Wednesday, September 26, 2018

Rosmah Mansor 'Dark Force' Yang Memberi Kuasa Kepada Jho Low?


Isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor dipercayai memberi akses penuh kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mendapatkan kuasa di Putrajaya.

Rosmah Mansor vs Jho Low

Dakwaan ini dibuat wartawan dan Pengarang bersama Billion Dollar Whale, Tom Wright dalam temu bual bersama stesyen radio, BFM Breakfast Grille, hari ini.

Wright mendakwa hubungan Jho Low dengan Rosmah mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa Rosmah diperkenalkan melalui anaknya dengan perkahwinan terdahulu yang juga produser filem Hollywood, Riza Aziz.

“Rosmah adalah penting. Saya percaya beliau membantu Jho Low untuk memperoleh kuasa di Malaysia dan beliau mendapat timbal balas daripadanya (bantuan),” katanya seperti dilaporkan portal tempatan.

Wright mendakwa Rosmah dianugerahkan barang kemas, tunai dan pelbagai hadiah lain.

Wright kini berada di Malaysia untuk mempromosikan buku kontroversi yang ditulisnya bersama rakan sekerja, Wall Street Journal, Bradley Hope.

Najib didakwa atas lebih 30 tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berkata penyiasatan terhadap Rosmah sudah siap dan mengemukakan penemuan serta cadangan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Jho Low menjadi buruan di Malaysia dan waran tangkap dikeluarkan kepada beliau dan bapanya, Tan Sri Larry Low, selepas kedua-duanya didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram dengan ketidakhadiran.

'Billion Dollar Whale' Dakwa Jho Low Lebih Suka Disanjung, Bukan Seks

Rosmah Mansor 'Dark Force' Yang Memberi Kuasa Kepada Jho Low?

Walaupun gemar dikelilingi wanita cantik dan terkenal, namun keghairahan Jho Low ialah dia suka disanjung kerana "kuasanya dan prestijnya" melebihi keghairannya terhadap seks, dakwa buku yang baru dilancarkan mengenai jutawan buruan itu.

Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, menggariskan butiran perbelanjaan besar Low dan berpesta mewah sebelum dia diburu berkaitan dengan dakwaan menyeleweng berbilion dana 1MDB.

Buku 400 muka surat itu, yang dikarang oleh wartawan The Wall Street Journal Tom Wright dan Bradley Hope, mendakwa Jho Low berbelanja jutaan dolar mengadakan parti dan minuman keras, selalunya dengn kehadirian selebriti seperti Paris Hilton.

Dan Jho Low pernah membeli Cristal champagne, bernilai €2 juta dalam perang bidaan di kelab eksklusif di Saint-Tropez di Riviera Perancis.

Malah ia memperincikan kewangan Low yang dikehendaki di beberapa negara termasuk di Malaysia kerana dakwaan pengubahan wang haram, membelanjakan hampir AS$1 juta dalam satu 'date' dengan bintang pop Taiwan, Elva Hsiao pada tahun 2010.

Ketika 'date' di sebuah hotel mewah di Dubai, Atlantis, The Palm, pengarang mendakwa Low mengadakan parti peribadi di tepi pantai dan kemudian menghadiahkannya rantai leher Chopard dan loket bertatah permata, yang dikatakan dibawa oleh lelaki bertuxedo yang diperacut dari sebuah helekopter.

Hsiao dikatakan menitiskana air mata terharu dengan sambutan yang dilaporkan menelan belanja lebih AS$1 juta dan itu hanya satu 'date', bukan pun tawaran perkahwinan.

Semua ini berlaku, dakwa penulis itu, ketika Jho Low mempunyai hubungan dengan Jesselynn Chuan Teik Yin dari Pulau Pinang, yang kemudian dikahwininya.

Jho Low selalu terbangkannya (Chuan) ke Amerika Syarikat. Dia akan diasingkan di sebuah hotel atau pangsapuri, dengan ditemani wanita kenalan Low seperti Catherine Tan dan Jasmine Loo, seorang peguam 1MDB.

Walaupun Jho Low melayannya secara hormat di khalayak ramai, dia juga ada tabiat menghadiahkan kereta mewah dan barang kemas kepada wanita lain dan membayar model di suite hotel, kelab, dan di atas kapal layar, demikian menurut buku itu lagi.

Penulis juga mendakwa bahawa pada Februari 2017, apabila menjadi bahan banyak siasatan, Jho Low melindungi Chuan dan anak lelaki mereka, di atas kapal layar mewah Equanimity serta di pangsapuri dan hotel di Thailand dan China bagi mengelak kemungkinan ditangkap.

Ia menyatakan, "Takut ditangkap jika dia pergi ke mana-mana negara Barat, dia tinggal di bot dan di pangsapuri di St. Regis Bangkok dan Pacific Place di Hong Kong."

Thailand yang dikuasai oleh junta tentera, merupakan tempat yang selamat untuk Jho Low, manakala China melihatnya sebagai aset strategik.

Jho Low yang sentiasa menafikan semua tuduhan terhadapnya, dilaporkan cuba menghalang pengedaran Billion Dollar Whale dengan menghantar surat yang mengancam kepada kedai buku di seluruh dunia.

Semasa pelancaran buku di New York, penulis Wright dan Hope mengucapkan bahawa mereka harus "berterima kasih" kepada Jho Low kerana usahanya itu telah memberi publisiti kepada buku tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian | malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon