Friday, December 29, 2017

Adakah Sah Solat Jumaat Tidak Cukup 40 Orang?

Loading...

Solat Jumaat adalah Solat yang wajib dilakukan oleh setiap muslim, namun dengan ketentuan lelaki (bukan wanita) dan dalam keadaan muqim (bukan dalam perjalanan).

Adakah Sah Solat Jumaat Tidak Cukup 40 Orang?

Dalilnya adalah hadits nabi SAW berikut ini, "Dari Thariq bin Syihab ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Shalat Jumaat itu adalah kewajipan bagi setiap muslim dengan berjamaah, kecuali (tidak diwajibkan) atas 4 orang. (1) Hamba, (2) Wanita, (3) Anak kecil dan (4) Orang sakit.” (HR Abu Daud)

Al-Imam An-Nawawi berkata bahawa isnadnya shahih sesuai dengan syarat dari Bukhari. Ibnu Hajar mengatakan bahawa yang menshahihkan hadits itu bukan hanya satu orang.

Dengan demikian, orang-orang yang sedang dalam perjalanan ke luar kota, seperti yang berada di kapal laut, pada hakikatnya tidak dibebani untuk melakukan solat Jumaat.

Untuk itu maka yang wajib anda lakukan adalah melakukan solat Zuhur. Bahkan kerana dalam perjalanan, maka anda pun berhak untuk melakukanya dengan dua rakaat saja, dengan solat Asar dua rakaat juga.

Semua ini adalah kemudahan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam kepada para musafir.

Akan tetapi bila anda memang mempunyai kesempatan untuk ikut solat Jumaat yang diadakan di suatu tempat, di dalam perjalanan anda, maka cukup solat Jumaat itu saja yang anda lakukan, tidak perlu lagi anda melakukan solat Zohor.

Jumlah Jamaah Sah Solat Jumaat

Di sisi lain, memang ada sedikit perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang berapa jumlah minimun yang dimungkinkan untuk mendirikan solat Jumaat.

As-Sayyid Sabiq dalam Fiqhus Sunah menyebutkan paling tidak ada 15 pendapat yang berbeza dalam menetukan batas minimum jumlah jamaah dalam solat Jumaat, dengan pengertiannya bila memang tidak ada lagi orang muslim di tempat tersebut.

Syeikh Ibnu Taimiyyah berpendapat, “Solat Jumaat boleh dilakukan oleh tiga orang; satu orang berkhutbah dan dua orang mendengar khutbah tersebut. Dan ini merupakan salah satu riwayat dari Ahmad dan merupakan pendapat sebahagian ulama.” Lihat kitab Al-Ikhtiyaarot Al-Fiqhiyyah Min Fatawa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah BabAl-Ba’ly hal 145-146.

Pandangan Para Imam Mazhab Tentang Jumlah Minimum Jamaah

1. Pendapat Kalangan Al-Hanafiyah

Al-Hanafiyah mengatakan bahawa jumlah minimum untuk sahnya solat jumaat adalah tiga orang selain imam.

Bahkan mereka tidak mensyaratkan bahawa jamaah solat Jumaat itu mestilah penduduk setempat, orang yang sihat atau lainnya. Yang penting jumlahnya tiga orang selain imam/khatib.

Selain itu mereka juga berpendapat bahawa tidak ada nas dalam Al-Qur'an Al-Karim yang mengharuskan jumlah tertentu kecuali perintah itu dalam bentuk jama`.

Dan dalam kaedah bahasa arab, jumlah minimum untuk boleh disebut jama’ adalah tiga orang.

"Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kalian kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (QS. Al-Jumu’ah: 9)

Kata 'kalian' menurut mereka tidak menunjukkan 12 atau 40 orang, tetapi tiga orang pun sudah mencukupi makna jama’.

2. Pendapat kalangan Al-Malikiyah

Al-Malikiyah menyaratkan bahawa sebuah solat jumaat itu hanya sah bila dilakukan oleh minimum 12 orang untuk solat dan khutbah.

Jumlah ini disandarkan dari peristiwa yang disebutkan dalam surat Al-Jumu’ah iaitu peristiwa bubarnya sebahagian jamaah solat jumaat kerana datangnya rombongan kafilah dagang yang baru pulang berniaga.

Mereka serta-merta meninggalkan Rasulullah SAW yang saat itu sedang berkhutbah sehingga yang tinggal hanya tinggal 12 orang saja.

"Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri. Katakanlah, `Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezki." (QS. Al-Jumu’ah: 11)

Oleh kalangan Al-Malikiyah, 12 orang yang masih tetap berada dalam saf solat Jumaat itu dianggap sebagai syarat minimum jumlah jamaah solat Jumaat.

Dan menurut mereka, Rasulullah SAW saat itu tetap meneruskan solat Jumaat dan tidak menggantinya menjadi solat Zuhur.

3. Pendapat kalangan Asy-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah

Asy-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah menyaratkan bahawa solat Jumaat itu tidak sah kecuali dihadiri oleh minimum 40 orang yang ikut solat dan khutbah dari awal sampai akhir.

Dalil tentang jumlah yang mesti 40 orang itu berdasarkan hadits Rasulullah SAW:

"Dari Ibnu Mas’ud ra bahawa Rasulullah SAW solat Jumaat di Madinah dengan jumlah jamaah 40 orang." (HR Al-Baihaqi).

Inil adalah dalil yang sangat jelas dan terang sekali yang menjelaskan berapa jumlah peserta solat Jumaat di masa Rasulullah SAW.

Menurut kalangan Asy-Syafi`iyah, tidak pernah didapat dalil sahih yang menyebutkan bahawa jumlah mereka itu kurang dari 40 orang.

Tidak pernah disebutkan dalam dalil yang shahih bahawa misalnya Rasulullah SAW dahulu pernah solat jumaat hanya tiga orang sahaja atau hanya 12 orang.

Kerana menurut mereka ketika terjadi peristiwa bubarnya sebahagian jamaah itu, tidak ada keterangan bahawa Rasulullah SAW dan jamaah yang tinggal meneruskan solat itu dengan solat Jumaat.

Dengan hujah itu, kalangan Asy-Syafi`iyah meyakini bahawa satu-satu keterangan yang pasti tentang bagaimana solat Rasulullah SAW ketika solat jumaat adalah yang menyebutkan bahawa jumlah mereka 40 orang.

Bahkan, mereka menambahkan syarat-syarat lain iaitu, 40 orang jamaah solat Jumaat ini mestilah sejak awal hingga akhirnya.

Sehingga bila saat khutbah ada sebahagian jamaah solat jumaat yang keluar sehingga jumlah mereka kurang dari 40 orang, maka batallah Jumaat itu.

Kerana didengarnya khutbah oleh minimum 40 orang adalah sebahagian dari rukun solat Jumaat dalam pandangan mereka.

Seandainya perkara itu terjadi, maka menurut mereka solat itu harus diubah menjadi solat Zuhur dengan empat rakaat, kerana tidak cukup syarat sah solat Jumaat.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Kenapa Dinamakan Jumaat?

sumber: soaljawab

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

2 comments

Asalam ..SP terima kasih perkongsian yang amat bermanfaat

Wsalam cikgu etuza. Moga mendapat manfaat ya ;)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon