Saturday, January 05, 2013

Asyik Sangat Kutuk SPR DAP Terludah Muka Sendiri


Kalau hendak ambik kira, rasanya tidak ada satu minggu pun yang DAP tidak mempertikai, merendah dan memperbodohkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Seperti sekumpulan bijak pandai Tanah Besar China, ada sahaja benda yang hendak dikutuk dan dihina.

Mereka lupa SPR menjaga 10 juta lebih undi setiap kali Pilihan Raya Umum dan sepanjang tempoh antara satu pilihan raya ke pilihan raya seterusnya, SPR berhadapan dengan jutaan pengundi baru dan ratusan ribu pengundi yang meninggal dunia.

Bila ambil kira aspek mati, lahir, cukup umur mengundi, tukar alamat 28 juta rakyat, pastinya itu bukanlah satu yang mudah dilaksanakan tanpa ada sebarang kesilapan.

Pastinya bukanlah satu benda yang mudah untuk menjaga daftar pengundi.

Untuk memastikan daftar bersih, SPR meletakkan senarai daftar baru setiap beberapa bulan untuk disemak.

Dah nama pun untuk disemak, jadi sudah tentu akan ada kesilapan dan pembetulan yang ditemui serta perlu dilakukan.

Namun, parti seperti DAP dan penyokong mereka seperti Ambiga menjadikan kesilapan dan kelemahan dalam daftar pemilih sebagai bola tanggung untuk menghina SPR.

Jenuh Pengerusi dan pentadbiran SPR mengajak mereka untuk bertemu dan berbincang dan bukannya membuat sidang media menuduh SPR.

Tidakkk... pemimpin DAP merasakan mereka terlalu hebat…seperti biasa, mereka mahu menegur dan menghina SPR.

Hendak dijadikan cerita, baru-baru ini Kongres Kebangsaan DAP mengadakan pemilihan untuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CC) parti itu.

Adalah melibatkan 1,800 lebih sikit undi kot.

Banyak ke banding puluhan juta yang SPR kena jaga?

Mungkin tuhan hendak tunjukkan kot….boleh pulak tersilap kira!!!

Ayoyoooo apekkk….1,800 undi pun boleh silap kira ka?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masa sidang media untuk terangkan kesilapan itu, muka macam nak mati tahan malu (dan tidak ceria macam sidang media kutuk SPR) mengakui berlaku kesilapan.

Siap kata tak tahu macam mana ia boleh berlaku.

Epic Fail seyyyyy...

Pandai mengata dan memburukan orang sepanjang masa…bila datang tang diri sendiri…apa cerita?

Macam ni ke rupa nak mentadbir negara pelbagai kaum pelbagai agama? Peti undi sendiri yang kecik tu pun tak reti nak urus.

Ini sahajakah kemampuan DAP? Mengata orang lain lebih-lebih.

Dan apa yang berlaku berkat kesilapan itu…Zairil Khir Johari Bin Abdullah – anak Cina yang dimasyhurkan sebagai Melayu oleh DAP terpilih untuk menduduki tempat ke 20 dan terakhir dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

Walaupun dengan kesilapan – Melayu asli tetap tak dapat tempat dalam jawatankuasa pusat DAP.

Dan lupa…Pengerusi BN Pulau Pinang bagi gelaran Encik Masalah Teknikal kepada Zairil...

[Sumber]

1 comment

  1. Parti perkauman ini memang eksen...lebih baik parti ini dibubarkan kerana tak membawa menafaat kepada rakyat Malaysia yg berbilang kaum dan agama...cuma berkhidmat dgn kaum-kaum tertentu saja...tak boleh ditegur...tengok muka pemimpin mereka memang bukan mesra rakyat..pernah kita tengok pemimpin mereka menolong org melayu..jarang sekali

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon