Tuesday, April 18, 2017

Violet Brown Manusia Paling Tua Di Dunia Berusia 117


Violet Brown berusia 117 tahun dan 36 hari dari Jamaica kini menjadi orang yang masih hidup paling lama di dunia selepas pemegang gelaran itu Emma Morano yang diiktiraf sebagai manusia ‘supercentenarian’ meninggal dunia pada usia 117 tahun.

Violet Brown 117

‘Supercentenarian’ adalah orang yang telah tinggal atau meninggal dunia selepas ulang tahun ke-110 mereka.

Guinness World Book of Records juga mengiktiraf Violet Brown sebagai supercentenarian pertama dari Jamaica dan yang tertua dari pulau Caribbean.

Beliau dilahirkan pada 10 Mac 1900 di Duanvale, Trelawny, tidak jauh dari tempat kelahiran pemegang rekod dunia acara olahraga iaitu pelari legenda Usain Bolt.

Pada 1900an Jamaica di bawah jajahan Empayar British sekaligus menjadikan Violet Brown dari bekas jajahan takluk terakhir Queen Victoria yang masih hidup. Queen Victoria meninggal dunia pada Januari 1901.

Violet Brown bekerja sebagai petani tebu kemudian membantu suaminya menjadi penjaga rekod tanah perkuburan.

Dalam temu bual dengan Jamaica Observer, Violet Brown yang masih tinggal di rumah sama tempat dia dilahirkan berkata, “Saya masih hidup dengan rahmat Tuhan dan saya bangga dengan umur saya.”

Anak Violet Brown, Harold Fairweather turut berkongsi beberapa makanan kegemaran ibunya dengan akhbar itu semasa sesi temu ramah.

“Dia suka makan ikan dan daging kambing, kadang-kadang gemar memakan kaki lembu. Tetapi dia tidak suka makan ayam dan daging babi,” katanya.

Selain itu, Violet Brown suka makan ubi keledek, kentang Ireland, sukun dan buah-buahan terutama oren dan mangga.

Fairweather, 96, dipercayai menjadi orang tertua mempunyai ibu dan bapa yang masih hidup.

Wanita terakhir abad ke-19 meninggal dunia

Emma Morano

Emma Morano, wanita warga Itali yang dipercayai paling tua dan terakhir hidup sejak abad ke-19 meninggal dunia pada usia 117 tahun, 15/4/2017 lalu.

Media Itali melaporkan Morano dilahirkan pada 29 November 1899 meninggal dunia di kediamannya di Verbania, bahagian utara Itali.

"Beliau memiliki satu kehidupan yang cukup luar biasa dan kekuatannya akan dijadikan semangat untuk kita meneruskan hidup pada masa akan datang," Datuk Bandar Verbania dipetik sebagai berkata.

BACA INI JUGA:

sumber: SH | bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon