Wednesday, February 06, 2013

Pelajar Hilang Dinodai Teman Lelaki Warga Asing

Pelajar Hilang Dinodai Teman Lelaki Warga Asing

Polis mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan remaja perempuan yang menghilangkan diri bersama adiknya selama lima hari sebelum ditemui selamat di Taman Sentosa, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kesan koyak itu disahkan doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini yang melakukan pemeriksaan kesihatan selepas dua beradik itu dijumpai.

“Kita percaya ada aktiviti seksual antara remaja itu dengan teman lelakinya sejak dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarga.

“Kesan koyak itu dipercayai berlaku lebih 72 jam. Adiknya pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam.

Mohamad berkata, polis kemudiannya menahan teman lelakinya, warga asing berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan mendapati, kali terakhir dua beradik itu dilihat menaiki sebuah teksi berhampiran kawasan sekolah sambil ditemani suspek yang bekerja di sebuah pasar raya di sini.

Menurutnya, remaja terbabit sudah empat kali keluar bersama suspek sejak berkenalan pada 12 Disember lalu.

“Siasatan juga mendapati rakan suspek berusia 20 tahun merupakan teman lelaki kepada adik remaja berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, dua remaja tersebut masih menerima rawatan di HTAR dan akan diserahkan kepada Jabatan Kemasyarakatan untuk tindakan lanjut berikutan mereka enggan pulang ke rumah.

Dalam kejadian itu, dua beradik berusia 13 dan 15 tahun dilaporkan keluar rumah, kira-kira jam 12 tengah hari untuk ke sekolah, namun tidak pulang selepas tamat sesi persekolahan.

Mereka ditemui selamat ketika berjalan di kawasan rumah kedai di Taman Sentosa, kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

Mereka bagaimanapun enggan pulang ke rumah dan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

-SinarHarian

Thursday, December 27, 2012

Remaja 14 tahun Disyaki Nodai Remaja

Remaja 14 tahun Disyaki Nodai Remaja

Seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dua lokasi iaitu di Chuping dan Bukit Jernih dalam kejadian pada 18 Disember lalu.

Gambar hiasan

Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Harun berkata pelajar itu ditahan Selasa lalu dan ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan kes itu.

Rakan pelajar itu yang berumur 18 tahun dan merupakan pekerja sebuah syarikat turut ditahan kerana disyaki mencabul adik perempuan remaja perempuan itu yang berumur 13 tahun juga di lokasi dan pada tarikh yang sama, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya siasatan awal polis mendapati adik mangsa telah menemani mangsa bertemu dengan pelajar itu yang merupakan teman lelakinya dan rakan pelajar itu yang kemudian membawa mereka dengan motosikal masing-masing ke sebuah rumah di Chuping.

Di rumah itu, katanya mangsa mendakwa telah dirogol teman lelakinya itu manakala adiknya dicabul oleh rakan pelajar itu dan mereka kemudian telah dibawa ke sebuah rumah di Bukit Jernih dan diperlakukan perkara yang sama.

Zull Aznam berkata kes rogol itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan manakala kes cabul mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, katanya polis menahan seorang lelaki warganegara Thailand berumur 20-an pada Isnin lalu kerana disyaki mendera anaknya yang berusia 37 hari dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Lelaki yang disyaki penagih dadah itu dikatakan melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Tersusun, Padang Besar pada kira-kira 5.30 pagi pada 24 Disember lalu dengan menggoncang dan melambung mangsa yang sedang menangis berkali-kali.

Peniaga di bazar Wang Kelian itu ditahan pukul 4.50 petang hari yang sama selepas polis menerima aduan daripada ibu mangsa yang berusia awal 20-an pada 1.56 tengah haru, katanya.

Lelaki itu yang direman sehingga esok disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

-Bernama

Saturday, December 15, 2012

Dua Pelajar Kantoi Di Tangga Sekolah

Dua Pelajar Kantoi Di Tangga Sekolah

Seorang pelajar perempuan ditangkap bersama pasangannya ketika melakukan perbuatan tak bermoral ditangga sebuah sekolah..


Kejadian berkenaan disedari oleh guru sekolah terbabit melalui aduan yang diterima..

Ketika ditangkap, pasangan pelajar terbabit sedang melakukan aksi ringan-ringan dan tangan pelajar pompuan terbabit sedang berada didalam seluar pasangannya..


Ini menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak dikalangan remaja sekolah kini berada ditahap yang membimbangkan.

BACA INI JUGA: 7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin

[Sumber]

Gambar Ramas Mesra Pelajar Di Belakang Bas

Gambar Ramas Mesra Pelajar Di Belakang Bas

Lagi aksi ramas mesra sambil bercium pelajar sekolah dalam bas. Terlalu asyik, kedua-dua pelajar tersebut tidak menyedari kegiatan mereka dirakam penumpang lain.


Kedua-duanya dipercayai pelajar di Singapura.

Sunday, November 11, 2012

Ada Pelajar IPT Jadi Gigolo

Ada Pelajar IPT Jadi Gigolo

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikesan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral sebagai lelaki simpanan dan pengiring sosial hingga dijangkiti penyakit Aids bukan saja membabitkan mereka di peringkat diploma dan ijazah, malah doktor falsafah (PhD).

Gambar hiasan

Pengasas dan Pengarah Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah, Muhammad Abdullah berkata, pihaknya menerima beberapa kes membabitkan pelajar IPT daripada pelbagai peringkat yang menghidap Aids selepas terbabit dalam kegiatan itu.

“Ini sebenarnya satu contoh yang saya kira sebagai balasan Allah apabila seseorang cuba mencari kesenangan dengan cara mudah, seterusnya melanggar hukum Allah.

“Walaupun Darul Ukhwah membantu mereka, kita sedih kerana selepas penat belajar dan berjaya menamatkan pelajaran, akhirnya disahkan dijangkiti virus HIV lantaran sikap ingin hidup mewah sewaktu belajar,” katanya.

Menurutnya, hampir 40 peratus penghidap Aids yang berlindung di Darul Ukhwah mendapat HIV berikutan menjalin hubungan terlarang dan bertukar-tukar pasangan.

Malah, ada antaranya bukan sekadar menawarkan khidmat seks kepada wanita, malah kaum sejenis.

“Kerana itu, saya mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam gejala seks haram dan bersekedudukan.

“Nikmatnya sekejap saja, yang perlu dirisaukan adalah kesannya. Aids bila sekali terkena, memang tidak ada ubatnya. Jadi elakkan seboleh mungkin,” katanya.

-Hmetro

Friday, November 02, 2012

Aksi Bersahaja Budak Sekolah Bercium Ketika Tunggu Bas

Aksi Bersahaja Budak Sekolah Bercium Ketika Tunggu Bas

Inilah aksi pasangan remaja bawah umur menjalin kasih tak kenal tempat dan waktu. Mereka bercumbuan dikhalayak ramai tanpa segan dan rasa malu.


-Dhaniels.com

Wednesday, October 24, 2012

Murid Ditampar Guru 120 Kali!

Murid Ditampar Guru 120 Kali!

Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.


Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi.

Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit – cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.

Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya.

Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama.

“Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya.

Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu dipecat dari sekolah berkenaan.

–DM