Saturday, May 20, 2017

Kajian Menunjukkan Lelaki Lebih Cepat Jatuh Cinta Pandang Pertama

Kajian Menunjukkan Lelaki Lebih Cepat Jatuh Cinta Pandang Pertama

Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat mendapati, golongan lelaki lebih cepat jatuh cinta jika dibandingkan dengan golongan wanita.

Cinta pandang pertama

Menurut ketua penyelidik, Dr. Stephanie Ortigue, kajian tersebut dijalankan ke atas 30 orang responden lelaki dan wanita berusia bawah 30 tahun.

Hasil kajian mendapati, 72 peratus lelaki jatuh cinta pandang pertama, manakala hanya 61 peratus wanita sahaja yang jatuh cinta pada pandangan pertama.

“Jatuh cinta pandang pertama sebenarnya lebih kepada tarikan seksual dan lelaki lebih mudah tertarik secara seksual terhadap golongan wanita.

“Begitu pun, jatuh cinta pada pandangan pertama boleh juga menjadi rasa cinta yang lebih mendalam dan berkekalan,” ujarnya.

Tambah Ortigue lagi, perasaan cinta boleh wujud dalam tempoh 0.2 saat ketika lelaki dan wanita berpandangan.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Suami Mengaku Curang Dengan Janda

sumber: kosmo

Monday, May 01, 2017

Wanita Dilamun Cinta Miliki Ingatan Tajam

Wanita Dilamun Cinta Miliki Ingatan Tajam

Kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Abertay, Dundee, Scotland mendapati, wanita yang mempunyai kekasih atau sedang dilamun cinta memiliki daya ingatan lebih baik jika dibandingkan dengan wanita tidak mempunyai kekasih.

Wanita

Ketua penyelidik, Dr. Christopher Watkins berkata, wanita yang menjalin hubungan jangka panjang dengan kekasihnya juga disifatkan memiliki memori lebih baik berbanding wanita yang baru sahaja dilamun cinta.

Kajian tersebut dijalankan ke atas beberapa orang wanita di universiti terbabit. Mereka diberikan sekeping foto dan diminta untuk mengingati wajah pada foto tersebut.

Watkins berkata, hal tersebut adalah kerana wanita menganggap foto wanita yang dilihat itu sebagai pesaing dalam hubungan percintaan mereka.

Wanita lazimnya lebih mudah untuk mengingati wajah wanita lain kerana menganggap gambar yang dilihatnya boleh menjadi pengancam dalam hubungan percintaan mereka.

BACA INI JUGA: Ketahui Titik Sensitif Rangsangan Wanita Mengikut Zodiak

sumber: kosmo

Sunday, April 30, 2017

4 Fakta Kebaikan Ketawa Menurut Sains

4 Fakta Kebaikan Ketawa Menurut Sains

Ketawa bukanlah hanya satu ekspresi yang ada dalam diri manusia malah ketawa juga boleh merangsang serta memberi kesan positiviti dalam diri seseorang.

Ketawa

Ini dapat dibuktikan secara saintifik di mana ketawa sememangnya boleh membawa kebaikan dan menghindarkan keburukan dalam hidup seseorang.

Jom kita lihat 4 fakta mengikut sains mengenai ketawa di bawah ini.

1. Ketawa memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan

Menerusi artikel ‘Humor An Antidotes For Stress’ yang ditulis oleh seorang jururawat berdaftar, Patty Wooten mendedahkan gelak tawa memberi banyak kebaikan kepada diri manusia.

Secara naturalnya, ketawa boleh mengurangkan hormon tekanan dalam diri dan meningkatkan tahap aliran darah dalam badan sekaligus ia dapat melindungi tubuh badan daripada diserang penyakit berkaitan jantung.

Secara umumnya juga ia akan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Hal ini akan mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan dan penyakit kerana ia akan mengekalkan kekebalan dalam diri.

Dengan ketawa juga, ia akan melepaskan endorfin ke bahagian otak yang akan membuatkan diri individu terasa tenang dan bahagia.

Oleh itu, jika anda terasa tertekan dan murung, cari sesuatu yang boleh membuatkan anda ketawa untuk kembalikan mood untuk menempuh kehidupan seharian anda.

2. Ketawa dapat mengukuhkan lagi hubungan anda

Secara amnya, ketawa juga dapat mengukuhkan lagi hubungan seseorang itu.

Jangan menjadi individu yang mengeluarkan tenaga negatif yang datang bersama tekanan sebaliknya jadilah individu yang melepaskan tenaga positif dan ketawa yang boleh melibatkan dua orang dalam waktu yang sama.

Menggabungkan ketawa dalam hidup anda boleh meningkatkan serta menguatkan lagi kualiti dalam perhubungan anda.

Secara tidak lansung ia juga akan meningkatkan kualiti masa dalam semua aspek kehidupan.

3. Ketawa boleh mengubah persepsi dalam kehidupan

Individu yang kerap ketawa dapat mengubah serta menukar pandangan dan perspektif dalam kehidupan.

Ia akan memberikan skop yang lebih meluas dan membuatkan seseorang itu lebih bebas dan berfikiran terbuka mengenai sesuatu perkara.

Ketawa juga akan menghentikan seseorang itu berfikir secara keterlaluan mengenai masalah kecil.

Ketawa sehingga sakit perut dengan pantas dapat merehatkan seluruh tubuh badan dan menenangkan tekanan dan ketegangan yang ada.

4. Ketawa akan membuatkan anda lebih tertarik

Individu yang sering tersenyum dan ketawa lazimnya lebih menarik dan menawan berbanding individu yang selalu murung dan marah.

Ketawa juga mempunyai kecendurungan dalam mengurangkan ketegangan serta keganjilan dalam sesetengah situasi.

Jadi, jangn bimbang untuk memulakan jenaka jika anda keluar untuk janji temu yang pertama kelak.

Ia dapat memberi insprasi, motivasi dan apa yang penting dapat membuat mereka ketawa.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Warna Kuning Bantu Tingkatkan Rasa Bahagia

Warna Kuning Bantu Tingkatkan Rasa Bahagia

Tidak semua individu mampu mengatasi masalah kemurungan yang dialami. Setiap orang menggunakan cara berbeza untuk melepaskan tekanan yang dirasakan itu.

Warna kuning

Satu kajian terbaharu menunjukkan depresi boleh dikurangkan secara efektif menerusi penggunaan warna kuning dalam kehidupan seharian seseorang.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Medical Research Methodology mengatakan warna kuning dipercayai mampu meningkatkan rasa bahagia seseorang.

Hasil kajian itu turut mendapati warna-warna gelap seperti hitam dan kelabu membuatkan individu berasa dekat dengan kecemasan serta kemurungan.

Bagi menghindarkan daripada rasa murung, guna warna kuning untuk mengecat ruang kerja, bilik mandi, ruang makan atau sudut-sudut tertentu di dalam rumah untuk membangkitkan mood gembira, menurut laporan itu.

BACA INI JUGA: Bahaya Pakaian Berwarna Kuning?

sumber: kosmo

Friday, April 14, 2017

Kisah Seram Lebuhraya Karak, Misteri atau ilusi?

Kisah Seram Lebuhraya Karak, Misteri atau ilusi?

Sebut sahaja lebuhraya Karak, pengguna jalan raya akan mula membayangkan pelbagai perkara misteri dan seram. Masyarakat di Malaysia memang sudah tidak asing lagi dengan kisah di lebuh raya ini sehinggakan ada yang takut melaluinya.

Misteri Lebuhraya Karak

Lebuhraya Karak yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang mempunyai kisah-kisah misterinya tersendiri sejak dahulu lagi.

Pemandu di kawasan berkenaan sering dimomokkan dengan kisah-kisah seram wujudnya kereta Volkswagen kuning, penumpang misteri, langsuir dan pasar bunian.

Ia seumpama 'urban legend' yang kemudian menghantui pengguna lebuh raya berkenaan sehingga mereka takut melaluinya terutama pada waktu malam.

Apatah lagi kemalangan ngeri kerap berlaku di lokasi tersebut yang dikaitkan dengan pemandu diganggu makhluk halus.

Namun sejauh manakah kebenaran ini? Apakah benar Lebuhraya Karak benar-benar diselubungi misteri atau sebenarnya faktor kecuaian pemandu dan keadaan jalan menjadi punca nahas jalan raya sering berlaku di kawasan tersebut.

Pengalaman menyeramkan

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Shakir, 25, berkongsi cerita, dia pernah melalui pengalaman menyeramkan apabila diganggu ketika menggunakan jalan lama Karak.

Insiden seram itu berlaku ketika dia bersama rakannya menggunakan jalan tersebut untuk ke bandar Bentong.

“Saya dengan dua lagi kawan sekolej dalam perjalanan ke bandar Bentong untuk cari tempat makan. Masa tu kami tinggal di sebuah hotel berdekatan selama dua hari untuk buat kajian.

“Masa tu jam 2.45 pagi dan jalan gelap sungguh. Selepas satu laluan selekoh, tiba-tiba kami nampak cahaya terang dan ada orang berniaga di sepanjang jalan tu," katanya.

Mohd Shakir berkata, mereka yang ketika itu rancak berborak terus terdiam apabila terlihat keadaan seperti itu di tempat yang sunyi.

“Masing-masing terdiam sebab kami tahu mana ada orang berniaga kat jalan lama ni awal pagi. Saya sempat baca segala surah yang saya ingat dalam hati.

“Bila dah lepas kawasan tu, saya jeling di cermin pandang belakang dan nampak keadaan jalan yang gelap gelita," katanya.

Menurutnya, ketika itu dia berasa seram sejuk dan hanya mendiamkan diri sehinggalah mereka berjumpa dengan sebuah kedai makan.

Ditanya mengenai kejadian mistik di Lebuhraya Karak, Mohd Shakir berkata, cerita-cerita mistik memang banyak diperkatakan termasuk ada yang mendakwa nampak orang terjun dari bukit di lebuh raya itu pada waktu malam.

Menurutnya, memang perkara mistik tidak boleh diketepikan tetapi dia percaya kebanyakan kes kemalangan maut yang berlaku adalah disebabkan kecuaian sendiri.

“Sebagai pengguna kita kena lebih berhati-hati dan memandu mengikut had laju supaya tak berlaku kemalangan meragut nyawa,” katanya.

Sementara itu, berbeza dengan seorang penduduk, Mohd Faizzuldin Abdul Rashid, 33, menurutnya dia tidak pernah mengalami kejadian mistik di kawasan tersebut seperti mana yang selalu dibualkan masyarakat.

“Kes-kes kemalangan yang berlaku di sini bagi saya disebabkan kecuaian diri sendiri. Mungkin pemandu terlampau mengantuk, letih dan ada juga memandu kereta dalam keadaan bahaya sehingga menyebabkan nahas," katanya.

Nampak perempuan berselendang dalam kereta

Berbeza dengan pengalaman Mohd Shakir yang melalui jalan laama Karak, Aqil Syakir, 19, pula menempuhi pengalaman seram ketika melalui Lebuhraya Karak bulan lalu.

Menurutnya, selepas melalui kawasan Bukit Tinggi pada jam empat pagi, dia yang dalam perjalanan menuju ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin seorang rakan tiba-tiba berasa keadaan lebuh raya amat sunyi.

“Untuk hilangkan rasa takut saya cuba buka radio, tapi yang pelik radio langsung tak dapat siaran.

“Tak dapat pasang radio saya cuba tumpukan perhatian memandu semula. Tiba-tiba saya terlihat kelibat macam orang melintas. Saya terkejut, lantas terus istighfar," katanya.

Aqil berkata, dia kemudian mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan perkara itu sehinggalah dia selamat sampai di Kuantan pada jam 8 pagi.

Menurutnya, di tengah-tengah perjalanan sekali lagi dia diduga apabila kenderaannya hanya mampu capai 80 km/j walhal dia hanya bersendirian dalam kereta.

“Saya cuba nak pecut tak boleh. Saya rasa kereta saya berat macam bawa ramai penumpang.

“Saya cuba tengok cermin belakang dan ternampak perempuan berselendang. Tapi tak nampak mukanya dengan jelas kerana muka dia pandang ke bawah.

“Saya cuba untuk membaca kalimah ALLAH tapi mulut saya keras seperti dikunci. Saya baca dalam hati untuk kuatkan hati," katanya.

Tambahnya, lebih kurang lima kilometer sebelum Tol Bentong, kenderaan dipandu kembali normal dan dia boleh memecut.

“Bila tengok balik cermin belakang, perempuan tu dah tak ada. Syukur kepada Allah akhirnya gangguan itu hilang. Itulah pengalaman yang pernah dialami oleh saya semasa melalui lebuh raya itu,” katanya.

Percaya walaupun tak pernah rasa

Rata-rata pengguna yang biasa melalui jalan lama atau Lebuhraya Karak percaya dengan unsur mistik di sebalik kejadian yang pernah berlaku di kawasan itu.

Bagaimana pun, mereka mengakui tidak pernah mengalaminya sendiri sebaliknya berdasarkan cerita daripada kenalan atau saudara mara.

Seorang penduduk Kampung Lanar, Lanchang, Moha Insanain Md Roslan, 31, berkata, kedua-dua jalan itu merupakan jalan utamanya hingga kini dan masih kerap melaluinya namun tidak pernah terserempak dengan kisah-kisah yang diceritakan.

“Saya hanya dengar cerita daripada orang, kisah dari mulut ke mulut. Setakat saya sendiri memang tak pernah kena dan orang-orang yang rapat pun sama.

"Kalau ikut cerita orang-orang yang kerja bawa lori tunda ni, katanya memang adalah lokasi-lokasi ‘keras’ tu,” katanya.

Seorang penduduk Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Mohd Farhan Mohd Alias, 31, berkata, dia percaya semua kejadian itu mungkin ada kaitan dengan kewujudan syaitan.

“Saya menetap di Bentong dan biasa guna jalan tu tapi setakat ini tak pernah lagi jumpa dan saya memang tak minta nak jumpa.

“Pernah la dengar kisah dulu-dulu macam Volkswagen kuning tapi sekarang lama dah tak dengar orang cerita,” katanya.

Berdasarkan kisah-kisah yang berlaku di negeri lain, seorang penduduk Temerloh, Muhammad Arsyad Ibrahim, 27, mengakui percaya kisah-kisah mistik itu tidak mustahil benar-benar berlaku.

BACA INI JUGA:

sumber: sh

Monday, April 03, 2017

Kajian Mendapati Kucing Lebih Suka Lepak Bersama Manusia!

Kajian Mendapati Kucing Lebih Suka Lepak Bersama Manusia!

Satu kajian terbaharu yang dibuat oleh pasukan Oregon State University membuktikan sebahagian daripada kucing sebenarnya lebih suka bersosial bersama manusia daripada makan.

Fakta+kucing

Hasil daripada kajian ini sudahpun diterbitkan dalam jurnal Behavioural Processes.

Dalam kajian ini, sebanyak 50 ekor kucing dipilih untuk menjalani ujian. Kucing-kucing ini kemudiannya ditawarkan dengan 4 pilihan iaitu makanan, bersosial bersama manusia, aroma dan juga mainan untuk beberapa jam.

Keputusan daripada penelitian tersebut mendapati sebahagian besar daripada kucing-kucing tersebut lebih cenderung memilih hubungan bersama manusia.

Keseluruhannya, 50% kucing memilih untuk bersosial bersama manusia, 37% memilih makanan dan selebihnya adalah untuk aktiviti-aktiviti lain.

Dalam pada itu, pengkaji turut memaklumkan faktor tersebut bergantung kepada pengaruh sejarah hidup dan keturunan kucing tersebut.

Kesimpulan yang boleh diterima, kucing juga termasuk antara haiwan yang baik hati dan boleh menjadi kawan baik kepada manusia.

Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai orang sangat suka dengan haiwan berbulu yang comel ini!

Anda pencinta kucing? Bagaimana dengan kucing anda, lebih banyak bersama anda atau makan?

BACA INI JUGA: 68 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu


sumber: thevocket

Tuesday, March 28, 2017

Kajian Mendapati Anak Sulung Lebih Bijak dan Berjaya!

Kajian Mendapati Anak Sulung Lebih Bijak dan Berjaya!

Selalu kita dengar orang kata anak bongsu paling manja, anak tengah pula nakal dan keras kepala tapi anak sulung pula jarang kita dengar mereka ni perangai macam-mana.

Anak Sulung

Tapi, kajian terbaru ini memang buatkan mereka yang bergelar anak sulung akan rasa bangga!

Berdasarkan kajian selidik yang dilakukan oleh Sydney University, anak pertama atau anak sulung adalah lebih bijak daripada adik-beradik yang lain. Ia berdasarkan penilaian IQ yang dibuat sejak usia tahun.

Menurut kajian, anak sulung lebih banyak mendapat stimulasi mental daripada ibu sewaktu dalam kandungan atau selepas dilahirkan.

Ibu juga lebih berhati-hari pada kemahilan pertama dan sangat menjaga pemakanan.

Kajian dari University of Essex pula mendapati, dalam sebuah keluarga, anak sulung kebarangkalian lebih 16 peratus untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berbanding adik.

Namun ia hanya berdasarkan kaji selidik sahaja, jangan ambil serius sangat okay!

BACA INI JUGA: Sukarnya Melahirkan Anak Di India!

sumber: vanillakismis

Tuesday, March 07, 2017

Tahukah Anda Berapa Liter Air Kencing Dalam Kolam Renang?

Tahukah Anda Berapa Liter Air Kencing Dalam Kolam Renang?

Dalam satu kajian terbaharu para penyelidik di Kanada yang telah menjalankan uji kaji terhadap tahap pencemaran urine atau air kencing yang terdapat sesebuah kolam renang, anda pastinya akan sedikit terkejut.

Kolam Renang

Memetik laporan Reuters, hasil penemuan daripada ujian jumlah air kencing di dalam kolam renang, ianya tidaklah begitu memberansangkan.

Penyelidik daripada Universiti Alberta telah melakukan ujian bagi menunjukkan tahap pencemaran urin di mana sebanyak 250 sampel melibatkan 31 kolam renang dan tab air panas di dua bandar sekitar Kanada dikumpulkan untuk penyelidikan tersebut.

Keputusan mendapati, kolam renang yang dipenuhi 830,000 liter air dengan kira-kira 1/3 keluasan kolam renang Olimpik, dicemari 75 liter urin manakala kolam yang lebih kecil pula mencatatkan 30 liter bacaan urin.

Menerusi kajian tersebut, para penyelidik mengukur tahap pemanis tiruan, asesulfam-K (ACE), yang melepasi sistem tubuh badan secara menyeluruh yang dikenal pasti sebagai ‘penanda aras tahap urin yang ideal’.

Biarpun urin secara saintifiknya tidak memudaratkan (steril), bagaimanapun, keberangkalian ia bercampur dengan bahan-bahan kimia di dalam kolam telah mencetuskan kebimbangan terhadap kesan kesihatan yang akan dialami pengguna fasiliti awam tersebut.

Kesimpulannya, kini anda sudah tahu, jadi jangan sesekali minum air yang terdapat di kolam renang ye. Geli.

BACA INI JUGA: 12 Hotel Dengan Kolam Renang Paling Unik Di Dunia

Sumber: sh

Monday, February 27, 2017

Saintis Membuktikan Virus ACTV-1 Penyebab Manusia Jadi Bodoh!

Saintis Membuktikan Virus ACTV-1 Penyebab Manusia Jadi Bodoh!

Tajuk artikel kali ini menggunakan perkataan yang agak kasar tapi sebenarnya adalah fakta yang telah dibuktikan oleh saintis.

Virus ACTV-1

Menerusi penemuan terbaru hasil kajian saintis mendedahkan bahawa setiap daripada kita sebenarnya berpotensi untuk menjadi dungu atau kurang cerdik.

Pada tahun 2014, sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat yang menjalankan kajian mencari punca danpenyebab terjejasnya fungsi kognitif pada manusia telah menemui secara tidak sengaja sejenis virus berbahaya yang dipanggil Acanthocystis Turfacea Aclorella Virus 1 (ACTV-1).

Virus ini bukanlah penyebab kematian tetapi dipercayai boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti menjadi bodoh.

Saintis dari Johns Hopkins University, Baltimore dan University of Nebraska telah cuba untuk memahami bagaimana virus tersebut muncul dan menjangkiti manusia.

Bagi mencari jawapannya, mereka melakukan ujian fungsi kognitif ke atas 33 orang individu, termasuk pemeriksaan pada tekak sampel.

Selepas mengawal pelbagai pemboleh ubah, saintis mendapati sesuatu yang tidak dijangka kerap muncul pada tekak sampel.

Apabila kajian diperluaskan dari 33 orang kepada 92 orang, keputusannya tetap sama. Hampir separuh daripada sampel atau 44 orang didapati mempunyai virus ACTV-1 pada kerongkong mereka.

Kesan Virus ACTV-1

Berdasarkan kepada penelitian, sampel dikesan mengalami prestasi penurunan pada kemampuan otak terutama dalam mengenal pasti gambar dan visual.

Virus tersebut turut memiliki keupayaan untuk menggandakan DNAnya lantas mengawal ekspresi gen dalam otak manusia termasuk memori dan emosi.

Saintis seterusnya melanjutkan kajian mereka ke atas tikus dan sangat mengejutkan, keputusan ujian makmal terbukti sama seperti ujian awal dimana kesan penurunan kecerdasan otak turut didapati menyerang tikus-tikus yang tersebut.

Tikus-tikus tersebut telah diberikan virus ACTV-1. Saintis kemudiannya melakukan analisis pada gen hippocampal dalam otak tikus yang dijangkiti.

Keputusan menunjukkan bahawa lebih daripada 1,200 gen telah dijangkiti virus ACTV-1.

Antara gen-gen tersebut adalah yang diketahui memainkan peranan dalam pembentukan pembelajaran dan ingatan.

Kesannya, tikus-tikus yang diserang ACTV-1 semakin kurang cerdas dalam melakukan tugas-tugas mudah termasuk cara bagaimana untuk mendapatkan sepotong keju.

Sebelum dijangkiti virus ACTV-1, tikus memiliki kemampuan luarbiasa ketika mencari sumber makanannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.

Apa Itu Virus ACTV-1?

Sepanjang sejarah perubatan manusia, berjuta-juta jenis virus telah diketahui hidup dalam tubuh manusia.

Dan buat pertama kalinya, saintis kini sedang cuba untuk mengkaji keupayaan virus-virus ini dalam menyerang tubuh manusia.

Virus ACTV-1 sebenarnya bukanlah asing dalam kehidupan manusia. Kehadirannya boleh ditemui pada sejenis tumbuhan jenis alga yang banyak terdapat di persekitaran kita, terutamanya dalam tasik air tawar.

Alga merupakan organisma autotrof iaitu organisma yang mampu mengubah bahan an-organik menjadi organik.

Dengan kata mudah, ia berupaya membuat makanannya sendiri dengan bantuan tenaga seperti tenaga cahaya matahari dan kimia.

Bagaimanapun, berbeza dengan virus ACTV-1, virus ini didapati memiliki keupayaan diluar ramalan saintis.

Virus ACTV-1 tidak mendatangkan penyakit atau kematian seperti virus Ebola. Kehadiran virus ACTV-1 dalam tubuh manusia juga langsung tidak disedari.

Seseorang yang dijangkiti tidak akan merasakan sebarang tanda-tanda awal.

Malangnya, untuk kesan jangka panjang, tahap kognitif seseorang individu akan menurun menjadi kurang cerdik berbanding sebelumnya.

Bagaimana Virus ACTV-1 Berjangkit?

Virus ACTV-1 didapati bukan hanya menyerang perenang atau peminat sukan air, malah mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti sukan air juga dijangkiti.Bagaimana virus ACTV-1 menjangkiti mereka yang bukan peminat sukan air masih menjadi tanda-tanya dan sedang dalam kajian.

Apa sekalipun, marilah kita bersyukur dan memanfaatkan sedikit kebijaksanaan yang ada sebaik mungkin tanpa perlu merasakan diri terlalu bagus berbanding orang lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bagaimana Manusia Menjadi Genius Dan Memiliki IQ Tinggi?

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, February 01, 2016

Fakta Lelaki Habiskan Masa Setahun Lihat Wanita!

Fakta Lelaki Habiskan Masa Setahun Lihat Wanita!

Rata-rata golongan wanita pasti berasa cemburu apabila mendapati pasangan mereka melihat wanita lain, namun mata keranjang atau tidak, ia bukan suatu perkara asing bagi golongan lelaki untuk melihat kecantikan seseorang wanita.

Lelaki Lihat Wanita
Gambar hiasan.

Kajian mendapati, kaum Adam menghabiskan satu tahun sepanjang hidupnya hanya untuk melihat wanita.

Berdasarkan kajian yang dijalankan Kodak Lens Vision Centres yang berpangkalan di Britain, seorang lelaki akan menghabiskan hampir 43 minit sehari untuk melihat 10 orang wanita berbeza.

Jurucakapnya, Mark Ireland berkata, sebanyak 19 peratus responden lelaki mengatakan dengan melihat wanita membuatkan mereka berasa gembira.

"Hal ini sebaliknya membuatkan wanita berasa kurang selesa dengan 20 peratus mengakui malu apabila dipandang lama-lama, manakala 16 peratus lagi tidak yakin dengan penampilan diri," katanya.

Menerusi kajian itu juga, penyelidik mendapati hampir sepertiga daripada responden pernah bergaduh dengan pasangan masing-masing gara-gara melihat wanita lain, manakala satu daripada 10 mengaku berpisah kerana berkelakuan sedemikian.

Kajian itu melibatkan 3,000 orang lelaki berusia antara usia 18 hingga 50 tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, November 29, 2015

Kajian Menunjukkan Anda Lebih Gembira Jika Tiada Facebook!

Kajian Menunjukkan Anda Lebih Gembira Jika Tiada Facebook!

Dizaman ini, Facebook merupakan laman paling popular penggunaannya di Internet selepas Google dan YouTube.

Facebook Sucks

Pengguna Facebook bertambah dari hari ke hari dan terkini, dikatakan mencecah lebih 1 bilion pengguna aktif setiap hari.

Di sinilah segala aktiviti memuat naik gambar, menulis apa yang terbuku di hati, berkongsi berita viral dan platform atas talian dijalankan.

Namun tidak semua perkara yang dikongsikan pengguna adalah baik.

Pelbagai berita palsu yang menimbulkan kemarahan serta komen yang boleh membuatkan putusnya persahabatan turut boleh dilihat di Facebook.

Namun kajian terkini menunjukkan, anda akan lebih gembira sekiranya berhenti melayari Facebook!

Menurut portal Amanz.net, kajian dilakukan oleh Happiness Research Institute yang berpangkalan di Copenhagen, Denmark.

Seramai 1095 peserta yang mengaku melayari Facebook setiap hari mengambil bahagian dalam kajian ini dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan A diarahkan supaya berhenti melayari Facebook selama seminggu sementara kumpulan B boleh melayarinya seperti biasa.

Selepas seminggu peserta akan disoal mengenai tahap kegembiraan mereka, di mana sebanyak 88% peserta kumpulan A mengaku diri mereka lebih gembira.

Bagaimanapun hanya 81% peserta kumpulan B mengaku diri mereka gembira. 55% daripada mereka juga didapati lebih tertekan serta mudah marah berbanding kumpulan yang tidak melayari Facebook.

Di samping itu kadar interaksi sosial, menyertai aktiviti riadah dan keluar dari rumah di kalangan respondan kumpulan A juga didapati lebih tinggi.

Keputusan kajian ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana daripada pengalaman penulis sendiri ketika tidak mengaktifkan Facebook dalam jangka masa yang panjang, memang diakui hidup terasa lebih gembira.

Bukanlah membenci media sosial, sebaliknya kita harus sedari bahawa kehidupan peribadi tidak perlu dikongsi 24/7 dan sebenarnya tiada keperluan pun untuk ambil tahu kehidupan peribadi ‘kawan-kawan’ Facebook anda.

Kawan sebenar ialah mereka yang menelefon untuk bertanya khabar, makan semeja ketika lapar dan tidak menekan LIKE pada status yang menyedihkan.

Maka jika anda mahu lebih gembira, kurangkan media sosial dan tambahkan bersosial.

BACA INI JUGA: Menjana Dosa Multi Level Marketing Melalui WhatsApp!

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, December 28, 2012

Fakta! Wanita Suka 'Tayang' Di Internet Berbanding Lelaki

Fakta! Wanita Suka 'Tayang' Di Internet Berbanding Lelaki

Di dunia maya ini atau internet, semua perkara dapat dicari dan dapat dilakukan, termasuk menayang bahagian peribadi. Menurut kajian, wanita lebih cenderung kepada sering 'tayang' jika dibandingkan dengan Lelaki.

Benarkah Wanita Suka 'Tayang' Di Internet Berbanding Lelaki

Penelitian ini dilaporkan dari Linden Labs dengan menyatakan bahawa banyak wanita yang suka menunjuk bahagian tubuhnya tanpa terlindung pakaian jika dibandingkan dengan lelaki.

Seperti yang dinyatakan dari ABC News Radio Online (26/12), para peneliti melakukan penelitian ini dengan cara melihat gambar yang digunakan oleh sekitar 400 pengguna internet.

Dari jumlah tersebut, sekitar 71% lelaki masih menutupi bahagian tubuh badan peribadinya dengan pakaian, sedangkan lebih dari 50% wanita yang melakukan aktiviti online seperti game, chatting atau sejenis dengannya, sering terdapat foto mereka yang menampilkan bahagian tubuh peribadi mereka.

Peneliti juga menyatakan para wanita tersebut lebih nyaman dan aman melakukan aksinya tersebut di internet daripada di dunia nyata.

Mereka tidak akan merasa terganggu oleh olahan jahil kaum lelaki yang melihat tubuh mereka tersebut.

Menurut komen di beberapa forum luar, banyak wanita yang suka melakukan aktiviti tersebut kerana sensasi itu tidak akan didapati di dunia nyata.

Beberapa pakar mengemukakan baahwa hal itu sudah masuk dalam kategori eksibisionis.

Sayangnya, para pengkajitidak menjelaskan secara terperinci tentang usia orang yang mereka teliti, lokasi mereka  dan berapa lama mereka melakukan penelitian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ketahui Kuasa Pujuk Rayu Seorang Wanita

-SENTIASAPANAS.COM