Friday, February 01, 2013

Naib Presiden PAS Kantoi Menipu!

Naib Presiden PAS Kantoi Menipu!

Dekat-dekat pilihanraya ini apa ada main rembat saja. Janji dapat buat riuh kerajaan pembohong dan putar alam. Gara-gara ini juga Datuk Mahfuz Omar kantoi. Jawatannya dalam PAS bukan kecik anak… Naib Presiden.


Sepatutnya Ahli Parlimen Pokok Sena ini belajar dari pengalaman yang baru saja dilalui oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang kantoi akibat heboh kisah kononnya kerajaan Jepun ada bagi pampasan RM207 billion kepada mangsa Perang Jepun.

Nak kata tak ada akai… mereka pembesar PAS.Ia sekaligus mengambarkan mentaliti cacamarba mereka.

Lain kali tengok kiri kanan dan check dulu sebelum nak kaut publisiti murahan panggil wartawan ke sidang akhbar segala macam dengan niat nak buat pendedahan sensasi.

Mana agaknya Mahfuz nak sorok muka apabila sah didapati surat yang beliau dok heboh Rabu konon telah dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tipu kad pengenalan di Sabah nyata PALSU.

Surat berkenaan didakwa meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah.

Dalam sidang akhbarnya di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur, Mahfuz kata bimbang kad pengenalan yang hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing di Sabah yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya.

Menurut Mahfuz surat arahan itu ditandatangani Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Md Solehan Omar dari ibu pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember 2012 dan dihantar kepada semua pengarah JPN peringkat negeri dan daerah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Khamis yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Putrajaya Rabu, kata,” Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini. Saya minta orang ramai yang majoritinya tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu.”

Beliau berkata JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan, lebih-lebih lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru katanya satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said, Khamis.

Baru-baru ini Kementerian Kewangan terpaksa keluar kenyataan beritahu dakwaan bekas Menteri Besar Perak, Nizar adanya surat mengesahkan pembayaran RM207 billion dari kerajaan Jepun kepada mangsa landasan maut Burma-Thailand dalam Perang Dunia ke2 adalah palsu.

Dalam pada itu kerajaan Jepun sendiri menerusi saluran diplomatik meminta kerajaan Malaysia bertindak terhadap mereka yang terlibat sebar dakwaan palsu itu.

Akhirnya kerana riak dan terburu-buru nak cipta nama… Parti Islam Semalaysia kena tanggung malu.

–Agendadaily.com

Tuesday, January 29, 2013

Gempar! Bendera DAP Dipijak Penyokong PAS

Gempar! Bendera DAP Dipijak Penyokong PAS

Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.


Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.

Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian. Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.

Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.

Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan “DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah”. Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.

Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.

Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya? Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan? Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?

Akhirnya, Harakahdaily minggu ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS. Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP. Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.


Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.

Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.

Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.

Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.

Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.

Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.

Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?

[Sumber]

Rafizi Mohon Maaf Mengaku Buat Fitnah

Rafizi Mohon Maaf Mengaku Buat Fitnah

Itulah...lain kali jangan berlagak macam terlalu hebat. Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli nampaknya menjilat ludah sendiri akhirnya.


Terpaksa mohon maaf pada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Namun nak menceritakanlah pasal Rafizi kan…Lihat kedua-dua tweet yang datang dari akaun dia sendiri.

Yang pertama penuh dengan ego dan sombong nadanya. Tup tap... mengaku buat fitnah, sedih, mintak maaf yea... kah kah kah...


Mana pergi lawan tetap lawan?

Teringat apa Deepak cakap pasal Rafizi dalam satu sidang media kat Hotel Le Meridian Kuala Lumpur baru-baru ni...

“Masa isu lembu dulu memang dia buat kerja yang baik, mungkin itu kekuatan dia dan dia patut tumpukan pada lembu,”. .

Tepek tepat ke muka Deepak bagi...

Jadi... ada sebab la kot ramai duk gelar dia Rafizi Lembu sekarang ni.

[Sumber]

Wednesday, January 09, 2013

Gempar! Gambar Anwar Dengan Bakal Isteri Kedua

Gempar! Gambar Anwar Dengan Bakal Isteri Kedua

Sudah hangat diperkatakan di warung kopi, di rangkaian restoran Garuda di Jakarta khasnya malah di “koran” atau forum maya Indonesia amnya bahawa Anwar Ibrahim bakal bernikah dengan gadis kacukan berdarah Cina-Belanda-Indon atau popular dengan panggilan CIBEI oleh rakyat seberang.


Gadis dalam lingkungan 28 tahun, masih anak dara dan khabarnya merupakan anak pemimpin parti politik yang agak luas juga pengaruhnya dan asalnya dari Bandung.

Menurut sumber dari parti tersebut, Anwar kerap ke Jakarta melalui Bandung dan di situlah bermula kisah cinta bersegi yang sudah masuk hampir setahun dan kesemua ahli keluarga gadis tersebut khabarnya sudah bersetuju menerima Anwar sebagai menantu.

Menurutnya lagi, hanya Nurul Izzah sahaja yang tahu perkara ini kerana beliau juga sering menemani bapanya ke Indonesia. Anak perempuan Anwar ini juga sering dilihat bersama dengan bakal ibu tirinya di sekitar Bandung dan ianya bukan rahsia lagi bagi masyarakat Bandung bila kadang-kadang Anwar juga ada bersama dengan anaknya, Nurul dan bakal madu Wan Azizah didapati makan dan membeli belah bersama.

Di kalangan warga aristokrat Bandung, gadis ini dikenali sebagai ‘Darling’ kerana sikapnya yang peramah dan manja dengan seluruh ahli keluarga dan keponakan beliau.

Foto di atas sudah lama berada atau berlegar dalam medium maya, samada dalam blog, portal maupun facebook. Anwar tidak pernah nafikan itu gambar palsu dan tidak pernah melatah bila gambar tersebut selalu muncul di mana-mana media maya.

Apakah kerana Anwar mabuk cinta?
Apakah kerana ingin sampaikan hajat pada Wan Azizah ?
Apakah kerana Anwar takut hajat cinta tak kesampaian ?

MI bakal bongkar kisah cinta rentas benua ini dan akan pamirkan gambar-gambar manja Darling dan Anwar di sekitar Bandung dan beberapa tempat rehat yang beriklim sejuk di Indonesia.

Bersediakah Wan Azizah menerima madu seperti isteri pemimpin pakatan haram yang lain?
Bersediakan Wan Azizah menerima anak tiri seperti “anak samsidar”?

Tunggu...

[Sumber]

Saturday, January 05, 2013

Asyik Sangat Kutuk SPR DAP Terludah Muka Sendiri

Asyik Sangat Kutuk SPR DAP Terludah Muka Sendiri

Kalau hendak ambik kira, rasanya tidak ada satu minggu pun yang DAP tidak mempertikai, merendah dan memperbodohkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Seperti sekumpulan bijak pandai Tanah Besar China, ada sahaja benda yang hendak dikutuk dan dihina.

Mereka lupa SPR menjaga 10 juta lebih undi setiap kali Pilihan Raya Umum dan sepanjang tempoh antara satu pilihan raya ke pilihan raya seterusnya, SPR berhadapan dengan jutaan pengundi baru dan ratusan ribu pengundi yang meninggal dunia.

Bila ambil kira aspek mati, lahir, cukup umur mengundi, tukar alamat 28 juta rakyat, pastinya itu bukanlah satu yang mudah dilaksanakan tanpa ada sebarang kesilapan.

Pastinya bukanlah satu benda yang mudah untuk menjaga daftar pengundi.

Untuk memastikan daftar bersih, SPR meletakkan senarai daftar baru setiap beberapa bulan untuk disemak.

Dah nama pun untuk disemak, jadi sudah tentu akan ada kesilapan dan pembetulan yang ditemui serta perlu dilakukan.

Namun, parti seperti DAP dan penyokong mereka seperti Ambiga menjadikan kesilapan dan kelemahan dalam daftar pemilih sebagai bola tanggung untuk menghina SPR.

Jenuh Pengerusi dan pentadbiran SPR mengajak mereka untuk bertemu dan berbincang dan bukannya membuat sidang media menuduh SPR.

Tidakkk... pemimpin DAP merasakan mereka terlalu hebat…seperti biasa, mereka mahu menegur dan menghina SPR.

Hendak dijadikan cerita, baru-baru ini Kongres Kebangsaan DAP mengadakan pemilihan untuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CC) parti itu.

Adalah melibatkan 1,800 lebih sikit undi kot.

Banyak ke banding puluhan juta yang SPR kena jaga?

Mungkin tuhan hendak tunjukkan kot….boleh pulak tersilap kira!!!

Ayoyoooo apekkk….1,800 undi pun boleh silap kira ka?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masa sidang media untuk terangkan kesilapan itu, muka macam nak mati tahan malu (dan tidak ceria macam sidang media kutuk SPR) mengakui berlaku kesilapan.

Siap kata tak tahu macam mana ia boleh berlaku.

Epic Fail seyyyyy...

Pandai mengata dan memburukan orang sepanjang masa…bila datang tang diri sendiri…apa cerita?

Macam ni ke rupa nak mentadbir negara pelbagai kaum pelbagai agama? Peti undi sendiri yang kecik tu pun tak reti nak urus.

Ini sahajakah kemampuan DAP? Mengata orang lain lebih-lebih.

Dan apa yang berlaku berkat kesilapan itu…Zairil Khir Johari Bin Abdullah – anak Cina yang dimasyhurkan sebagai Melayu oleh DAP terpilih untuk menduduki tempat ke 20 dan terakhir dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

Walaupun dengan kesilapan – Melayu asli tetap tak dapat tempat dalam jawatankuasa pusat DAP.

Dan lupa…Pengerusi BN Pulau Pinang bagi gelaran Encik Masalah Teknikal kepada Zairil...

[Sumber]

Wednesday, December 26, 2012

Sifat Takbur Samakan Mufti Dengan Anjing

Sifat Takbur Samakan Mufti Dengan Anjing

Laman web Suara Pakatan Rakyat yang sering menjadi kontroversi nampaknya semakin keterlaluan dalam membela PR. Mungkin kerana ketandusan idea untuk membela PAS dalam berhadapan dengan serangan peluru Amanat Hadi, maka laman tersebut sanggup menyamakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan anjing. Ini dilakukan dengan menggabungkan gambar wajah Tan Sri Harussani dengan badan anjing.


Kita sedia maklum dengan sifat takbur dan riak para pemimpin PAS yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama. Justeru, kita tidak terkejut jika apa yang dilakukan oleh laman web Suara PR itu direstui oleh mereka.

Selama ini pun PAS sememangnya memandang rendah para Mufti dan Ulama lain yang tidak menyokong parti mereka. Malah, ulama-ulama Pondok juga tidak diiktiraf PAS. Seringkali fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan Mufti dan cerdikpandai agama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan juga dianggap sebagai hampas sahaja jika ia tidak memberi keuntungan kepada PAS.

Semua ini digarapkan dengan jelas oleh Suara PR yang menyatakan bahawa “selain Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Harun Din, tidak ada mana-mana pemimpin agama di negara ini yang mempunyai kelebihan ilmu agama melebihi Hadi”.

Laman itu juga menekankan bahawa jawatan mufti hanya menghabiskan wang rakyat kerana rakyat masih berbuat maksiat seperti biasa. Oleh yang demikian, PR ingin menghapuskan jawatan Mufti dan menggantikannya seorang Imam Besar sahaja.

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala dengan apa yang ditulis oleh laman tersebut manakala di kalangan penyokong PR pula, ramai yang cuba menafikan bahawa laman tersebut adalah milik mereka. Acapkali sesuatu yang begitu dahsyat dan keterlaluan yang ditulis di laman tersebut, dituduh sebagai ‘kerja UMNO’.

Hairan juga kenapa penyokong PR perlu menafikan apa yang mereka sendiri persetujui. Bukankah mereka juga yang sering memperlekehkan Ulama yang tidak pro kepada mereka? Bukankah mereka juga yang sering memanggil semua yang menyokong kerajaan sebagai anjing? Bukankah mereka juga yang mendabik dada bahawa Tuan Guru dan Tok Guru mereka sebagai manusia paling alim dan paling tinggi darjatnya?

Justeru, kenapa mesti ‘cuak’ apabila laman Suara PR mengulangi apa yang mereka sering laungkan? Kenapa mesti menafikan suara sendiri?

PR juga nampaknya terkial-kial menafikan bahawa Amanat Hadi Awang menjadi punca penceraian suami isteri, perpecahan ummah serta kehilangan nyawa dalam peristiwa Memali pada tahun 1985. Bagi mereka ia hanyalah cerita kitar semula yang tidak membawa makna seolah-olah rumahtangga penyokong mereka, perpaduan ummah dan nyawa manusia, termasuk penyokong tegar mereka, sebagai langsung tidak berharga.

Tiada manusia atau agama di dunia yang melihat soal kebahagiaan rumahtangga, perpaduan masyarakat dan menghargai nyawa sebagai perkara remeh. Dan di dalam Islam tentulah semua ini jauh lebih tinggi dan lebih penting lagi:

Nyawa bukan mainan yang boleh dijual beli atau ditukar ganti. Hanya Allah SWT yang berhak ke atas nyawa hambanya. Islam juga meletakkan rumahtangga di satu tempat yang khusus di mana ‘lafaz nikah’ juga perlu dilakukan dengan cara tertentu sekali gus menunjukkan satu ikatan rohaniah iaitu lebih kuat dari sekadar lahiriah. Perpaduan ummah pula ada sesuatu yang wajib diperjuangkan jika ingin melihat Islam dan umat Islam kuat serta mampu memikul tugas sebagai Khalifah di dunia ini.

Justeru, sikap PAS yang sanggup melihat akibat yang bertitik tolak dari Amanat Hadi itu sebagai remeh serta tidak perlu dibincangkan lagi, membuktikan betapa PAS sudah terlalu jauh tenggelam dalam usaha mengejar kuasa, lemas dalam pencarian jatidiri parti PR, sekali gus jauh meninggalkan Islam.

Akhir kata, adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk cuba menjelaskan tuduhan laman Suara PR mengenai kelayakan Tan Sri Harussani. Rasanya, penyokong PAS sendiri tahu di mana sebenarnya kelayakan Haji Hadi berbanding Tan Sri Harussani kerana kerajaan UMNO telah meletakkan syarat-syarat kelayakan yang cukup tinggi dan terbukti sebelum melantik seseorang Mufti. Lainlah dengan PAS, di mana seorang yang tak lulus SPM dan tak tahu Bahasa Arab juga boleh diangkat sebagai Mursyidul Am.

[Sumber]