Sunday, July 14, 2013

Alvin-Vivian Mengamuk Facebook Tutup FanPage Sundal

Alvin-Vivian Mengamuk Facebook Tutup FanPage Sundal

Pasangan seks bebas, Alvin dan Vivian semalam mengamuk di laman sosial Twitter apabila akaun mereka di Facebook telah ditutup secara kekal oleh pengendali laman sosial itu.


Penutupan secara kekal itu terjadi apabila ‘page’ Facebook mereka telah menerima banyak laporan negatif dari kalangan pelayar Facebook.

(Baca: Persamaan Alvin-Vivian Dan Binatang!)

“Our Facebook Page is permanently gone due to rampant reporting against us. Thanks, assholes” – antara komen pasangan porno murahan berkenaan di Twitter.


Selain itu, mereka juga menyuruh umat Islam untuk berehat dan bergembira ketika Ramadhan kerana mereka seolah-olah akan kembali dengan sesuatu yang mengejutkan.

Pada masa yang sama, pasangan tersebut turut menghina penganut Islam, hero-hero berbangsa Cina, para wartawan dan juga pengendali Facebook.

Mungkin ini adalah amaran daripada umat Islam kepada pasangan tersebut yang cuba memainkan isu sensitif.


Syabas kepada mereka yang telah bekerjasama melaporkan kepada pengendali Facebook dan juga Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia atas perlakuan sumbang mereka itu.

Justeru, jika masih ada pihak di luar sana yang berani mengeji, menghina serta menjatuhkan maruah Islam, fikir secara mendalam sebelum membuat sebarang tindakan bodoh.

Tindakan Alvin dan Vivian Melampau – Robert Phang


Sementara itu, Pengerusi Social Care Foundation Tan Sri Robert Phang Miow menyifatkan tindakan pasangan Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, yang memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook, adalah melampau.

Phang yang ditemui di Balai Polis Jalan Tun Razak, pada Ahad, berkata tindakan itu telah menyinggung perasaan ramai umat Islam yang kini sedang menjalankan ibadah puasa.

“Ia bukan perkara yang sihat. Kita patut menghentikan tindakan ini dan tidak membiarkan ia berlaku,” katanya.

Pasangan itu yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, telah memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu sambil menulis kapsyen “Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)…wangi, enak dan menyelerakan, serta meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Alvin, Vivian Ke SKMM Isnin Ini Untuk Beri Keterangan Isu Hina Islam


Dua individu yang mempersenda Ramadan dijangka hadir ke pejabat penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Isnin bagi memberi keterangan.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan mengesahkan Alvin Tan dan Vivian Lee telah dipanggil untuk dirakamkan kenyataan dan membantu siasatan.

Kedua-dua mereka sebelum ini memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Bagi kes berasingan di laman Facebook yang menyiarkan gambar babi panggang dengan cap logo Halal, Mohamed Sharil berkata pemilik akaun itu bukan rakyat Malaysia dan tidak bermastautin di negara ini.

“Kami telah melaporkan perkara ini kepada Facebook dan meminta mereka untuk menyekat laman berkenaan atau memadam akaun tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Sharil menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada Facebook jika menjumpai mana-mana paparan yang menghina kesucian Islam.

Beliau juga menasihatkan pengguna laman sosial itu untuk tidak berkongsi paparan atau foto yang menyinggung perasaan.

“Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menghormati bulan Ramadan dan rakan-rakan kita yang beragama Islam. Kita perlu sentiasa bertanggungjawab ke atas semua tindakan kita di dalam talian serta lebih peka terhadap sensitiviti orang lain terutamanya mengenai isu-isu agama.

“Sila berhenti dan berfikir sejenak sebelum kita berkongsi apa-apa maklumat di dalam talian,” katanya.

[Sumber]

Persamaan Antara Alvin-Vivian Dan Binatang!

Persamaan Antara Alvin-Vivian Dan Binatang!

Merujuk kepada perbuatan dan perlakuan yang semakin melampau dua insan yang sungguh malang, Alvin dan Vivian. Kita tertanya-tanya adakah kepintaran yang mereka miliki telah membawa mereka kembali kepada suatu alam lain dimana kebodohan dianggap sebagai sesuatu yang patut dibanggakan?


Khas buat mereka berdua yang terlalu malang, sebenarnya perbuatan bodoh yang mereka lakukan tiada tara bodohnya dialam maya. Hanya mereka yang terlalu rosak akhlaknya sanggup melakukan apa yang mereka  berdua lakukan, kemudiannya berbangga..

Sesungguhnya sifat mereka berdua hanya layak dibandingkan dengan binatang...

1) Sifat mereka hari ini seumpama binatang yang hanya berupa manusia sahaja.

2) Mereka sebenarnya telah bertukar menjadi binatang yang melata.

3) Mereka bersikap seperti  harimau dan singa, kononnya garang dan menerkam siapa saja.

4) Mereka bersifat seperti buaya membaham apa sahaja menjadi makanannya.

5) Mereka bersifat seperti biawak, memakan bangkai tidak lagi memikirkan baik buruknya. Selagi boleh dimakan, makan apa saja.

6) Mereka bersifat seperti ular sawa yang menipu daya, membelit orang dan menelannya. Selepas itu tidur berlingkar kerana kekenyangan berbulan lamanya.

7) Mereka bersifat seperti beruang nampak baik sahaja, tidur mata tidak terbuka. Namun apabila terjaga dia memeluk orang dan mencakar badan dan muka.

8) Mereka bersifat seperti tikus mengganggu orang di waktu malam. Tidak boleh tidur orang dibuatnya. Dia mengganggu keselesaan orang lain, hinggakan orang tidak senang dan tenang dibuatnya.

9) Mereka bersifat seperti lalat membawa kuman merata-rata. Berlakulah penyakit di mana-mana di kalangan manusia.

10) Mereka bersifat seperti babi, memakan kekotoran yang begitu buruk dan menjijikkan. Tanpa segan silu dan malu yang penting kenyang. Apa orang hendak orang kata, katalah peduli apa.

11) Kalau manusia sudah bersifat binatang, bagaimana lagi hendak diperlakukan, selain dilayan seperti binatang.

12) Maka dia pun tersingkir dan terpinggir oleh masyarakatnya.

13) Terlalu asing dipandang sebagai manusia, melainkan sebagai binatang.

14) Wahai Tuhan bila lagilah Engkau hendak datangkan BALA kepada mereka berdua?

15) Agar sifat-sifat KEMANUSIAAN mereka dipulihkan semula.

16) Supaya alam ini bersih daripada angkara jijik mereka.

17) Kerana begitulah perasaan setiap hati manusia yang masih bersih jiwanya..

-SP