Monday, June 30, 2014

Akibat Ketagihan Media Sosial

Akibat Ketagihan Media Sosial

Apabila kegilaan kepada media sosial semakin meruncing, maka akan terjadilah pelbagai kisah-kisah yang tidak sepatutnya berlaku. Malah, ada sesetengahnya melibatkan nyawa manusia.

Mari kita ikuti antara kisah ketagihan media ini dan ambillah iktibar agar kita dapat mengelakkan diri daripada menjadi seperti mereka.

Masuk hospital kerana WhatsApp

WhatsAppitis

Seorang wanita yang terlalu banyak menggunakan aplikasi WhatsApp pada musim krismas yang lalu akhirnya terpaksa dimasukkan ke dalam hospital. Menurut laporan seorang kakitangan perubatan di hospital, mereka telah merawat seorang wanita berusia 34 tahun yang sedang mengandung 27 minggu akibat kesakitan yang teruk di pergelangan tangannya.

Sebelum itu, dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana insiden malah tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti fizikal yang lasak. Pada hari tersebut, dia menghabiskan lebih 6 jam dengan telefon bimbitnya untuk menghantar pelbagai mesej.

Penyakitnya telah didiagnos dan didapati ada kena mengena dengan ibu jari yang kemudiannya mereka gelarkan sebagai 'WhatsAppitis'.

Cuba bunuh diri gara-gara 'Selfie'

Danny Bowman

Seorang remaja British yang ketagih 'selfie' cuba membunuh diri kerana tidak puas hati dengan gambar selfienya. Danny Bowman yang berusia 19 tahun menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari untuk berselfie menggunakan iPhone miliknya dan dalam masa sehari sekurang-kurangnya 200 keping gambar berjaya dihasilkan.

Danny cuba membunuh diri dengan mengambil pil berlebihan namun ibunya sempat menyelamatkan nyawanya. Walaupun kes sebegini dianggap ekstrim, pakar psikologi mula menganggap bahawa mengambil gambar secara 'selfie' merupakan satu isu kesihatan mental yang serius.

Remaja meninggal di kem pemulihan internet

Deng Senshan

Kerajaan China telah menjalankan siasatan mengenai seorang remaja yang didakwa telah dipukul sehingga mati di kem yang mengendalikan kes-kes ketagihan internet. Deng Senshan yang baru berusia 15 tahun telah meninggal dunia kurang sehari selepas ibu bapanya menghantar dia ke kem yang terletak di selatan Guangxi.

Kes itu telah mendorong pakar dalam bidang perubatan untuk menggesa undang-undang digunakan terhadap kem-kem seperti ini yang semakin berkembang di China sehinggakan ada yang mengiklankannya di tv.

Deng ditemui dalam keadaan muntah-muntah namun meninggal dunia semasa dihantar ke klinik. Menurut seorang pengarah klinik pemulihan ketagihan internet, perkara begitu akan sentiasa berlaku kerana kem-kem ini tidak menekankan pengendalian secara saintifik sebaliknya lebih kepada sistem ketenteraan.

Ketagihan internet di China adalah masalah yang teruk kerana lebih 200 juta penggunanya berusia diantara 15-35 tahun.

Bunuh diri selepas dituduh ketagih Facebook

Sushma Goswami

Pada bulan Februari yang lalu, seorang wanita India berusia 24 tahun telah bertindak menggantung dirinya di kipas siling setelah dituduh obses dengan Facebook oleh ibu bapanya. Sushma Goswami hanya mengenali Facebook beberapa bulan sebelum kejadian dan terus tertarik dan menghabiskan masa berjam-jam melayari laman sosial itu.

Adik lelakinya turut mengikut langkahnya dan keadaan itu menimbulkan kemarahan ibu bapa mereka. Kedua-dua adik beradik itu mempunyai beribu-ribu kawan dalam Facebook walaupun kehidupan seharian mereka lebih terfokus untuk pembelajaran.

Berang dituduh ketagih Facebook oleh kedua orang tuanya, Sushma telah mengurung dirinya di dalam bilik dan hanya ditemui keesokannya dalam keadaan tidak lagi bernyawa.

Adakah Facebbok sangat teruk?

Bunuh diri makan pil tidur

Pada Oktober 2013, seorang gadis berusia 17 tahun telah membunuh dirinya selepas bergaduh dengan ibu bapanya tentang ketagihannya terhadap Facebook. Dalam nota yang ditinggalkannya, dia menulis, "Adakah Facebook sangat teruk? Saya tak boleh tinggal dalam rumah yang mempunyai halangan sebegitu kerana saya tidak boleh hidup tanpa Facebook".

Jatuh dalam laut kerana Facebook

Port Phillip Bay

Seorang pelancong wanita yang melawat Australia begitu leka dengan aplikasi Facebook di telefon bimbitnya ketika berada di jeti Teluk Port Philip sehinggakan tidak sedar dia terjatuh dari jeti tersebut dan termasuk ke dalam air yang sangat sejuk.

Dia bernasib baik kerana ada pengunjung lain yang segera memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. Wanita itu bukan saja tidak perasan dengan sekelilingnya, malah dia juga sebenarnya tidak tahu berenang.

Mujurlah lokasi Port Philip agak cetek di kebanyakan tempat dan dia hanya berada 60 kaki dari jeti yang memudahkan kerja-kerja menyelamat. Apa yang menariknya ialah, semasa dia terjatuh dan berada di dalam air, dia tidak kehilangan telefon bimbitnya dan masih menggenggam erat telefon tersebut walaupun dalam cuaca sejuk dan air yang dingin.

Hilang kerja dan isteri kerana Twitter

Larry Carlat

Seorang lelaki, Larry Carlat pernah menjadi editor sebuah majalah lelaki yang terkenal. Namun, selepas dia mengenali dan ketagih Twitter, Larry kehilangan kerja, diceraikan dan dipulaukan oleh orang-orang kesayangannya.

Dia akan menggunakan Twitter hampir sepanjang masa setiap hari. Masalahnya, tabiat menggunakan Twitter adalah salah dari segi polisi media sosial syarikat tempatnya bekerja. Dia telah diberi pilihan sama ada untuk menutup akaunnya di Twitter atau dibuang kerja.

Malangnya, dia memilih Twitter namun selepas sebulan, dia kehilangan isteri yang menceraikannya. Dia mendakwa berada ditahap paling teruk apabila anak lelakinya sendiri mengugut untuk tidak mahu 'follow' ayahnya di Twitter.

Namun, selepas lebih 3 tahun ketagih, Larry akhirnya meninggalkan dunia Twitternya.

Video Khas Buat Yang Ketagih Selfie!


-Sentiasapanas.com

Wednesday, April 16, 2014

AWAS! Virus HEARTBLEED Serang Akaun Facebook!

AWAS! Virus HEARTBLEED Serang Akaun Facebook!

Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat “Heartbleed”, iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.

Heartbleed or CVE-2014-0160 in Facebook

Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

“Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

“Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.

Beliau berkata setiap pengguna laman sosial seperti Facebook perlu mempunyai kesedaran yang tinggi sebelum mendedahkan perkara berhubung kehidupan mereka di laman itu.

“Perlu diingat, sebelum memuat naik apa sahaja, biarlah ia bersifat umum, sebagai contoh tidak memuat naik gambar ahli keluarga supaya orang yang berniat jahat tidak mempunyai akses kepada maklumat kehidupan peribadi anda,” katanya.

Sementara itu, laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuat naik amaran berhubung serangan pepijat Heartbleed awal minggu lalu.

Amaran bertarikh 8 April itu dikeluarkan kepada semua agensi dan syarikat telekomunikasi di negara ini bagi memperketat kawalan keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam menggunakan pepijat Heartbleed.

Menurut amaran itu, SKMM mengenal pasti 34 laman sesawang yang terjejas dan memaklumkan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan sistem keselamatan masing-masing dengan segera.

SKMM turut menasihati pengguna Internet agar menukar kata laluan terutama pada akaun media sosial dan e-mel untuk tujuan keselamatan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan pepijat Heartbleed, pengguna boleh melayari laman sesawang http://heartbleed.com. –Bernama

Sunday, February 23, 2014

Wajah Pemilik Fan Page 'Murtads In Pantai Timur'

Wajah Pemilik Fan Page 'Murtads In Pantai Timur'

Selain mendakwa dirinya kafir kerana sudah murtad, pemilik sebuah akaun Facebook (FB) dikenali sebagai Murtads in Pantai Timur (MPT) turut biadab apabila mengatakan Allah SWT tidak wujud serta mengeji Nabi Muhammad SAW.

Murtads In Pantai Timur

Itu antara pos pengendali FB berkenaan yang mendapat kecaman hebat orang ramai yang mahu laman itu segera ditutup, namun tidak diendahkan pemiliknya malah mencabar pihak terbabit melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta akhbar termasuk Harian Metro.

Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, laman memperjuangkan murtad di negeri Darul Naim, Darul Iman dan Darul Makmur sebagai motonya, baru dimulakan pada 12 Februari lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.

Malah dalam satu pos, pemilik akaun terbabit turut menyatakan ‘Majulah Murtad untuk Pantai Timur’ dan mendakwa penganut agama Islam adalah bodoh.

Hampir keseluruhan pos pemilik FB biadab itu adalah provokasi kepada umat Islam dan menggunakan loghat Pantai Timur dalam tulisannya.

Pemerhatian juga mendapati, pemilik FB berkenaan mendakwa dia adalah anak jati Kelantan dan sudah murtad serta memperkenalkan diri sebagai Che Awe Donde atau Pok Nik.

Murtads In Pantai Timur [2]

Katanya, memandangkan usia sudah meningkat dan tua selain mempunyai ilmu tinggi, dia sedar Islam yang dianuti selama ini sebenarnya adalah agama palsu.

Pemilik FB berkenaan turut mendakwa semakin tinggi belajar mengenai agama, baru diketahui Islam adalah agama bodoh dan dia kini berjuang untuk murtad.

Menurutnya, dia akan berjuang menyedarkan masyarakat Islam bahawa agama rekaan Nabi Muhammad akan dihapuskan dari muka bumi Kelantan.

[Sumber]

Thursday, February 13, 2014

Gadis Cari Jodoh Di Facebook Minta Hantaran RM160,000!

Gadis Cari Jodoh Di Facebook Minta Hantaran RM160,000!

Bagaimana jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?

Cari Jodoh Di Facebook

Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.

Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, penulis melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang hantaran yang nilainya tidak munasabah.

(Baca: Pasangan Suami Isteri Bahagia, Rupanya Adik-Beradik!)

Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.

Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar terutamanya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan menjadi mangsa laman Facebook itu.

Daripada beberapa komen yang diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu.

Sumber: Mynewshub

Friday, February 07, 2014

AWAS! Facebook Baca SMS Pengguna Android!

AWAS! Facebook Baca SMS Pengguna Android!

Sebaik sahaja versi terbaru aplikasi Facebook dimuat turun di telefon pintar Android, kini ia akan meminta keizinan pengguna untuk “membaca teks mesej (SMS atau MMS)” anda.

Facebook-vs-Android

Menurut kenyataan dikeluarkan Kaspersky, permintaan ini yang mula keluar sejak beberapa hari lalu membuatkan sebilangan pengguna berasa tidak selesa.

Meskipun Facebook belum mengeluarkan sebarang kenyataan, secara logiknya arahan baru untuk membaca SMS ini adalah bagi memudahkan pengesahan nombor telefon berdasarkan kod yang dihantar kepada telefon bimbit pengguna.

Sebelum meminta untuk baca SMS, Facebook sebelum ini sudah pun meminta untuk “membaca kalendar dan maklumat sulit” yang membolehkan aplikasi tersebut mengemaskini jadual kalendar pengguna. -IBN

Twitter Catat Kerugian RM2.14 Bilion 2013

Twitter Lose USD645 Billion 2013

Laman sosial Twitter mencatat kerugian sebanyak USD 645 juta atau RM2.14 bilion tahun lalu.

Kerugian itu dicatatkan tiga bulan selepas sahamnya diapungkan di Bursa Saham New York (NYSE) kira-kira tiga bulan lalu.

Penganalisis telah menjangkakan kerugian berdasarkan laporan yang menunjukkan pertambahan jumlah pengguna yang perlahan sejak tahun lalu yang menimbulkan kegusaran pelabur sejak sekian lama.

Purata pengguna laman blog mikro itu direkodkan 241 juta sebulan pada suku akhir tahun lalu, peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding 10 peratus pada suku tahun pertama 2013.

Kajian mendapati, terdapat penurunan sebanyak 7 peratus dalam laman Twitter yang dikemas kini pengguna sekali gus mempersoal kedudukannya sebagai laman sosial arus perdana.

Saham Twitter jatuh 12 peratus selepas didagangkan pada Rabu. –Astro Awani

-Sentiasapanas.com