Saturday, April 01, 2017

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan April?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan April?

Bulan keempat dalam kalendar Julian dan Gregory tetapi menurut kalendar Roman, April merupakan bulan kedua sebelum raja Numa Pompilius memasukkan Januari dan Februari dalam senarai kalendar pada 700 sebelum masihi.

April

April menjadi bulan keempat pada masa Decemvris yang diberikan sebanyak 29 hari dan mengalami perubahan dalam kalendar Gregory.

Makna April sebenarnya kurang jelas tetapi menurut etimologi dari Latin, nama April mungkin berasal dari perkataan ‘aperire’ yang bermaksud ‘membuka’, merujuk kepada musim bunga.

Nama April juga mungkin diberi sebagai penghormatan kepada dewi Aphrodite (Aphros) atau Aprus, nama salah satu dewa.

Menurut satu lagi versi, pada bulan April inilah musim bunga bermula dengan bunga-bunga mulai mekar.

Cendekiawan Rom bernama Varro (116–27 SM) menyebut bulan ini Aprilis, diambil dari kata Latin aperio yang bererti “terbuka”.

Menurut kamus Ayto, nama bulan April berasal dari kata Yunani Aphro, kependekan dari Aphrodite, nama Dewi Yunani yang melambangkan cinta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mac?

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, March 08, 2017

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mac?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mac?

Bulan ketiga dalam kalender moden kita memegang peranan penting dalam penentuan awal tahun kerana sebelum masa pemerintahan Julius Caesar, tahun baru Rom bermula pada bulan Mac.

March

Bulan Mac bukan saja dijadikan permulaan tahun baru, tetapi merupakan awal musim peperangan.

Nama bulan Mac berasal dari kata Perancis Lama, melalui bahasa Latin Martius, yang secara harfiah bererti “bulan Mars, Dewa Perang”, juga dikenali sebagai Ares.

Di Rom, dengan cuaca Mediteranean, musim bunga bermula pada bulan Mac dan ia menjadi asas logik bagi mereka menjadikan Mac sebagai bulan pertama dalam kalendar dan dijadikan bulan untuk kempen ketenteraan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Februari?

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, February 02, 2017

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Februari?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Februari?

Bulan Februari merupakan bulan yang cukup unik kerana memiliki hari yang sedikit berbanding bulan-bulan lain dengan jumlah 28 hari kecuali 29 hari pada tahun lompat yang disambut setiap 4 tahun.

February

Menurut kalendar Gregorian yang kita gunakan sekarang, setahun ada 12 bulan dan 12 bulan itu adalah dari bulan Januari sehingga Disember.

Kalendar Gregorian dicipta oleh Father Gregory untuk menyelaraskan hari mengikut pusingan matahari dan menambahbaik sistem kalendar Julian yang dicipta oleh Julius Caesar yang pernah digunakan di Rom pada suatu masa dulu.

Dan pastinya, setiap nama dalam kalendar Gregorian mempunyai makna dan asal usul tersendiri.

Maksud Nama Bulan Februari (Februum, Februa)

Bulan yang paling singkat dalam kalendar Gregory, kurang dari 30 hari dan juga bulan untuk tahun lompat.

Berasal dari bahasa Latin ‘Februum’ yang bermaksud penyucian, berdasarkan ritual penyucian pada hari ke-15 bulan penuh atau disebut sebagai ‘Februa’ dalam Latin.

Festival ini biasanya diadakan pada hari ke-15 di bulan tersebut dan nama 'Februa' sendiri mengacu pada salah satu suku kuno yang tinggal di Rom iaitu suku Sabine.

Februari dimasukkan ke dalam kalendar Roman oleh Numa Pompilius pada 713 sebelum masihi, merupakan bulan yang terakhir dalam senarai dan ditukar pada masa Decemvris (bermaksud ‘Ten Men’ dalam pemerintahan republik Roman) pada 450 sebelum masihi dan menjadi bulan kedua.

Dalam kalendar Julian, hari ke-29 dimasukkan setiap 4 tahun untuk melengkapkan kitaran tahun lompat dan mengalami sedikit perubahan dalam kalendar Gregory apabila tahun Anno Domini (AD) bermula pada Zaman Pertengahan.

Anno Domini dicipta oleh Dionysius Exiguus sebagai label pemisah antara kalendar Julian dan Gregory, merujuk kepada tahun sebelum kelahiran Jesus (atau juga disebut sebagai BC) dan nama Anno Domini ini berasal dari perkataan ‘Anno Domini Nostri Iesu/Jesu Christi' yang membawa maksud ‘In the Year of Our Lord Jesus Christ’.

Walaupun berlaku perubahan dalam jumlah bulan-bulan yang lain tetapi Februari hanya memiliki 28 hari.

Perkara ini berlaku kerana penghormatan yang sangat besar dari masyarakat Rom terhadap ritual penyucian di bulan tersebut sehingga tidak dilakukan pengubahan jumlah hari.

Perubahan hanya dilakukan empat tahun sekali dengan menambahkan satu hari untuk menyempurnakan sistem kalender tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Januari?

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, January 13, 2017

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Januari?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Januari?

Mungkin ramai yang masih belum tahu bagaimana nama Januari boleh wujud dalam kalendar kita sekalipun tahu bulan kelahiran masing-masing.

Januari

Menurut kalendar Gregorian yang kita gunakan sekarang, setahun ada 12 bulan dan 12 bulan itu adalah dari bulan Januari sehingga Disember.

Kalendar Gregorian dicipta oleh Father Gregory untuk menyelaraskan hari mengikut pusingan matahari dan menambahbaik sistem kalendar Julian yang dicipta oleh Julius Caesar yang pernah digunakan di Rom pada suatu masa dulu.

Dan pastinya, setiap nama dalam kalendar Gregorian mempunyai makna dan asal usul tersendiri.

Maksud Nama Bulan Januari (Ianuarius Mensis)

Januari merupakan bulan pertama dalam kalendar Julian dan Gregory dan kedua terakhir dalam kalendar Roman.

Berasal dari nama dewa Rom iaitu Janus, yang bermaksud, ‘dewa pintu’ (atau Ianua).

Janus ialah dewa yang mempunyai dua wajah, satu wajah mengadap ke depan dan satu lagi mengadap ke belakang.

Masa depan dan masa lalu ditentukan dengan kedudukan wajah Janus iaitu wajah di depan adalah optimis dan tersenyum, manakala wajah di belakang pula muram dan sedih.

Dengan erti kata lain, Januari merupakan pintu masuk ke tahun baru dan meninggalkan tahun yang lepas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Asal Usul Bulan Oktober Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, October 08, 2016

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Oktober?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Oktober?

Bulan Oktober pada asalnya adalah bulan kelapan dalam kalendar Rom. Ia berasal dari perkataan Latin "octo" yang bermakna lapan. Kemudian, ia menjadi bulan ke-10 apabila Januari dan Februari ditambah pada Kalendar. Orang Saxon memanggilnya bulan Wintirfyllith kerana ia mempunyai bulan purnama pertama musim sejuk.

Oktober

Di bahagian hemisfera utara, selalunya dalam bulan Oktober ini akan bermulalah dengan daun-daun berguguran, hawa dingin yang menyejukkan cuaca dan itu juga bermakna akan menghampiri musim cuti.

Dalam kalendar Gregorian, bulan Oktober berkongsi perkataan akar Oktober dengan sotong dan octothorpe-the octo- Latin, yang bermaksud “lapan.”

Dalam kalendar Roman pula, ia hanya ada 10 bulan dan Oktober ialah bulan ke-8, kerana bulan Januari dan Februari tidak ditambah lagi dalam kalendar pada waktu itu.

Halloween

Nama bilangan bulan itu stuck seperti mana bulan September, November dan Disember walaupun telah ditambah baik pada zaman Julius Ceasar. Ia bukan lagi mewakili bulan ke-8 tetapi bulan ke-10.

Perkataan Oktober dimasukkan ke dalam Old English melalui Old French, bagi menggantikan perkataan bahasa Inggeris (vernacular term Winterfylleð).

Dua acara besar yang disambut pada bulan Oktober oleh orang di luar negara (dan ada juga diraikan oleh segelintir masyarakat di Malaysia), iaitu Halloween dan Octoberfest.

Octoberfest

Halloween berlaku pada awal bulan Oktober yang kebiasaannya kanak-kanak berpakaian seperti hantu.

Manakala Octoberfest pula jatuh pada hujung bulan Oktober yang melibatkan festival bir yang diadakan sejak 1810 di Munich, Jerman.

Di negara kita pula, kita dikhabarkan tentang fenomena air pasang besar yang lebih buruk melibatkan penduduk di pesisiran pantai dan sungai khususnya di tiga negeri iaitu, Selangor, Perak dan Kedah pada pertengahan bulan Oktober ini.

Hati-hati.

BACA INI JUGA:

Sumber: thevocket