Sunday, April 10, 2016

7 Penggodam Paling 'Hebat' Di Dunia!

7 Penggodam Paling 'Hebat' Di Dunia!

Bagi yang gemar mengikuti kisah-kisah penggodam komputer, mereka tentu mengenali nama-nama seperti Kevin Mitnick, Kevin Poulsen, Gary McKinnon, LulzSec dan ramai lagi.

Namun, antara kesemuanya, terdapat beberapa penggodam yang dikenal pasti sebagai ‘ancaman’ buat sesebuah negara disebabkan kepakaran ‘melampau’ mereka.

Di sini kami senaraikan tujuh penggodam paling bahaya dan pada masa yang sama paling ‘bernilai’ di dunia.

Kevin Mitnick

Top+Hackers+Kevin Mitnick

Mitnick, 53, adalah penjenayah siber paling dikehendaki dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Menggelarkan dirinya sebagai “Hacker Poster Boy“, dia merupakan penggodam paling kontroversi pernah direkodkan.

Di usia remaja, Mitnick pada mulanya hanya mempunyai pengalaman asas menggodam telefon awam sebelum melakukan kesalahan besar yang membuatkan dirinya terkenal.

Ketika berumur 15 tahun, dia telah mengeksploitasi sistem punch kad perakam waktu bas Los Angeles untuk mendapatkan keuntungan.

Kemudian, seperti salah seorang pengasas bersama Apple, Steve Wozniak, Mitnick ketika berusia 16 tahun ‘menceburi’ bidang pergodaman telefon selular di mana dia disabitkan kesalahan atas kes menggodam dan mencuri perisian dalam rangkaian Digital Equipment Corporation (DEC) yang dianggarkan bernilai berbillion dollar.

Mitnick ditangkap pada Februari 1995 setelah pihak FBI bekerjasama dengan seorang pakar komputer terkenal, Tsutomu Shimomura bagi memerangkap Mitnick dan menurut penulis majalah New York Times, dia mengatakan Mitnick diibaratkan sebagai ‘hantu’ kerana begitu sukar dijejak sehingga memaksa pihak FBI meminta bantuan seorang pakar.

Pada hari ini, Mitnick memainkan peranan sebagai penggodam ‘topi hitam’ legenda dan kini menjadi ahli masyarakat yang produktif serta seorang penulis dan perunding keselamatan komputer.

Freedom Downtime dan Takedown adalah dua filem yang memperincikan mengenai kegiatannya.

Michael Calce

Top+Hackers+MICHAEL CALCE

Lagak gaya Michael Calce bak seorang aktor ini adalah penggodam komputer yang dikenali sebagai “Mafiaboy”.

Pada tahun 2000, pihak FBI telah menamakan Mafiaboy sebagai suspek utama yang telah melumpuhkan gergasi perniagaan internet dan enjin carian terkenal pada Yahoo!, EBay, Amazon, CNN dan E-Trade. Enjin carian terkenal, Google masih belum dikenali ramai pada waktu itu.

Kesemua gergasi internet itu mengalami gangguan capaian oleh pengguna sebelum lumpuh sepenuhnya beberapa jam akibat serangan penafian perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai Denial of Services, (DOS).

Serangan beberapa jam tersebut menyebabkan kerugian yang dianggarkan sekitar AS$18 juta.

Dia dihadapkan ke mahkamah pada 18 ​​Januari 2001 di Montreal, Kanada di mana dia mengaku bersalah di atas 55 tuduhan menggodam.

Jonathan Joseph James

Top+Hackers+JONATHAN JOSEPH JAMES

Jonathan terkenal apabila dia menjadi orang pertama yang dihantar ke penjara bagi kesalahan menggodam.

Pada usia 16 tahun, dia telahpun dijatuhkan hukuman penjara di mana sewaktu wawancara, Jonathan memberitahu alasanya hanya disebabkan ingin mencari keseronakan.

Jonathan mensasarkan organisasi yang berprofil tinggi untuk digodam.

Dia memasang peranti backdoor ke dalam pelayan di sebuah agensi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang dikenali DTRA.

Backdoor dicipta untuk membolehkan dia melihat e-mel sensitif serta mencuri nama pengguna dan kata laluan pekerja.

Jonathan menggodam rangkaian NASA dan memuat turun sumber kod yang cukup untuk dia belajar bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa berfungsi.

Jumlah nilai aset yang dimuat turun menyamai AS$1.7 juta dan apa yang lebih memalukan, NASA terpaksa menutup rangkaian mereka selama tiga minggu semata-mata untuk menyiasat kebocoran maklumat tersebut yang menelan belanja sebanyak AS$41,000.

Jonathan menjelaskan bahawa dia memuat turun kod itu untuk menambah kajian tentang C programming, tetapi menegaskan, “Kod itu sangat teruk dan tidak bernilai AS$1.7 juta seperti yang didakwa.”

Adrian Lamo

Top+Hackers+Adrian Lamo

Digelar sebagai “penggodam homeless,” dia menggunakan sambungan internet di kafe dan perpustakaan untuk menggodam.

Adrian menggodam organisasi-organisasi utama seperti syarikat akhbar The New York Times dan firma perisian Microsoft.

Teknik pengodaman Adrian adalah penetration testing yang menguji penembusan sekuriti di mana beliau mendapati kelemahan dalam sistem keselamatan Yahoo!, Bank of America, Citigroup dan Cingular.

Adrian turut menggodam akaun syarikat sekuriti komputer terkenal Lexis Nexis Times dan telah diarahkan membayar kira-kira AS$65,000, perintah berkurung selama 6 bulan dan 2 tahun kerja amal yang telah tamat pada 16 Januari, 2007.

Kini Adrian bekerja sebagai wartawan serta pernah memenangi beberapa anugerah dan juga wakil rakyat.

Owen Thor Walker

Top+Hackers+OWEN WALKER

Owen Thor Walker merupakan seorang penghidap penyakit Sindorm Asperger yang menetap di New Zealand.

Walaupun mempunyai penyakit, dia telah ditahan beberapa kali atas kesalahan aktiviti pergodaman yang bernilai jutaan dolar New Zealand.

Pada 2008, dia mengaku bersalah atas kesalahan menjadi ‘ketua’ dalam sebuah organisasi yang menggodam institusi kerajaan dengan nilai kerugiaan sebanyak AS$26 juta.

Dia ditahan di bawah seksyen 248-252 akta jenayah New Zealand dan sewaktu disoal-siasat FBI, dia memberitahu, sewaktu menggodam sistem sekuriti Universiti Pennsylvania, server yang digunakan adalah dari Malaysia.

Albert Gonzalez

Top+Hackers+ALBERT GONZALEZ

Albert Gonzalez, mungkin seorang ‘Raja Godam’ kad kredit paling terkenal di seantero dunia.

Pada 2009, Gonzalez telah ditahan dalam kes penipuan kad kredit terbesar di Amerika Syarikat (AS) yang melibatkan kecurian lebih 130 juta nombor kad kredit.

Sejak Oktober 2006, Gonzalez menggunakan teknik penggodaman yang canggih untuk memecahkan firewall dan mencuri informasi dari sistem pangkalan data di AS.

Syarikat yang menjadi sasaran termasuk pemproses sistem pembayaran kad yang berpusat di New Jersey, Heartland Payment Systems, rangkaian seluruh kedai serbaneka yang berpusat di Texas, 7-Eleven Inc. dan rangkaian pasar raya yang berpusat di Maine, Hannaford Brothers Co. Inc.

Gonzalez memindahkan data yang dicuri ke server komputer yang beroperasi di Latvia, Belanda, AS dan Ukraine bagi menutup jejak serta mengelak daripada dikesan oleh software anti-virus yang digunakan oleh mangsa mereka.

Astra

Top+Hackers+ASTRA
Gambar tidak didedahkan oleh kerajaan Perancis.

Astra atau nama gelaran medianya, Withheld, merupakan seorang penganalisis matematik di sebuah universiti.

Dia dilaporkan telah menggodam sistem sekuriti kerajaan Perancis selama lima tahun di mana dia berjaya memperoleh data berkenaan teknologi senjata dan cetakan aplikasi 3D yang kemudian dijual di pasaran gelap di Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Afrika dan juga negara-negara Arab.

Menurut polis Perancis, mereka telah menjejak Astra sejak dari tahun 2012 namun sering menemui jalan buntu setelah ‘dipermainkan’ olehnya di mana beberapa rumah yang diserbu sering sahaja ditinggalkan notis ‘cuba lagi’.

Astra akhirnya ditangkap pada tahun 2008, dan dilaporkan kerugian yang ditanggung Perancis dianggarkan bernilai AS$250 ke AS$350 juta.

Penggodam legenda itu telah menjalani hukuman penjara selama 6 tahun sejak 2008.

BACA INI JUGA: Top 10 Software Yang Sering Digunakan Oleh Hacker

Sumber: mynewshub

Thursday, November 07, 2013

5 Hacker Wanita Paling Cantik

5 Hacker Wanita Paling Cantik

Biasanya dunia hackers didominasi oleh golongan lelaki. Tapi, siapa sangka wanita pun rupa-rupanya terlibat dalam dunia bawah tanah ini juga.

Kemampuan mereka juga tidak kalah dengan kehebatan hacker lelaki. Berikut adalah senarai Top 5 Hacker Wanita Paling Cantik di dunia.

Xiao Tian

Xiao Tian

Xiao Tian adalah seorang hacker yang sangat bergaya dan moden. Penampilan dan gaya hidupnya begitu rapi, dinamis malah feminin.

Dia juga tertarik dengan dunia fesyen, khususnya kasut tumit tinggi wanita. Dalam blognya dia sering berkongsi cerita tentang lokasi-lokasi yang dia pernah kunjungi.

Itulah sebabnya Xiao mempunyai ramai peminat dan pengikut di seluruh dunia, khususnya lelaki. Xiao Tian, mula dikenali sejak berumur 19 tahun.

Setelah membentuk China Girl Security Team, salah satu kumpulan hacker wanita terbesar di China. Penangannya dalam dunia hacking memang tidak diragui lagi.

Syarikat engine carian nombor satu dunia, Google pun pernah merasakan serangan hebat Xiao Tian dan kumpulannya. Xiao Tian melakukan serangan canggih terhadap sistem infrastruktur google di China.

Malah, google akhirnya tidak lagi mampu bertahan dan memilih untuk menarik semua operasinya di China akibat serangan hacker yang bertubi-tubi.

Joanna Rutkowska

Joanna Rutkowska

Joanna Rutkowska adalah seorang gadis Poland yang tertarik dengan dunia hacking. Namanya pertama kali dikenali setelah konferens Black Hat Briefings di Las Vegas, Ogos 2006.

Ketika itu, Rutkowska mempersembahkan bagaimana proses serangan yang telah dia lakukan terhadap sistem windows vista.

Bukan setakat itu, Rutkowska juga pernah menyerang Trusted Execution Technology dan System Management Mode milik Intel.

Pada awal tahun 2007, dia membentuk Invisible Things Lab di Warsaw, Poland. Sebuah syarikat yang memberi fokus terhadap sistem keselamatan OS juga VMM serta khidmat perunding keselamatan internet.

Pada tahun 2010, Rutkowska bersama Rafal Wojtczuk membentuk Qubes, sebuah Operating System yang sangat kukuh sistem keselamatannya.

Rutkowska juga pernah memberikan saranan terbuka terhadap Presiden Microsoft Security Technology Unit untuk memperketatkan lagi sistem keselamatan dalam windows vista.

Ying Cracker

Ying Cracker

Ying Cracker, adalah seorang guru yang berasal dari Shanghai, China. Dia mengajar tentang panduan asas proses hacking, cara mengubah IP address atau memanipulasi password pejabat!

Dia juga pakar di dalam bidang membuat software khusus untuk hacker. Dalam sebuah forum yang berjudul Chinese Hottie Hackers, namanya banyak disebut dan itu membuatkan popularitinya semakin melonjak.

Dalam forum tersebut juga dia mempunyai ramai peminat yang membuatkan popularitinya semakin terkenal.

Raven Adler

Raven Adler

Seorang wanita berpenampilan gothic yang tertarik dengan dunia internet, khususnya dunia hacking. Raven adalah wanita pertama yang pernah hadir di dalam perhimpunan hacker DefCon. Perhatian sudah tentu tertuju kepadanya.

Namun begitu, dia mengaku tidak ingin memanfaatkan gendernya sebagai wanita untuk membina reputasi sebagai hacker.

Malah, dia tidak mahu dipanggil dengan sebutan 'Hacker Wanita'. Dia lebih suka dipandang kerana kemahirannya, bukan kerana statusnya sebagai seorang hacker wanita.

Ketika ini, dia aktif mereka-bentuk, menguji dan mengaudit sistem keselamatan syarikat besar. Selain itu, dia juga aktif mendalami ilmu beladiri Ryu Shorin Matsumura.

Kristina Svechinskaya

Kristina Svechinskaya

Kristina Svechinskaya adalah seorang mahasiswi Universiti New York yang ditangkap pada 2 November 2010 yang lalu kerana telah mencuri jutaan dollar dari beberapa bank di England dan Amerika Syarikat.

Bersama 9 orang yang lain, Svechinskaya menghack ribuan akaun pelanggan bank dan jumlah wang yang telah dicurinya ialah sekitar 3 juta dollar.

Pada mulanya, Svechinskaya bersama sekumpulan hackers mensasarkan 220 juta dollar. Svechinskaya menggunakan Zeus Trojan Horse untuk menyerang ribuan akaun bank.

Dia memiliki sekurang-kurangnya 5 akaun bank di seluruh dunia untuk mencairkan dananya. Dalam tindakannya itu, Svechinskaya juga melakukan pemalsuan pasport dan untuk kesalahan itu, dia telah dihukum penjara selama 40 tahun setelah dibuktikan bersalah.

Seperti yang boleh dilihat di dalam gambar, baju dalamyang digunakan gadis cantik ini dibuat daripada berlian.

Svechinskaya juga mendapat julukan sebagai hacker terseksi di dunia. Kerana penampilan wajah, tatapan mata dan gaya berpakaian Svechinskaya mampu membuatkan  mata memandang tidak mampu berkelip.

BACA INI JUGA: 7 Penggodam Paling 'Hebat' Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, January 08, 2013

Hacker Yang Menggodam Bank AS Ditangkap

Hacker Yang Menggodam Bank AS Ditangkap

Seorang penggodam komputer warga Algeria yang diburu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana mencuri berjuta-juta dolar dari beberapa buah bank Amerika Syarikat (AS) untuk membiayai kehidupan mewahnya ditangkap di sini, kata polis Thailand.

Hacker Yang Menggodam Bank AS Ditangkap - Hamza Bendelladj

Lelaki tersebut, Hamza Bendelladj kelihatan tenang walaupun mengetahui bahawa dia bakal diekstradisi ke AS.

"Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan wang tersebut, dia menjawab wang itu digunakan untuk melancong dan menjalani kehidupan mewah seperti menaiki penerbangan kelas pertama serta tinggal di kediaman mewah," kata Ketua Polis Imigresen, Phanu Kerdlabphol.

Menurutnya, pihak FBI menjejaki graduan sains komputer itu selama tiga tahun selepas dia mula menggodam bank-bank AS ketika berusia 20 tahun.

"Dia telah menggodam komputer beberapa buah bank AS dan pernah mencuri transaksi berjumlah AS$10 juta (RM30.4 juta) dari sebuah bank," tambah ketua polis tersebut.

Pemuda itu ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini kelmarin selepas dia tiba dari Malaysia untuk menyambung penerbangan ke Kaherah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com