Thursday, October 31, 2013

Inikah Padahnya Projek IC Di Sabah?

Inikah Padahnya Projek IC Di Sabah?

Warga asing Filipina banyak menggelisahkan warga Sabah malah mereka yang juga pemegang projek IC telah menolong Pendatang Tanpa Izin (PATI).

Pembunuh AmBank

Pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram tidak mendatangkan kesan dan gagal menangani lambakan warga asing di Sabah.

Tinjauan mendapati warga Sabah melahirkan kebimbangan mengenai hal ini malah Semenanjung juga berhadapan hal ini.

“Generasi pertama projek IC yang telah beranak pinak. Mempunyai anak-anak yang bekerja dengan kerajaan sama ada negeri atau persekutuan. Jadi mereka ini yang menjadi orang tengah kepada PATI yang baru sampai dari seberang,” dakwa Mansau Ansau.

Gustavo Romero pula bertanya, “Pulau Gaya, Sepanggar, 1 Borneo, belakang Telipok, kawasan tersebut ada banyak PATI, tetapi tak ada pulak ambil tindakan seperti Ops Cantas?”

Sementara itu, Alex Kulleh menambah, “Bukan semua PATI itu jahat. Tetapi yang membimbangkan ada di antara mereka berani membuat masalah kerana mereka tahu mereka boleh lari.”

Insiden tembakan yang berlaku di Ambank Subang Jaya sudah cukup membimbangkan kerana kad pengenalan suspek didapati tidak wujud dalam rekod.


Suspek, yang juga Pengawal Keselamatan berusia 37 tuhan itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan malah sempat melarikan sejumlah wang.

Sehingga kini, suspek masih bebas.

Susulan kes tersebut, tindakan cepat telah dilakukan pihak berkuasa mendapati kebanyakan pengawal keselamatan terutama sekali di Kuala Lumpur kebanyakan mereka adalah warga asing.

Rakyat Sabah menggesa kerajaan lebih bersungguh-sungguh menangani isu PATI ini.

“Adakah PATI dan golongan pemegang mykad ini tidak mengancam negara Malaysia terutama sekali Sabah?

“Begitu lemah sistem penguatkuasaan di Malaysia sehingga ada PTI yang mengaku telah tinggal lama di Sabah dari tahun 1991 dan tanpa ada sebarang tindakan,”kata Lan Rh.

“Terbuktilah terlalu banyak penyelewengan di jabatan tertentu yang mengakibatkan masalah PATI tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang.

“Walau bertukar ganti ketua jabatan tetapi masalah PATI terus menghantui sabah tanpa sebarang penyelesaian konkrit,” tegas beliau.

[Sumber]

Wednesday, September 04, 2013

Hanya Naik RM0.20 Tapi Bodohlah Kalau Harga BARANG Pun Tak Naik Lepas Ni!!

Hanya Naik RM0.20 Tapi Bodohlah Kalau Harga BARANG Pun Tak Naik Lepas Ni!!

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen. Dengan kenaikan itu, harga semasanya menjadi RM2.10 sen dan RM2.00 seliter bagi diesel.

Minyak naik

Langkah kenaikan yang disifatkan Najib untuk pengukuhan ekonomi itu juga menyebabkan subsidi kerajaan keatas petrol kini menurun kepada 63 sen manakala untuk diesel menjadi 80 sen sahaja.

Kenaikan ini jelas tidak menggembirakan rakyat. Di alam maya, Najib menerima kritikan, cemuhan dan serangan yang berterusan.

Bukan saja rakyat biasa yang rasa terbeban dengan kenaikan itu meluahkan perasaan dan kemarahan mereka, malahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan ahli akademik, Dr Mazleee Malik juga turut aktif di twitter masing-masing dengan pelbagai maklumat yang berupa kritikan dan sindiran mengenai kenaikan itu.

Ahli-ahli politik pembangkang pula tentulah menggunakan peluang ini untuk menghentam dan mengkritik kerajaan semahu-mahunya, apalagi kenaikan petrol dan diesel ini umpama hadiah daripada Najib kepada rakyat sempena 100 hari kemenangan BN.

Buat pertama kali juga, pemimpin UMNO menjadi kurang aktif sama ada si facebook ataupun twitter. Selalunya jika timbul isu-isu sebegini, para pemimpin UMNO yang aktif di dunia sosial turut memainkan peranan mempertahankan apa yang dilakukan kerajaan, tetapi malam tadi ramai yang berdiam diri dan tidur awal agaknya.

Mungkin mereka juga sudah tiada idea lagi untuk mempertahankan tindakan Najib itu.

Pengendali laman sosial yang pro UMNO dan kerajaan juga kelihatan pasif dan tidak tidak berdaya lagi mempertahankan langkah tidak bijak Najib itu.

Hanya Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pengerusi Felcra yang cuba mempertahankan dan menyokong kenaikan minyak ini tetapi beliau juga kemudiannya dikritik dan diserang hebat, termasuk mengaitkan dengan perkahwinan keduanya bersama aktres Zizie Ezzette.

Harga minyak naik

Di alam nyata pula, kenaikan ini disambut dengan rungutan dan cebikan mulut daripada rakyat terhadap Najib dan BN.

Ditambah dengan hujan yang turun sejak awal petang, kesesakan bukan saja berlaku di jalan-jalan raya, malahan juga di hampir semua stesen minyak. Ini jelas menggambarkan kenaikan 20 sen tetap memberi kesan kepada kebayakan rakyat dan mereka berusaha untuk menjimatkan perbelanjaan masing-masing sedaya yang mungkin.

Dilaporkan juga terdapat kejadian merosakkan stesen minyak berikutan rakyat menjadi marah selepas beratur lama untuk mengisi minyak, tiba-tiba diberitahu bekalannya sudah habis.

Ini menggambarkan bukan saja kenaikan itu dibantah, malahan masa pengumuman mengenai kenaikan itu juga memperlihatkan sikap tidak bijak Najib sehingga mencetuskan suasana kelam-kabut dan panik di kalangan sesetengah rakyat.

Kenaikan minyak kali ini tidak disebut Najib sebagai kesan kenaikan minyak dunia tetapi lebih ke arah pengukuhan ekonomi dan mengurangkan defisit. Najib lantas memberitahu kenaikan harga minyak ini akan diseimbangkan dengan kenaikan BR1M yang akan diumumkan dalam Belanjawan pada Oktober nanti.

Terlihat di sini bahawa Najib mengambil pendekatan ekonomi "tutup lubang, gali lubang" untuk menyelesaikan masalah. Dengan subsidi petrol dan diesel yang dapat dijimatkan, ia kemudian akan disalurkan pula melalui BR1M.

Walaupun pemberian tunai BR1M ini mendapat kritikan daripada Mahathir tetapi nampaknya Najib akan terus menggunakan pendekatan itu untuk mengambil hati orang-orang kampung dan rakyat berpendapatan rendah, malah sudah membayangkan akan menaikkan lagi jumlahnya.

Kali ini mungkin menjadi RM700, RM1000 ataupun mungkin juga menjadi RM1200.

Harga minyak naik

Kesan kenaikan petrol dan diesel ini tentu saja akan menyebabkan kenaikan harga-harga barang di pasaran. Walaupun Najib mengingatkan peniaga tidak menaikkan harga barang, tiada jaminan kawalan ataupun penguatkuasaan akan diambil terhadap peniaga yang ingkar. Ia hanyalah sekadar peringatan semata-mata.

Ini bermakna belum pun BR1M dilaksnakan, beban kenaikan harga barang sudah menyusah dan mengeringkan lagi poket rakyat.

Bagi yang tinggal di Lembah Kelang dan bandar-bandar lain dan tidak layak pula menerima BR1M, kenaikan harga minyak dan disertai dengan kenaikan harga barang keperluan harian umpama "pontianak" yang menghisap poket mereka sehingga kering setiap hari.

Kenaikan harga minyak ini juga berlaku dicelah-celah ura-ura kerajaan mahu menaikkan tarif elektrik dan melaksanakan cukai GST yang mungkin akan diumumkan dalam Belanjawan nanti.

Walaupun propa kerajaan melalui Mahahdir Khalid mengatakan kenaikan elektrik dijamin tidak membebankan rakyat, sebenarnya asal saja namanya kenaikan, ia tetap memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Kerajaan juga bertegas mahu melaksanakan GST. Idris Jala yang merangka mengenainya sudah pun membayangkan hakikat itu. Masalahnya hanyalah berapa peratus saja, mungkin 5 peratus, mungkin 4 peratus dan sebagainya. Namun ia pasti akan dilaksanakan oleh Najib. Tunggu saja berita "gembira" ini dalam Belanjawan nanti.

Jika kenaikan petrol dan diesel dianggap hadiah 100 hari kemenangan BN kepada rakyat, sebenarnya banyak lagi hadiah-hadiah dalam bentuk penambahan cukai, kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup akan dilaksanakan oleh Najib dari semasa ke semasa. Kenaikan minyak adalah permulaannya dan lepas ini akan disusuli dengan tarif elektrik dan cukai GST pula.

Lepas itu cukai dan kenaikan yang entah apa-apa pula akan diumumkan. Mungkin juga harga minyak akan naik lagi.

Bagaimanapun di sebalik semua kenaikan ini, masih lagi ada sesetengah rakyat yang berkata, syukurlah Malaysia masih aman! [Sumber]

Luahan Kesedihan Orang Miskin Bila Harga Minyak Naik RM0.20 Sahaja!!

Luahan Kesedihan Orang Miskin Bila Harga Minyak Naik RM0.20 Sahaja!!

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia. Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Harga Minyak Naik

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Buatlah part time?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mengisi perut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.

Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

BACA INI JUGA: Alasan Najib Kenapa Minyak Naik!

Sumber: Kedahkekl

Monday, August 05, 2013

Kerana Sekolah Berpengetua Cina, Tiada Cuti Awal Sempena Hari Raya?

Kerana Sekolah Berpengetua Cina, Tiada Cuti Awal Sempena Hari Raya?

Menerusi maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah mengeluarkan surat kebenaran memohon Cuti Berganti pada 5 dan 6 Ogos 2013 kepada semua sekolah di Negeri Sabah, namun ada sekolah yang menganggap tidak ada keperluan untuk mengambil cuti tersebut dan meneruskan hari persekolahan seperti biasa.


Cuti Berganti tersebut adalah bertujuan memberi peluang kepada Guru-guru dan pelajar membuat persiapan sempena sambuatan hari raya aidilfitri.

Sebagai ibubapa juga sangat berharap pihak pengurusan SMK Apin-Apin, Keningau, Sabah, lebih memahami keperluan cuti awal sempena hari raya ini, kerana ibubapa juga ada perancangan tersendiri mengatur perjalanan cuti raya.

Oleh kerana pihak sekolah memilih untuk tidak mengambil cuti berganti ini, maka ibubapa terpaksa memilih sama ada membatalkan perancangan perjalanan cuti raya atau membenarkan anak-anak mengambil "cuti sendiri" atau ponteng sekolah.

Sudah tentulah sukar untuk membuat keputusan.

Perayaan ini hanya sekali setahun yang mana secara tradisinya menjadi hari perhimpunan keluarga yang tinggal berjauhan. Dalam masa yang sama juga ibubapa juga tidak mahu anak-anak tercicir waktu dalam persekolahan.

Kerana Sekolah ini sekolah menengah dua sesi pastinya juga ibubapa terpaksa membuat perjalanan lewat kerana menunggu waktu sekolah tamat pada waktu petang.

Tahun-tahun sebelum ini, pihak sekolah tidak pernah membelakangkan soal persiapan cuti sempena hari raya aidilfitri. Namun pada tahun ini (2013) agak mengejutkan juga apabila pihak sekolah tidak pula memohon cuti ganti.

Janganlah hanya kerana Pengetua sekolah ini berbangsa Cina dan tidak menyambut hari raya aidilfitri maka pengetua beranggapan keperluan untuk mengambil cuti awal ini tidak perlu?

Kalau dihitung bilangan Guru beragama Islam di sekolah tersebut bilangannya hampir separuh tetapi kenapa pihak sekolah terlalu bertegas tidak memberi ruang awal mengambil cuti awal?

Bagi umat islam, Kemudahan Cuti yang tersedia ini bukan cuti semata-mata tetapi sewajarnya diberikan bagi memberi ruang kepada guru-guru dan juga pelajar membuat persiapan bagi menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan nafsu.

Diharapkan pada masa akan datang Pengetua sekolah ini lebih sensitif dengan suatu perayaan seperti Hari Raya.

-Sentiasapanas.com