March 28, 2013

Bakal Di Penjara 8 Tahun Kerana Godam Laman Web Presiden

Bakal Di Penjara 8 Tahun Kerana Godam Laman Web Presiden

Seorang pengusaha kafe internet dari bandar Jawa Timur di Jember yang menggodam laman web rasmi presiden untuk ‘suka-suka’ mungkin dihukum penjara sehingga lapan tahun jika disabitkan.


Wildan Yani Ashari, 22, yang berada di ibu kota ini sejak ditahan Januari lalu oleh unit jenayah siber Polis Nasional dibawa pulang ke Jember kelmarin untuk menunggu tarikh perbicaraannya.

Penggodam itu yang memberitahu polis, dia melakukannya untuk suka-suka, didakwa mengikut dua artikel Undang-undang Telekomunikasi dan Undang-undang Maklumat dan Transaksi, yang membawa hukuman maksimum penjara lapan tahun dan denda Rp2 bilion (RM637,270).

Aries Surya, ketua pejabat pendakwa raya Jember berkata kes itu akan diserahkan kepada mahkamah tidak lama lagi.

“Kami cuba habiskan pendakwaan dan menyerahkannya kepada mahkamah,” kata Aries dipetik Tempo sebagai berkata.

-AGENSI

Saturday, March 16, 2013

Rahsia 'Enam Jari Hantu' Terbongkar

Rahsia 'Enam Jari Hantu' Terbongkar

Seorang doktor di hospital di sini menggunakan ‘jari palsu’ yang dibuat daripada silikon untuk mencatatkan kehadiran rakan sekerja apabila mereka tidak datang bekerja.


Pegawai merampas enam ‘jari’ daripada doktor berkenaan, Thauane Nunes Ferreira, 29, apabila menahannya kelmarin.


Pembongkaran kegiatan itu mendorong kepada siasatan di Ferraz de Vasconcelos berhampiran Sao Paulo mengenai jumlah ‘pekerja hantu’ di bandar itu.

Datuk Bandar Acir Fillo berkata, kira-kira 300 kakitangan kerajaan mengambil gaji tanpa perlu bekerja. “Kita ada bala tentera hantu. Ia perkara yang memalukan. Kita akan pasang kamera mengawasi mesin kedatangan bagi memastikan ia tidak berulang,” katanya Menurut Fillo, dia percaya ‘pekerja hantu’ berada di semua pejabat awam, termasuk kesihatan, keselamatan dan pelajaran.

Ferreira yang diawasi pihak berkuasa mengaku memalsukan dokumen awam selepas ditangkap penggunakan jari palsu menipu mesin biometrik untuk mencatatkan kedatangan rakannya.

-AP

Thursday, February 14, 2013

Budak Sekolah 13 Tahun Ditangkap Berkhalwat

Budak Sekolah 13 Tahun Ditangkap Berkhalwat

"Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.


Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

-Hmetro

Wednesday, January 30, 2013

Cuba Bunuh Suami Dengan Meletak Racun Dalam Kemaluan

Cuba Bunuh Suami Dengan Meletak Racun Dalam Kemaluan

Seorang wanita Brazil dituduh cuba membunuh suaminya dengan meletakkan racun dalam alat sulitnya sebelum meminta lelaki terbabit melakukan seks dengannya.


Lelaki berusia 43 tahun yang terkejut itu kini menyamannya atas cubaan membunuh.

Wanita dari Sao Jose do Rio Preto di Brazil itu meletakkan bahan bertoksik dalam kemaluannya sebelum menggoda suami untuk tidur bersama, lapor akhbar tempatan semalam.

Namun apabila dia meminta suaminya melakukan seks oral kepadanya, lelaki itu dikatakan enggan kerana menyedari ada bau aneh.

Lelaki yang curiga itu kemudian membawa isterinya ke hospital, di mana doktor menjalankan ujian terhadapnya dan mendapati dia meletakkan bahan beracun dalam kemaluannya.

–TS

Tuesday, January 29, 2013

Kantoi! Guru Dipecat Kerana Berlakon Filem Dewasa

Kantoi! Guru Dipecat Kerana Berlakon Filem Dewasa

Seorang guru sains gagal dalam rayuan untuk mendapatkan semula pekerjaannya selepas dia dipecat setelah pelajarnya menyaksikannya beraksi dalam filem lucah.

Guru Dipecat Kerana Pernah Berlakon Filem Dewasa

Tiga hakim yang membuat keputusan itu memutuskan bahawa Stacie Halas tidak sepatutnya mengajar lagi.

“Kami berharap awak dapat melupakan kisah silam. Namun kemudahan untuk mengakses filem lucah itu melalui internet akan berterusan.

“Ia akan menyebabkan keupayaan awak untuk mengajar dengan efektif akan terjejas,” kata hakim Cabos-Owen ketika membaca penghakiman setebal 46 muka surat.

Halas, 32, menjadi pelakon lucah selama sembilan bukan sebelum mengajar di Sekolah Haydock.

April tahun lepas, dia dipecat sebagai guru sains selepas filem lucahnya disaksikan oleh pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut melalui internet.

Dia mendakwa hanya terlibat sebagai pelakon lucah untuk tempoh antara 2005 hingga 2006 selepas berdepan masalah kewangan kerana ditinggalkan kekasihnya.

Ketika menjadi guru, Halas memberitahu dia langsung tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu.

Namun imejnya telah terjejas hingga menyebabkan tugas sehariannya terganggu.

BACA INI JUGA: Pelakon Lucah Tercantik Dunia

sumber: carigold

Tuesday, January 08, 2013

Kantoi! Stesen TV Tayang Klip Lucah Ketika Siaran Berita

Kantoi! Stesen TV Tayang Klip Lucah Ketika Siaran Berita

Sebuah stesen televisyen dilaporkan membuat kesilapan memalukan apabila siaran beritanya menayangkan klip lucah sebagai latar belakang ketika berita itu disiarkan secara langsung.

Kantoi

Ketika itu penyampai Channel TV4 itu sedang membacakan berita mengenai krisis politik Syria.

Secara tiba-tiba klip lucah itu disiarkan di belakangnya dan ia berterusan selama 10 minit sebelum disedari oleh pihak pengurusan.

Penonton yang menyaksikan berita tersebut, terkejut besar dengan kejadian tersebut.

“Saya sangkakan saya yang tersilap, namun lama kelamaan ia menjadi semakin jelas dan saya dapat melihat bagaimana mereka menarik semula filem lucah itu,’’ kata seorang penonton.

Dia juga hairan kenapa pengurusan TV4 tidak menyedari keadaan itu dan mereka terpaksa mengambil masa selama 10 minit untuk menyedari mengenai kesilapan tersebut.

Mengulas perkara tersebut, pihak pengurusan TV4 memberitahu, bilik berita disambung terus kepada computer syarikat

“Ketika itu tiada siapa yang menonton filem berkenaan. Kejadian berlaku ketika proses memuat naik dilakukan dan salah satu pelayar di bangunan berkenaan telah memainkan klip itu secara tidak sengaja.

“Sebaik menyedarinya, kami telah mematikan program itu. Ia tidak akan berulang lagi pada masa depan,’’ katanya.

BACA INI JUGA: Memalukan Bila Budak Sekolah Ajar ‘Step’ Buat 'Asmara'!

Sumber: mynewshub

Tuesday, January 01, 2013

Kantoi! Peserta Mogok Lapar Di Serang Gastrik

Kantoi! Peserta Mogok Lapar Di Serang Gastrik

Mogok lapar yang kononnya 100 jam yang disertai oleh penyokong pembangkang di Dataran Merdeka yang sepatutnya berakhir malam tadi menimbulkan persoalan.

Seorang lelaki didakwa peserta mogok lapar begitu berselera 
menikmati makanan di Dataran Merdeka, semalam.

Ia kerana beberapa pesertanya dilihat makan termasuk di restoran dan hotel sekitar kawasan berkenaan dipercayai tidak tahan lapar.

Beberapa blog turut menyiarkan gambar peserta mogok lapar itu sedang menjamu selera, semalam.

Malah ada kalangan mereka menerima bungkusan makanan dipercayai dihantar oleh penganjur himpunan berkenaan yang meletakkan syarat peserta hanya dibenarkan minum air sepanjang mogok berlangsung.

Sebuah blog juga berjaya mengesan perbuatan ‘mencuri makan’ peserta mogok lapar itu ketika bantahan yang bermula jam 8 malam Khamis lalu baru saja memasuki jam ke-63.

-Bharian

Bakal Pengantin Kantoi Di Hotel Bajet

Bakal Pengantin Kantoi Di Hotel Bajet

Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.


Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.

“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya.

-Harian Metro

Sunday, December 30, 2012

BF Kena Tangkap Gara-gara Awek Bergambar Dengan Segumpal Duit

BF Kena Tangkap Gara-gara Awek Bergambar Dengan Segumpal Duit

Kata orang ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah’. Itulah yang berlaku kepada sepasang pasangan kekasih di negara China, baru-baru ini.


Ceritanya apabila si teman wanita yang berkerja di kelab malam Zhenjiang ini telah mengambil gambar bergaya sakan dengan duit kertas yang bertimbun.

Lalu memuat naik gambar berkenaan di internet. Tujuannya untuk ‘show off’ dengan rakan-rakan.

Namun, tindakannya yang ingin berlagak itu telah membawa padah kepada penangkapan teman lelakinya yang berusia 50-an dan dikenali dengan nama Chen.


Rupa-rupanya, Chen ini adalah ketua pengedar dadah yang bergerak aktif di Fujian dan Jiangsu!

Kan dah kena… Siapa suruh nak berlagak lagi!

[Sumber]

Saturday, December 29, 2012

Penari Tak Sengaja Tanggal Seluar Atas Pentas!

Penari Tak Sengaja Tanggal Seluar Atas Pentas!

Liliana Mass merupakan seorang penari Hot Dancer dari Peru. Beliau bukan sahaja penari, malah celebriti TV dan juga model.


Beliau menjadi popular dengan tiba-tiba seluruh dunia apabila ketika dalam satu persembahan tarian pentas, rakan tarinya telah mengenakan beliau dengan melondehkan skirt tariannya, dan lebih memalukan, skirt tersebut ditarik sekali dengan seluar dalam beliau hingga ke paras buku lali!


Memang memalukan, tetapi beliau menganggap perkara tesebut sebagai satu jenaka dan tidak berhenti ketawa ketika berbicara mengenainya. Katanya beliau akan membalas dendam terhadap rakannya itu!

[Sumber]