Wednesday, March 14, 2018

5 Fakta Senjata Kimia Novichok


Pakar telah mengenal pasti bahan kimia Novichok, sejenis serbuk dan gas yang cenderung menjadi cecair yang boleh meresap melalui kulit, telah digunakan dalam cubaan membunuh bekas perisik Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia, pada 4 Mac 2018 lalu.

5 Fakta Senjata Kimia Novichok

Sergei Skripal, 66 tahun dan anaknya Yulia, 33 tahun dilaporkan masih kritikal sejak diracun dengan agen saraf 4 Mac lalu.

Kremlin sehingga kini mempertahankan kejadian itu bukan didalangi mereka.

Sergei merupakan bekas pegawai risikan Rusia yang direkrut untuk menjadi perisik Britain pada 1990-an dan dipenjara di Rusia pada 2006 namun dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan pada 2010.

Sejak itu, Sergei Skripal menetap di Salisbury.

5 Fakta Senjata Kimia Novichok

Berikut adalah 5 fakta yang perlu anda ketahui mengenai racun ini.

1. Bahan kimia Novichok yang sangat bertoksik ini boleh menghentikan sistem saraf serta fungsi badan dan berpotensi membunuh seseorang dalam masa beberapa minit.

2. Bahan kimia ini mengandungi cecair 'acetylcholine' dalam Novichok ini juga boleh menyebabkan neuromuscular menjadi kecut dan menjadi faktor keseluruhan otot menjadi kejang.

3. Bahan kimia dalam agen Novichok itu juga menyebabkan fungsi jantung terhenti dan lemas apabila paru-paru mangsa dipenuhi cecair berlebihan.

4. Agen berbahaya Novichok itu juga menyebabkan kemudaratan hati oleh toksin hepatitis sehingga menyebabkan sirosis dalam organ hati, epilepsi, kemurungan yang teruk, dan otak yang tidak berfungsi secara normal.

5. Bahan kimia Novichok juga pernah digunakan sebelum ini oleh sekumpulan agen saraf Kesatuan Soviet sekitar 1970-an dan 1980-an.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Racun Kimia Paling Membinasakan Di Dunia

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon