Thursday, August 24, 2017

Coudersport, Gua Luarbiasa Yang Menghasilkan Ais Ketika Musim Panas!


Gua Coudersport yang terletak di Appalachian, Pennysylvania, dianggap sangat luarbiasa kerana mampu membeku ketika cuaca panas.

Gua Coudersport

Gua ini didakwa telah wujud sejak sekian lama namun, sejarah terperinci mengenainya tidak diketahui dengan jelas.

Apa yang pasti, gua Coudersport menyimpan keajaiban tersendiri kerana ia mampu menghasilkan ais ketika musim panas. Pelik kan?

Ketika musim panas, ais akan terbentuk dan membeku pada permukaan dinding gua sehinggakan sesiapa sahaja yang memasuki gua tersebut akan berasa seolah-olah berada di musim sejuk.

Fenomena luarbiasa yang terjadi sekian lama ini telah menimbulkan tanda tanya kepada ramai orang.

Saintis juga masih melakukan kajian terhadap misteri pembentukan fenomena alam ini.

Teori

Gua Coudersport

Antara teori popular adalah, kewujudan ais ketika musim panas disebabkan oleh suhu sejuk yang terperangkap di celah-celah dinding gua.

Udara sejuk yang terperangkap pada celah dinding akan terkeluar apabila musim panas tiba, menyebabkan pembentukan ais berlaku pada dinding gua walaupun suhu di luar gua mampu mencairkan ais.

Fenomena alam yang luarbiasa ini mula ditemui pada tahun 1984 oleh seorang pencari perak, John Dodd.

Keunikan gua ini membolehkan ia dijadikan tempat untuk menyimpan makanan segar terutamanya daging ketika musim panas.

Gua Coudersport

Gua Coudersport ditutup kepada orang luar pada tahun 1989 untuk sebab yang tidak diketahui namun dibuka semula pada tahun 2014 dan kemudiannya menjadi popular serta menarik perhatian dunia.

Gua Coudersport berukuran 10 kaki panjang, lapan kaki lebar dengan kedalaman sehingga 40 kaki.

Walau bagaimanapun, pengunjung hanya dibenarkan melihat pembentukan ais dari atas gua.

Biarpun tidak luas seperti gua lain, ia sudah cukup menampakkan struktur ais yang terbentuk pada permukaan dinding.

Gua Coudersport

Untuk melihat sendiri fenomena ajaib ini, pengunjung akan dikenakan bayaran $5 untuk orang dewasa dan $2.50 bagi kanak-kanak.

Uniknya, Gua Coudersport akan kosong pada musim sejuk dan dipenuhi ais ketika musim panas.

Luarbiasa!

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Gua Yang Mampu Menyembuhkan Penyakit

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon