Saturday, April 20, 2013

Pelajar Wanita Persenda Solat Di Buang Sekolah

Pelajar Wanita Persenda Solat Di Buang Sekolah

Sekumpulan pelajar perempuan di sebuah sekolah di Indonesia telah dibuang sekolah serta merta selepas video mempersendakan solat yang direkod oleh mereka telah diketahui oleh pihak sekolah.


Melalui video yang berdurasi selama 5 minit 34 saat itu, mereka dilihat mempermainkan langkah-langkah dalam bersolat dengan diselang-seli dengan lagu dendangan Maroon 5, One More Night.

Video terbabit dipercayai dirakamkan pada 9 Mac namun hanya diketahui oleh pihak sekolah mereka pada 30 Mac yang lalu sekali gus memaksa pengetua mereka mengambil tindakan drastik membuang pelajar-pelajar tersebut dari sekolah terbabit.



Diharapkan kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia kerana penulis percaya kita masih lagi tahu menjaga batas-batas dalam perkara yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama.

[Sumber]

Wednesday, April 10, 2013

Video Budak Sekolah Bergaduh Rebut Jantan

Video Budak Sekolah Bergaduh Rebut Jantan

Apa agaknyalah punca pergaduhan ni kan…apakah seperti biasa…rebut jantan?


Jangan salahkan sesiapa dalam isu ini melainkan diri para pelajar berkenaan, guru mereka pun tidak bersalah.

Lagi menyedihkan, dah la ada dua orang sedang bergaduh, yang tukang sorak dan tukang hasut pun ramai…bertudung apa semua tapi bersorak macam tengok pesta.

Asalnya takda macam nak bergaduh sangat, tapi pasal tukang hasut, tukang tuang minyak… akhirnya sampai terselak-selak kain bergaduh.


Tak tahulah bila kejadian ini berlaku tetapi rasanya macam baru lagi dan klip itu sedang viral di beberapa media sosial.

-Mynewshub

Monday, April 01, 2013

Pelajar 16 Tahun Dicekup Tanpa Seurat Benang Bersama Teman Lelaki

Pelajar 16 Tahun Dicekup Tanpa Seurat Benang Bersama Teman Lelaki

Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.


Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.

Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.

Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.

Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.

“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman.

-Sinarharian


Sunday, March 24, 2013

Pelajar Sekolah Dicekup Bersama Pelacur Bawah Umur

Pelajar Sekolah Dicekup Bersama Pelacur Bawah Umur

Seorang remaja dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang remaja perempuan dipercayai pelacur di dalam sebuah rumah kedai di Pekan Jitra, di sini, awal pagi kelmarin.

Gambar hiasan

Difahamkan, remaja lelaki itu datang ke rumah terbabit dengan menunggang motosikal dari bandar raya ini dipercayai mahu mendapatkan khidmat seks dengan remaja perempuan berkenaan.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, remaja lelaki berusia 17 tahun berkenaan dikatakan pergi ke rumah kedai terbabit untuk bertemu remaja perempuan berusia 15 tahun bagi mendapatkan khidmat seks.

Menurutnya, pihaknya yang menerima maklumat kemudian pergi ke premis terbabit sebelum mengetuk pintu beberapa kali lalu dibuka remaja lelaki terbabit.

“Remaja lelaki itu cuba melarikan diri dengan menuruni tangga, tetapi anggota penguat kuasa agama berjaya menahannya semula dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Hasil soal siasat mendapati remaja lelaki itu mengaku datang ke premis berkenaan untuk melanggan remaja perempuan itu yang menjalankan aktiviti pelacuran sejak berhenti sekolah.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka berpakaian lengkap dan berkurung sehingga mendatangkan syak dalam rumah yang tertutup rapat dan berkunci dari dalam,” katanya.

Sumber berkata, remaja perempuan itu turut mengakui menerima bayaran RM80 untuk dilanggan remaja lelaki berkenaan.

Menurutnya, remaja perempuan itu mengakui ada individu menghantarnya ke rumah berkenaan untuk melakukan ‘kerja’ terbabit bagi mendapatkan wang dengan mudah.

“Remaja perempuan itu berasal dari bandar raya ini manakala pasangannya itu pula sedang bercuti sebelum menyambung semula pengajiannya.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan,” katanya.

-Hmetro

Sunday, March 17, 2013

Enam Budak Darjah Lima Sudah Berani Merompak!

Enam Budak Darjah Lima Sudah Berani Merompak!

Biarpun baru berusia 11 tahun, enam murid lelaki tahun lima sudah berani mengugut murid lain termasuk seorang daripadanya menggunakan pisau mengarahkan mangsa menyerahkan wang saku.

Gambar hiasan

Difahamkan, kumpulan terbabit bukan saja mengacukan pisau ke perut mangsa malah sanggup bertindak kejam dengan menumbuk dan menendang selain mengugut mahu membunuh mereka dengan parang.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Rabu lalu, enam murid tahun lima sebuah sekolah rendah di Sentul, di sini, dikatakan menghampiri seorang murid lelaki tahun enam dan mengancam murid terbabit dengan meletakkan pisau ke perutnya ketika mangsa baru selesai menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah berkenaan.

“Murid itu mengarahkan mangsa menyerahkan wang saku. Malah, ketika insiden itu, dua murid perempuan tahun enam dan dua murid lelaki tahun empat yang menyedari kejadian itu turut diacukan pisau dan menerima ugutan sama,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, seorang mangsa memberitahu dia mahu mengadu perkara itu kepada guru besar menyebabkan kumpulan terbabit naik berang lalu memaki hamun mereka.

“Mereka dengan berani mengugut mahu membunuh kelima-lima murid terbabit menggunakan parang sekiranya insiden terbabit diketahui guru besar.

“Malah, mereka dengan berani turut bertindak menumbuk dan menendang perut kelima-lima murid terbabit sehingga mendatangkan kecederaan dan kesan lebam,” katanya.

Seorang mangsa buli kumpulan terbabit dipercayai menceritakan kejadian itu kepada guru disiplin sekolah berkenaan.

Sumber berkata, guru terbabit yang terkejut mendengar pengakuan itu kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran sebagai tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

-Sinarharian

Thursday, March 07, 2013

Pelajar IPT Jual Maruah Di Internet

Pelajar IPT Jual Maruah Di Internet

Hanya mahu hidup mewah dengan pendapatan lumayan setiap hari, golongan remaja hari ini rela menjual diri mereka menerusi laman web.


Pengerusi Persatuan Penguna Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, apa yang mengejutkan kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar perempuan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurutnya, pelanggan yang melayari laman web itu boleh berinteraksi bersama pelajar berkenaan dan meminta mereka melakukan apa sahaja aksi diingini.

“Sekiranya pelanggan mahu melihat pelajar itu membuka pakaian dan beraksi panas, mereka diarahkan untuk masuk ke ruangan peribadi dan membayar diantara 0.79 hingga 0.99 dollar bagi tempoh seminit,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada dalam kalangan mereka juga masih bersekolah.

Tambah Mohd Zailan, permasalahan ini mesti ditangani segera sebelum ia menjadi ikutan untuk memperoleh pendapatan sambilan yang tidak bermoral.

“Mereka yang terlibat boleh disiasat di bawah akta komunikasi. Pihak berkuasa seharusnya lebih peka terhadap permasalahan ini dan tidak mengambil sikap lepas tangan.

“Saya sangat berharap kementerian terlibat dapat menangani masalah keruntuhan akhlak golongan remaja ini dengan sewajarnya,” katanya.

-Sinarharian

Thursday, February 14, 2013

Budak Sekolah 13 Tahun Ditangkap Berkhalwat

Budak Sekolah 13 Tahun Ditangkap Berkhalwat

"Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.


Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

-Hmetro