Thursday, July 20, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Julai)


Tanggal 20 Julai merupakan hari ke 201 (hari ke 202 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 164 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Buzz Aldrin
Buzz Aldrin di bulan, dengan Neil Armstrong terbayang pada topinya.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Colombia (1810) dan Hari Rakan di Argentina dan negara Amerika Latin lain.

Peristiwa

1866 – Perang Kemerdekaan Itali Ketiga: Di Laut Adriatik, tentera laut Austria pimpinan Wilhelm von Tegetthoff menewaskan armada Itali yang lebih besar dalam Pertempuran Lissa.

1927 – Mihai I yang berumur lima tahun menjadi Raja Romania selepas kemangkatan datuknyanya, Ferdinand I.

1940 – Majalah Billboard menerbitkan "Carta Kepopularan Muzik"nya yang pertama.

1944 – Di Wolfsschanze, Adolf Hitler terselamat daripada percubaan membunuhnya oleh anggota Penentang Jerman Claus von Stauffenberg.

1951 – Abdullah I dari Jordan dibunuh semasa melawat Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis oleh seorang rakyat Palestin yang takut baginda akan berdamai dengan Israel.

1969 – Modul qamari Apollo 11 mendarat di Laut Ketenangan, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin (gambar) kemudian menjadi manusia pertama berjalan di bulan.

1976 – Kapal angkasa lepas Viking 1 mendarat di Marikh.

1999 – Falun Gong diharamkan di Republik Rakyat China, dan tindakan pembanterasan amalan ini dilancarkan secara besar-besaran.

2011 – PBB mengisytiharkan kebuluran di selatan Somalia.

2011 – Goran Hadzic ditahan di Serbia, menjadi orang terakhir yang didakwa oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia ditangkap.

2012 – Seorang lelaki membunuh 12 orang dan mencederakan 58 lagi ketika satu tayangan filem di Colorado, A.S.

Kelahiran

1789 - Mahmud II, Sultan Empayar Uthmaniyyah.

1971 - Sandra Oh, seorang pelakon Kanada.

Kematian

1903 - Paus Leo XIII, Paus ke-257.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Julai)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon