Thursday, April 20, 2017

'18888888888' Berharga RM75.7 Juta, Nombor Telefon Paling Mahal Di Dunia!


Di China, nombor 18888888888 berjaya dilelong pada harga 120 juta yuan (RM75.7 juta) sekaligus memecah rekod dunia sebagai nombor telefon paling mahal. Harga itu tidak termasuk telefon, masa panggilan atau caj data.

18888888888

Dalam bahasa Mandarin, sebutan angka lapan berbunyi seperti kemakmuran dan disifatkan sebagai nombor bertuah.

Nombor telefon itu kemudiannya didaftarkan di bawah sebuah syarikat China, Shantou, namun masih tidak diketahui siapa pemilik nombor berkenaan.

Pengguna telefon di negara itu sanggup membayar lebih untuk nombor telefon dengan angka berulang, nombor yang memiliki makna tertentu (misalnya tarikh lahir) atau nombor yang memaparkan angka enam atau lapan.

Bagi penduduk negara itu, nombor enam dan lapan dianggap bertuah.

Nombor telefon bertuah boleh mencecah harga puluhan ribu dolar di China namun nombor 18888888888 direkodkan sebagai nombor paling mahal pernah dilelong.

Hasil lelongan itu akan didermakan kepada badan kebajikan.

BACA INI JUGA: D5 Plat Kereta Paling Mahal Di Dunia Berharga RM37 Juta!

sumber: aa

3 comments

  1. kalau hasilnya didermakan kita bagus juga tu...

    ramai yang mendapat manfaat..

    ReplyDelete
  2. Demi number yang rare.. Ada yang sanggup beli.

    Begitu hebatnya keupayaan dan kepercayaan manusia terhadap nombor sampai sanggup keluarkan duit berjuta-juta

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon