Tuesday, February 06, 2018

Gangguan Api Misteri Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung


Misteri kejadian barang terbakar secara tiba-tiba yang berlaku di Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung yang berlaku di Kelantan, berkemungkinan mempunyai kaitan dengan belaan saka berpunca daripada perbuatan syirik itu.

Api Misteri Teduhan Kasih

Menurut Pengasas Pusat Rawatan Islam al-Qalam, Datuk Seri Baharudin Abu, beliau pernah berdepan dengan kes sedemikian, saka yang diperturunkan ahli keluarga terdahulu berkemungkinan 'marah' selepas pewaris bertaubat.

"Bagi kes di Rumah Teduhan Kasih ini, saya berpendapat ia juga mempunyai kaitan dengan saka melibatkan salah seorang penghuni di sana.

"Apabila sudah bertaubat, saka yang dibela sukar untuk berdamping dan 'marah' sehingga menyebabkan kejadian terbakar seperti yang berlaku sekarang.

Beliau merupakan pengamal perubatan Islam yang terkenal menyembuhkan pelbagai penyakit dan pernah menyelesaikan kes api misteri membabitkan kediaman sebuah keluarga di Kelantan pada tahun 2017 lalu.

Menurutnya, kesemua bilik di dua blok kediaman turut dikosongkan dan dipindahkan bagi mengelak kejadian tidak diingini itu berlaku serta merebak.

“Kami mengalu-alukan kehadiran individu yang mahir dalam perubatan alternatif bagi merungkai misteri kejadian ini dan kami dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Gangguan Api Misteri Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung
Datuk Seri Baharudin Abu.

Sementara itu, pengurus rumah berkenaan, Hilman Razali berkata, kejadian barang terbakar masih membelenggu penghuni.

Menurutnya, kejadian terbaharu membabitkan getah pelapik sebuah mesin senaman di bilik gimnasium.

Semua bilik di dua kediaman yang menempatkan 37 penghuni dan lapan kakitangan itu dikosongkan bagi mengelak insiden kebakaran merebak.

Sebahagian barang sudah dipindahkan ke pejabat utama di Cheras manakala hanya 19 penghuni berada di sini bagi membantu pemantauan.

Misteri barang terbakar seperti baju, kerusi, beg, kasut, langsir, tilam dan bantal masih menyelebungi kami penghuni.

Misteri kan?

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon