Sunday, March 24, 2013

Adakah Anda Tahu Apa Yang Berlaku Setiap Minit Di Internet?

Adakah Anda Tahu Apa Yang Berlaku Setiap Minit Di Internet?

Intel telah memberi beberapa data yang menarik mengenai penggunaan internet baru-baru ini. Lebih banyak peranti yang kini menggunakan internet untuk mengakses data, yang juga bermaksud lebih banyak data sedang bertukar tangan sekian hari.

Tak banyak orang tahu data yang mereka akses setiap hari itu adalah sebahagian daripada jumlah data yang besar, yang merentasi rangkaian-rangkaian yang dinamakan Internet. Dari mendengar musik, menonton video, memuat-turun gambar, main game dalam talian – semua ini menggunakan data yang besar. Lebih 640 ribu Gigabyte data bertukar tangan dalam masa satu minit di internet!

Grafik di bawah ini menunjukkan sebahagian dari data yang dikongsi bersama:


Hari ini, jumlah peranti yang bersambung ke internet bersamaan dengan jumlah populasi dunia. Bayangkan – 7 bilion peranti sedang menggunakan internet sekarang. Dalam masa dua tahun – 2015 – jumlah ini akan berganda dua kali.

Di tahun yang sama, anda perlu mengambil masa lima tahun untuk menonton video-video yang merentasi rangkaian internet setiap saat. Lima tahun video bertukar tangan setiap saat. Soalan cepu emas – rangkaian kita sekarang boleh sokong ke?

[Sumber]

Thursday, March 14, 2013

Top 10 Software Yang Sering Digunakan Oleh Hacker

Top 10 Software Yang Sering Digunakan Oleh Hacker

Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer.

Top Hacker Tools

Mereka berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci. Di sini disenaraikan 10 software yang sering digunakan hacker ni.

NMAP

Hacker - NMAP

Software pengimbasan keselamatan yang terbaik dan alat hacking terbaik yang pernah dibuat. Perisian ini mendahului setiap senarai perisian untuk hacking atas dua sebab.

Pertama, mudah digunakan dan kedua, penggunaan yang meluas.

Super-Scan

Super-Scan

TCP port yang hebat untuk mengimbas scanner, pinger, resolver.

NESSUS vulnerability scanner

Hacker - NESSUS

Software yang hebat tetapi terbatas dalam sesetengah operasi.

John The Riper

HACKER - John The Ripper

Alat password cracker. Hanya beroperasi sesetengah versi UNIX dan window.

Wireshark and Kismet

HACKER -  Wireshark and Kismet

Penceroboh Wifi. Software ini mebolehkan jiran anda berkongsi wifi dengan tanpa pengetahuan anda.

PANGOLIN SQL injection scanner

HACKER -  PANGOLIN SQL injection scanner

Pengimbas website. Hati-hati jika website tidak mahu digodam dengan benda ni.

Nikto 2

HACKER -  NIKITO 2

OPEN SOURCE untuk mengimbas web server. Menyemak keseluruhan web server termasuk file2 bahaya dan lain2 lagi

Low orbit Ion Cannon

HACKER -  Low orbit Ion Cannon

Alat serangan DOS yang berkesan. Dibangunkan oleh kumpulan hacker yang popular dengan nama “Anonymous”.Alat ini akan menyebabkan web server menjadi sesak dan menjadi down@ tidak dapat diakses

Cain and Abel

HACKER -  Cain and Abel

Password cracker yang digemari. Tetapi kurang update.

Hide IP

HACKER -  Hide IP

Alat untuk melayari internet tanpa diketahui.

Rasanya ada banyak lagi seperti Backtrack, Beini, Metasploit, Putty, Hashcat dan lain2.. Tapi ini antara yang selalu digunakan, ramai tak antara korang yang biasa guna software-software seperti ini.

BACA INI JUGA: The Deep Web Dunia Internet Bawah Tanah

sumber: nizarazu

Wednesday, February 27, 2013

Tips To Increase Blog Loading Speed

Tips To Increase Blog Loading Speed

Blog Load Speed is an important feature for both visitors and search engines. Both searches engines and visitors hate slow sites.


So how can you decrease your page load speed? Just Follow the Below Tips You definitely have some change in your blog loading time.

Avoid Repeating Widgets. It is one of the important problem will that affect your blog loading time. Try to reduce the use of unwanted widget or repeating widget from your blog. Try to reduce the Scrolling Length of your blog.

You should try to avoid same type of widgets by different developers.

Avoid Visitors Count Widget. Visitors counting widget will take more time to load and that will affect your blog speed also. Try to avoid this problem by using reduced amount of using visitor count widgets or find some widget having less loading time.

Avoid displaying videos in the sidebar. Publishing videos in the sidebar decreases your blog's overall speed. So try embedding videos in pages/posts. But not as a sidebar widget.

Remove Unwanted CSS from your template. If you are using a free template for your blog, then probably it will have over css codes. If you don't want any css effect, and if you know css/html editing, then it is good to remove them.

Choose SEO friendly Themes. If you are choosing a free theme, then try using a SEO optimized theme, so that it may have all basic optimizations to keep your blog on line. Try to use simple, well designed and less loading time widget.

Don't keep more than one Subscription Boxes. Some sites have many types of subscription box. They will add subscription boxes as a pop-up, sidebar widget and below posts to increase social media subscribers. It is not good as it decreases your blog speed.

Reduce Ads. Displaying too many ads in your blog is not advisable. It does not increase your income but decrease your ranking. The best place to display ads is below post titles.

In my suggestion use one or two ads in sidebar and other ads you can use in Bellow post title and in between post content.

Avoid Pop-Up Ads and Widgets. Most of us hate pop-up ads and widgets. It really makes the visitor feel irritated. But when it comes to displaying ads, publishers will try to add so many pop-up ads as they give good earnings. But remember, if there is visitor then only there is earnings.

Regularly Check Your Blog Speed. You should check your blog's load speed regularly. If it shows some errors or suddenly starts lagging, then you should take adequate measures and check for malwares, widget errors etc.

If you are new to blogging or lags in getting traffic, then you need to feel the reader's minds.

Hope you liked this article. Don’t forget to use comment box for your valuable thoughts.

At last have a nice day…

[Sumber]

Tuesday, February 26, 2013

Panduan Membuat Kategori Pada Blogspot

Panduan Membuat Kategori Pada Blogspot

Label merupakan pengelompokan post kedalam kategori-kategori tertentu. Jika beberapa posting diberikan label yang sama, ertinya posting tersebut termasuk kedalam kategori yang sama.

Label Blog

Berikut langkah-langkah menambahkan Widget Label dan seterusnya 'menukar' label tersebut sebagai kategori.
  • Login ke Blogger anda dan pilih Design > Page Elements
  • Kemudian klik pada perkataan Add a Gadget
  • Kemudian scroll kebawah sehingga terjumpa perkataan Label, klik pada tulisannya atau pada gambar bersimbol (+).


Seterusnya aturlah konfigurasi seperti yang anda inginkan.


  • Title: Anda boleh mengubah perkataan Label kepada Kategori, Menu atau apa saja.
  • Show: Terdapat 2 pilihan dibahagian ini. Jika ingin memaparkan semua label yang ada, pilih All Labels, atau Selected Labels jika ingin memaparkan hanya label-label tertentu saja.
  • Sorting: Anda boleh memilih mana-mana tapi saya sendiri memilih Alphabetically.
  • Display: Sila pilih List.
  • Pada tulisan Show number of posts per label boleh dipilih atau tidak bergantung kepada anda.

Seterusnya sila klik Save. Widget label akan muncul di sidebar anda.

Syarat penting yang perlu dilakukan:

Setiap kali anda membuat New Post, sila isikan kategori anda pada ruangan Labels. Kategori anda akan muncul secara automatik pada sidebar dibahagian kategori.


Selamat mencuba!

BACA INI JUGA:

sumber: gilaping.com

Friday, February 22, 2013

Trafik Naik Menggila 60,000 Hit Sehari Di GilaPing.com!

Trafik Naik Menggila 60,000 Hit Sehari Di GilaPing.com!

Untuk blogger yang belum lagi mencuba penangan trafik naik mendadak ke blog anda, cubalah GilaPing untuk menghantar artikel-artikel terbaru anda. Anda pasti puas hati kerana caranya sangatlah mudah dan pantas berbanding laman aggregator yang lain.


Cara pendaftarannya juga teramatlah mudah.

Walaupun diawal kemunculan, web GilaPing selalu 'down for maintenance', penantian para blogger dan kesabaran para admin sangat berbaloi sehingga laman web GilaPing menggila semula!

Laman web GilaPing ini memang cantik, kemas, mudah, pantas dan canggih.

Jadi, 60,000 hit sehari tu apa cer? Ceritanya begini, kalau satu blog mendapat 200 hit dan ada 300 pengguna blog aktif menghantar artikel setiap masa, kan 60,000 tu.. hehe

Selamat berblog buat semua dan semoga GilaPing sukses selalu..

p/s: Laman web gilaping.com kini telah ditutup.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, February 18, 2013

The Deep Web Dunia Internet Bawah Tanah

The Deep Web Dunia Internet Bawah Tanah

Bagi mereka yang tidak tahu, The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar kandungan di internet yang tidak dapat diakses secara biasa melalui carian utama seperti Google/Yahoo/Bing atau enjin carian lain.

The Deep Web Truth

Carian di internet hari ini, boleh dibandingkan seperti mengheret jaring merentasi seluruh permukaan laut, walaupun banyak ikan yang akan tersangkut di jaring, tetapi lebih banyak lagi yang masih tinggal dan ada di dasarnya.

Dan bahagian yang tertinggal itu terus menjadi rahsia dan terlepas dari pandangan.

Sama seperti Internet, kebanyakkan kandungan di internet dihasilkan secara dinamik dan disimpan jauh di dasarnya, enjin carian biasa tidak akan mampu mencarinya.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai The Deep Web:
  1. Maklumat yang ada di The Deep Web sekarang ni hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada maklumat yang ada di The World Wide Web.
  2. The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World Wide Web.
  3. The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding hanya 1 billion di The World Wide Web.
  4. Lebih dari 200 ribu laman web yang ada di The Deep Web buat masa sekarang.
  5. Di The Deep Web, lebih banyak kategori maklumat baru yang muncul setiap hari.
  6. Disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah semakin sempit dan sukar untuk ditembusi.
  7. Kualiti maklumat di The Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat daripada The World Wide Web.
  8. Kandungan di The Deep Web lebih relevan kepada carian, pasaran dan domain.
  9. Lebih 95 peratus maklumat di The Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas.

Apa Yang Ada Di The Deep Web?

Apa yang ada di bawah permukaan The Deep Web ialah apa yang tidak dibenarkan disiarkan di The World Wide Web.

Di The Deep Web, hampir ada kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah, pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, penyumbaleweng, pengumpul data, penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat.


Pelayar akan merasai sesuatu yang sangat menarik dan boleh dikaji walaupun terdapat berjuta-juta perkara jahat yang mendiami The Deep Web.

Selain itu, terdapat juga banyak perkara-perkara baik yang boleh dikongsi tanpa batasan undang-undang dan privasi.

The Deep Web diibaratkan sebagai satu dunia yang mana anda bebas berkongsi apa sahaja, jika anda seorang pembunuh, anda boleh mengiklankan servis anda di The Deep Web, jika anda seorang pengedar dadah, anda boleh menjual apa sahaja jenis dadah di sana, begitu juga jika anda mempunyai beberapa maklumat sulit mengenai mana-mana kerajaan, anda bebas meletakkannya di sana.

Ianya dicipta untuk memberi kebebasan dan hanya yang tahu sahaja yang mampu mengaksesnya.

Kesemua yang anda dapat baca di Wikileaks sebenarnya telah disimpan beberapa tahun lebih lama di The Deep Web sebelum disiarkan di Wikileaks.

Mungkin anda pernah menonton aksi penggodam di dalam filem yang telah menggodam melalui server pelik yang anda rasakan tidak wujud, sebenarnya server pelik itu ialah The Deep Web.

Secara amnya, pengganas, pembunuh, pengedar dadah dan pelayar porno, telah lama menggunakan The Deep Web untuk tujuan mereka. Juga terdapa laman yang khusus menyiarkan fakta dan gambar mengenai rahsia di Area 51.

Sehingga sekarang, terdapat berjuta-juta pengedar dadah beroperasi menjual dadah-dadah mereka secara terbuka di The Deep Web, berjenis-jenis dadah dijual, dari Ectasy hinggalah ke Meth, semuanya dijual dan dipamerkan secara terbuka.

Begitu juga maklumat mereka, cara pembelian dan penghantaran. Sama juga dengan pembunuh upahan, anda boleh melihat berjuta pembunuh upahan yang menawarkan perkhidmatan mereka dengan upah di antara 20 ribu hingga 50 ribu EURO.

Setiap hari akan ada transaksi penjualan kad kredit yang telah digodam, anda dengan mudah boleh membeli kad kredit yang telah digodam dan seterusnya menggunakannya mengikut socks dan protokol yang telah diberi.

Sehinggakan pernah disiarkan di The Deep Web, laman web yang bersimbolkan kematian ‘Russian Roulette’ dan diuruskan oleh organisasi-organisasi mafia sebenar.

Mereka yang disiarkan adalah pemain sebenar yang telah dilatih secara professional dan bermain hanya untuk mati. Bukan lakonan yang dibuat-buat.

Bagaimana Untuk Masuk Ke The Deep Web?

Kandungan di The Deep Web, bukan dicipta untuk orang biasa, saya hanya boleh memberi hint tetapi tidak akan menunjukkan cara sebenar bagaimana untuk masuk ke sana.

Hanya mereka yang tahu cara dan protokol sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun kandungan di The Deep Web kelihatan menakutkan, terdapat lebih banyak lagi maklumat-maklumat berguna yang boleh digunakan untuk tujuan kebaikan.

Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah di bawah tanggungajawab anda sendiri.

Sebelum anda cuba memasuki The Deep Web, baca dan fahami dulu bagaimana ianya berfungsi, Anda boleh baca mengenainya di sini, http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_web

Di sini ada maklumat apa itu rangkaian .onion dan bagaimana ianya berfungsi,
http://en.wikipedia.org/wiki/.onion

Di sini anda boleh baca mengenai TOR (The Onion Router), http://en.wikipedia.org/wiki/Tor

Rahsia Deep Web

CIA dan FBI monitor deep web ini 24 jam sebab ianya tidak dikawal oleh mana-mana pihak. Dan sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah atas tanggungajawab anda sendiri!

BACA INI JUGA:

sumber: syok

Friday, February 15, 2013

Perkara Paling Popular Untuk Dilakukan Di Internet

Perkara Paling Popular Untuk Dilakukan Di Internet

Pada zaman moden ini, hampir semua orang bergantung kepada Internet. Jadi, anda sendiri di kelompok yang mana?


Pengguna laman Sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Blog). Hampir semua orang mempunyai laman sosial sendiri dan paling kurang akan ke akaun dua kali sehari tetapi kebanyakannya lebih kepada mengintip status, gambar terbaru kawan atau untuk kepentingan bisnes.

Menonton video (Youtube). Muat naik video di Youtube dah jadi 'trend' masa kini. Tak dinafikan ada yang memuat naik video sendiri untuk popular dengan segera. Tapi ada juga yang manfaatkan untuk cari video klip kegemaran, dokumentari menarik dan filem pendek.

Bermain game. Bermain 'game' lebih terarah kepada komuniti awal remaja tapi jangan tak tahu, ada juga si tua belia memilih 'game' untuk segarkan otak dengan mahu mengalih perhatian daripada terus fikirkan kekusutan dan masalah harian. Ramai juga pemain 'game' tegar gunakan Internet untuk muat turun permainan terbaru masa kini.

Mencari info unik dan menarik. Fakta pelik dan menarik juga dah banyak bertebaran di internet. Ada sesetengah individu gemar mencari dan berkongsi dengan rakan lain. Selain untuk jenaka, ia juga boleh menambah pengetahuan.

Membaca berita. Maklumat terkini adalah keperluan harian. Carian akan meningkat terutama ketika tercetusnya isu hangat yang menarik keinginan seseorang untuk ambil tahu. Ada juga yang membaca sekadar untuk mengisi waktu terluang.

Melihat atau berkongsi gambar (Google, Tumblr, Instagram). Gambar biasanya dicari ketika perlu seperti waktu berkerja tetapi ada yang hanya sekadar suka-suka melihat gambar terbaru di Internet tetapi ada yang cari untuk berkongsi idea. Yang pasti, anda pernah mencari yang satu ini.

Muat turun lagu dan filem. Anda sendiri pasti pernah memuat turun lagu kegemaran dari Internet bukan? Walaupun dah banyak pihak laungkan ia ibarat tak hargai hasil titik peluh artis tetapi aktiviti ini tetap wujud. Faktor utama kerana kos pembelian cakera padat mahal. Situasi sama berlaku dengan filem. Ia lebih kepada penambahan koleksi di pemuat turun atau untuk tontotan sekali bersama rakan.

Software. Mungkin kedengaran janggal untuk mencari software di Internet kerana kita lebih memilih untuk ke kedai namun terdapat kelompok individu yang kerap mencari 'software' berguna selain turut membaca maklum balas, fungsi dan keistimewaan program itu.

Menambah ilmu. Internet bukan sekadar platform untuk keburukan, ramai orang yang menggunakannya untuk kebaikan. Biasanya, pelajar dan penuntut universiti akan mencari bahan ilmiah untuk menyelesaikan tugas mereka di sini. Tapi bukan hanya mereka saja, ramai juga yang cari maklumat berguna sebagai rujukan dan tambah pengetahuan am.

-Hmetro