Wednesday, February 07, 2018

Benarkah MILO Sangat Tinggi Kandungan Gula?

Loading...

Selepas hebat dipertikaikan, Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle, Othman Md Yusoff berkata walaupun ia mengandungi 40 peratus gula, apabila dibancuh kandungan itu hanya tinggal enam peratus sahaja, Nestle tetap mempertahankan minuman keluaran syarikatnya, Milo, merupakan minuman sihat.

MILO Tinggi Kandungan Gula

"Bagi saya, minuman Milo ialah minuman yang sihat," katanya lagi.

"Sebenarnya, di bungkusan memang tertulis gula sebanyak 40 peratus, 40 peratus gula itu, 20 peratus daripadanya ialah daripada susu, laktosa dan malt.

“Susu yang ada merupakan susu yang mempunyai gula semula jadi dan baik untuk badan. Lagi 20 peratus itu gula dan ia dalam bentuk serbuk.

"Selepas lima sudu teh Milo ditambah dengan 200 mililiter air panas, jumlah gula kemudian menjadi enam peratus sahaja iaitu tiga peratus daripada susu tadi dan tiga peratus lagi gula.

"(Kadar) 40 peratus itu bila tidak dicampur air, jadi sebenarnya hanya enam peratus gula sahaja yang masuk ke badan. Video yang viral itu mengelirukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibu negara.

Othman berkata demikian sebagai menjawab dakwaan video yang tular di media sosial yang mendakwa Milo tidak sihat kerana mengandungi gula yang tinggi, sekali gus menggemukkan.

Sebuah video milik aktivis Vishen Lakhiani menjadi viral selepas beliau mengkritik syarikat makanan dan minuman yang didakwa mengeluarkan produk sehingga menyebabkan kegemukan di Malaysia.

Memetik artikel New York Times, Vishen berkata Malaysia menjadi negara yang mempunyai paling ramai orang gemuk di Asia.

Kegemukan itu terjadi apabila pihak kerajaan mengambil duit daripada syarikat makanan untuk menjadi penasihat nutrisi serta membenarkan makanan 'tidak sihat' dijual berleluasa, kata Vishen.

Beliau turut mempersoalkan minuman Milo yang sering menggunakan cogan kata 'sihat dan kuat' mengandungi kandungan gula sehingga 40 peratus bagi setiap 100 gram hidangan.

Video itu kemudian menjadi tular dengan lebih sejuta tontonan dan komen.

Dalam video berkenaan, Vishen turut mengkritik produk-produk keluaran Nestle yang lain.

'Jangan tambah susu, gula'

Selain itu, Othman turut memberitahu, minuman Milo hanya menjadi tidak sihat apabila ia ditambah dengan susu dan gula.

Justeru beliau meminta agar orang ramai menyediakan minuman Milo seperti panduan yang tertulis pada bungkusan minuman itu.

"Dekat bungkusan kita ada tulis penyediaan Milo iaitu lima sudu teh Milo dan kemudian tambah 200 mililiter air panas.

"Tapi orang kita tambah susu, gula. Itu yang jadi tak sihat," katanya lagi.

Tak sama dengan Milo Australia

Sementara itu, ditanya mengenai perbezaan kandungan gula Milo di luar negara dan di Malaysia, Pegawai Kanan Pemakanan Unit Kesihatan Korporat Nestle, Nurul Iliani Ahmad memberitahu ia dibuat berdasarkan populasi penduduk di setiap negara.

"Kita ikut populasi di setiap negara. Macam di Malaysia kita ikut selera penduduk di negara ini dan seperti di Australia, Milo mereka mengikut selera negara sana.

"Jadi formulasi bagi setiap kandungan Milo berbeza-beza mengikut negara yang diedarkan," katanya.

Selain itu, ditanya sama ada kandungan gula dalam Milo di Malaysia lebih banyak kerana penduduk di sini suka rasa yang manis, Nurul berkata dia tidak boleh menjawab soalan berkenaan.

"Itu saya tak boleh beri jawapan sebab tak ada jawapannya sekarang. Saya akan beritahu semula," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Dari NESTLE, Cara Membezakan Produk Milo Tulen Atau Tiruan

sumber: mk

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

2 comments

minum berpada-pada ok jer, yan obes ni sebab tambahan gula dan susu

Semua benda pun kena bersederhana. Kalau makan nasi banyak boleh gemuk juga kan. Tapi saya bukan back up milo tau..just pandangan.

Hihi

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon