Saturday, January 19, 2013

Malangnya Angin Bertiup Terlalu Kencang

Malangnya Angin Bertiup Terlalu Kencang

Ketika Victorio memandu keretanya berhampiran Naples, Itali, angin yang kuat tiba-tiba melanda menyebabkan kereta yang dipandunya itu tercampak ke dalam sungai.


Untuk mengelakkan diri daripada mati lemas, Victorio memecahkan tingkap keretanya dan berenang ke tebing sungai.

Dia terselamat, tetapi tiupan angin yang terlalu kuat mengakibatkan sebatang pokok di tebing sungai berkenaan tumbang lalu menghempap tubuhnya.

Victor mati ditempat kejadian.

[Sumber]

Friday, January 18, 2013

Aneh! Wanita Yang Terseliuh Berkali-kali Setiap Hari

Aneh! Wanita Yang Terseliuh Berkali-kali Setiap Hari

Menghidap sindrom Ehlers-Danlos, seorang wanita mengalami kesakitan dari semasa ke semasa pada bahunya hanya kerana pergerakan tubuh yang mudah. Menurut Lauren Harry, pada hari tertentu sendinya boleh terseliuh sehingga 10 kali.


Antara lain, kata Lauren, 20, ia berlaku akibat bersin atau terhenjut di dalam kenderaan akibat brek mengejut. Minggu lalu saja, katanya, dia pergi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital sebanyak empat kali.

Doktor percaya, Lauren menghidap sindrom Ehlers-Danlos yang menyebabkan kolagen wanita itu terlalu lemah memastikan anggota badannya berada di tempat yang betul.

Lauren - dari Wrexham, Wales - berkata, dia sakit pada kakinya ketika berusia 11 tahun tetapi menyangka ia masalah biasa akibat proses tumbesaran.

“Ketika berusia 15 tahun, saya terjatuh menyebabkan bahu cedera. “Sejak itu, bahu dan sendi saya yang lain, termasuk lutut dan jari, sering terseliuh,” katanya. Keadaan itu menyebabkan dia gagal menamatkan pendidikan peringkat AS.

Kata Lauren, setakat ini dia menjalani lima pembedahan berasingan di Hospital Wrightington Lancashire, untuk memberi kestabilan pada bahunya. Bagaimanapun, katanya, masalah itu masih berterusan. “Bahu saya terseliuh 10 kali sehari kerana saya terbatuk, bersin atau tersepak sesuatu,” katanya.

Lauren yang kini bertugas sebagai kakitangan restoran makanan segera di Chester berkata, baru-baru ini semua jari tangannya terseliuh kerana membuka pintu tempatnya bekerja. Di rumah, kata Lauren, dia juga tidak boleh bergurau dengan adik-beradiknya tanpa mengalami kesakitan akibat terseliuh.

-Hmetro

Sunday, January 13, 2013

Aneh! Penyakit Tiba-tiba Tertidur Yang Tiada Ubatnya

Aneh! Penyakit Tiba-tiba Tertidur Yang Tiada Ubatnya

Sade Biggs, 8, tertidur sehingga 30 kali sehari kerana penyakit narcolepsy. Sade tidak dapat menghabiskan masa dan menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain bermain basikal dan sebagainya.


Penyakit ini sering di salah anggap sebagai masalah kurang tidur atau lambat tidur malam di kalangan kanak-kanak.

Sebenarnya narcolepsy ialah penyakit gangguan tidur di mana pesakit tidak dapat mengawal diri dari tidur, ia tiada kaitan dengan keletihan.

Setakat ini 500 kanak-kanak mengalami narcolepsy di Britain dan tidak ada ubat untuk penyakit ini bagi penghidap kanak-kanak.

Waktu tertidur biasanya 15 minit atau lebih lama!

[Sumber]

Tuesday, December 25, 2012

Aneh! Satu Kampung Memiliki Jari Seperti Ketam

Aneh! Satu Kampung Memiliki Jari Seperti Ketam

Di sebuah perkampungan yang terietak di wilayah Dusun Ulutaue, daerah Bone, Sulawesi Selatan, hampir kesemua penduduknya mengalami masalah kelainan fizikal. Tangan dan kaki mereka hanya mempunyai dua jari sehingga kelihatan seperti penyepit ketanm.


Secara normal, manusia dilahirkan dengan dua tangan dan kaki, serta mempunyai lima jari di setiap bahagian berkenaana. Namun bagi penduduk di perkampungan terpencil di Sulawesi Selata itu, perkara tersebut tidak berlaku kerana rata-rata mereka hanya mempunyi dua atau tiga jari di kaki dan tangan.

Sama ada bayi baru lahir, kanak-kanak sehinggalah kepada orang dewasa, hampir kesemuanya mempunyai bentuk jari yang sama.

Boleh dikatakan, 90 peratus daripada mereka tidak memiliki tapak tangan. Yang ada hanyalah dua belahan di bahagian hujung jari yang menyerupai penyepit ketam.

Disebabkan kecacatan itu, penduduk di wilayah berkenaan menggelar perkampungan tersebut sebagai kampung manusia ketam.

Difahamkan, kecacatan ini telah melanda penduduk kampung berkenaan bermula sejak lebih dari seabad yang lalu. Ia berlaku secara turun-temurun, iaitu sejak zaman nenek moyang mereka lagi dan situasi itu masih lagi diwarisi sehingga kini.

Sesetengah penduduk menyatakan, keanehan fizikal tersebut sebagai suatu sumpahan keturunan. Namun, rata-rata mereka pasrah dengan keadaan itu dan menerima seadanya kecacatan yang telah digariskan oleh nenek moyang mereka selama ini.

Bagaimanapun, didalam kampung tersebut terdapat juga segelintir bayi yang dilahirkan tidak mengalami kecacatan 'sumpahan ketam' ini. Tetapi, bilangannya terlalu sedikit dan jumlahnya tidak sampai sepuluh peratus pun daripada keseluruhan penduduk kampung.

Namun, apa yang pasti, walaupun seseorang itu dilahirkan dalam keadaan fizikal yang normal dikampung itu, tetapi mereka masih tetap membawa keturunan gen yang sama. Besar kemungkinan, generasi berikutnya akan turut mengalami masalah ini semula.

Keadaan ini dikatakan akan terus berulang sehinggalah kepada beberapa generasi akan datang.

Sekalipun memiliki keterbatasan fizikal, tetapi warga dikampung berkenaan tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Sebahagian besar daripada mereka merupakan penduduk miskin yang bergantung hidup kepada laut.

Kerana kecacatan itu, penduduk dikampung berkenaan kurang cenderung untuk bergaul dengan dunia luar. Kehidupan seharian penduduk hanya berkisar dikampung itu sahaja dan mereka lebih selesa dengan keadaan tersebut.

-SP

Thursday, December 06, 2012

Puting Beliung Yang Aneh Ragut 3 Nyawa Di New Zealand

Puting Beliung Yang Aneh Ragut 3 Nyawa Di New Zealand

Satu ribut aneh yang dikategorikan sebagai puting beliung melanda bandar terbesar New Zealand, Auckland semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh.

Puting Beliung Aneh

Ribut itu melanda pada jam 1.00 tengahari di pinggir bandar Hobsonville, menyebabkan pokok tumbang dan kebanyakan bumbung kediaman rosak akibat diterbangkan angin ribut.

Agensi berita New Zealand melaporkan dua kematian berlaku apabila binaan konkrit menghempap sebuah trak, manakala sumber polis mengesahkan tiga kematian setakat ini.

Sementara itu, tujuh penduduk yang tercedera sedang dirawat di hospital berdekatan.

Pekerja binaan, Sam Nuttall berkata, ribut yang berkelajuan sehingga 110 kilometer sejam itu datang tanpa amaran.

“Anda tidak boleh melihat ia datang.

“Terdapat serpihan terbang di merata tempat,” katanya kepada pemberita.

BACA INI JUGA: Pelik! Hujan Rumpai Laut Kotorkan Bandar di UK