Sunday, September 10, 2017

7 Orang Bunuh Diri Setiap Hari Di Malaysia


Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Profesor Nor Zuraida Zainal mendedahkan lebih 2,000 rakyat Malaysia, kebanyakannya golongan muda mati akibat bunuh diri setiap tahun.

Bunuh Diri

Ini bermakna, purata tujuh kes bunuh diri berlaku sehari atau sekitar 200 sebulan atau tujuh orang daripada 100,000 penduduk negara ini nekad membunuh diri.

Statistik kadar bunuh diri dunia ialah daripada 100,000 orang, lebih 20 orang membunuh diri setiap hari atau setiap 30 saat seorang mengakhir hidupnya dengan membunuh diri.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merekodkan jumlah kematian akibat bunuh diri mencecah sejuta orang setiap tahun.

China merekodkan kejadian paling ramai rakyatnya membunuh diri.

Dianggarkan lebih 300,000 penduduk China membunuh diri setahun, lebih 10 kali ganda berbanding statistik bunuh diri di Amerika Syarikat.

Negara lain yang mencatat kejadian bunuh diri tinggi termasuk Jepun dan Korea.

Kes bunuh diri dalam kalangan rakyat Malaysia kini dikaitkan dengan isu kesihatan mental.

Bagi beliau fenomena ini memerlukan perhatian serius dan ditangani sebaik mungkin semua pihak.

Antara faktor lain yang mendorong mangsa membunuh diri ialah kemurungan.

Sementara, terdapat faktor lain yang kompleks, ditambah kurangnya sokongan keluarga terhadap “masalah” yang dihadapi mangsa.

Kerajaan juga perlu mempertimbangkan saranan agar memansuhkan kesalahan berkaitan bunuh diri yang tertera di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Menurut beliau, hukuman tersebut dilihat tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mangsa yang terlibat, malah memburukkan lagi keadaan mangsa yang memerlukan bantuan sewajarnya.

Di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574), cubaan membunuh diri boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Hukuman diwujudkan sebagai langkah pencegahan dan pengajaran kepada mana-mana pihak agar tidak cuba membunuh diri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

sumber: sarawakvoice

1 comment

  1. Mereka mungkin ada sebab tersendiri.. Tak boleh jugde sangat sebab kalau kita dalam persekitaran yang mereka alami, mungkin kita buat benda yang sama..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon