Thursday, March 30, 2017

10 Detik Perkembangan Awal Anak Anda Tidak Patut Terlepas Kerana Ia Tidak Akan Berulang Lagi!


Kalau anda sedang menghitung hari menanti kelahiran anak atau baru sahaja melahirkan bayi, lebih baik jangan lepaskan peluang menyaksikan tumbesaran mereka yang sangat pantas.

Anak

Waktu paling kemuncak bayi anda menunjukkan perkembangannya membesar adalah pada 12 bulan pertama kehidupannya. Jika boleh rakam setiap momen perkembangannya dalam bentuk gambar atau video sebagai kenangan dan rujukan di masa hadapan.

1. Meniarap (3-4 bulan)

Ketika mencapai usia tiga hingga empat bulan, ketika otot lehernya semakin kuat ia dapat berbaring terlentang dengan memandang lurus ke depan.

Lengan dan kakinya juga lebih bebas bergerak seiring dengan kemampuannya menggerak-gerakkan kepala.

Ia juga mulai berlatih berguling dan mengangkat kepalanya dalam posisi meniarap.

2. Mengangkat kepala (4 bulan)

Pada umurnya empat bulan, bayi boleh mengangkat kepalanya lebih tinggi sehingga 90 darjah dalam posisi meniarap.

Kemampuan mengangkat kepalanya ini membantu melatih ketajaman penglihatannya. Bayi juga mula mengangkat kepalanya untuk mencari ibunya bila mendengar suara anda.

3. Memberi respons dan bersuara (4-5 bulan)

Suara yang dikeluarkannya adalah respons untuk mengungkapkan perasaannya atau berkomunikasi dengan orang yang berada di sekelilingnya. Masa berceloteh ini memang sangat dinikmati si kecil.

4. Memegang menggunakan dua tangan (7-8 bulan)

Pada usia tujuh hingga lapan bulan pula, kekuatan jari-jemari si kecil meningkat. Ia akan menggunakan tangan yang berbeza untuk tujuan berbeza.

Satu tangan digunakan untuk bereksplorasi, sementara tangan lain untuk memegang.

5. Duduk (7-8 bulan)

Kemuncak perkembangan yang mengagumkan daripada seorang bayi adalah ketika ia boleh duduk sendiri.

Ketika di usia tujuh hingga lapan bulan ia menguasai kepandaian baru iaitu dapat duduk sendiri daripada meniarap kemudian bangun sendiri dengan bantuan tangannya.

Dengan kemampuan duduk ini, ia dapat meraih benda yang diinginkannya.

6. Merangkak (7-8 bulan)

Kepandaian merangkak ini adalah juga salah satu cara menguatkan otot-otot yang akan membantunya belajar berjalan.

Rata-rata anak belajar merangkak saat ia mula dapat duduk tanpa bantuan pada usia tujuh hingga lapan bulan.

7. Makan sendiri (6-9 bulan)

Makan sendiri biasanya bermula sejak usia anak enam bulan iaitu ketika si kecil sudah boleh menggunakan tangan dan jari-jarinya dengan baik dan koordinasi mata serta tangannya yang juga semakin baik.

Si kecil dapat meraih benda yang jaraknya sekitar 25 cm dengan kedua tangannya kemudian memindahkan benda dari tangan ke tangan lain.

Bayi juga suka memasukkan barang ke dalam ke mulut dan dapat memegang dengan ibu jari serta telunjuk untuk mengambil makanan.

8. Kenal ahli keluarga & takut pada orang tak dikenali (9-12 bulan)

Saat si kecil sudah mengenali anggota keluarga adalah sekitar usia enam bulan. Pada usia ini bayi sudah mulai dapat membezakan wajah orang yang sentiasa berada dalam kehidupannya.

Pada usia sembilan bulan dan ke atas dia mula mengenali wajah orang-orang yang asing baginya.

Tidak hairanlah, si kecil yang ceria boleh tiba-tiba menangis bila ditinggalkan sendirian bersama orang lain yang tak dikenalinya.

9. Berjalan (12-13 bulan)

Di usia lapan hingga sembilan bulan bayi sudah boleh mengangkat tubuhnya ke posisi berdiri.

Biasanya si kecil akan memegang kedua tangannya pada meja, kerusi atau perabot rumah atau apa sahaja yang boleh menahan berat badannya.

Di usia ini kepandaian anak dalam belajar berjalan semakin baik. Jika anda memegang kedua tangannya ia akan menapak dan mula melangkah.

Lama-lama otot-otot kakinya semakin terlatih dan kuat. Si kecil juga akan bersemangat mencuba kemampuannya berjalan.

Di usia 11 bulan, ia sudah mampu berdiri sendiri dalam waktu sekitar dua saat tanpa bantuan apa pun kerana dia sudah pandai menjaga keseimbangan badan. Anak akan mula mencuba untuk melangkah sendiri dua tiga langkah.

Pada usia 12 bulan, si kecil anda biasanya sudah boleh berjalan walaupun ada ketikanya masih terhuyung hayang.

10. Bercakap (18-24 bulan)

Kebanyakan bayi lancar bercakap di usia dua tahun. Sebelum kata-kata pertama keluar dari mulutnya, dia belajar peraturan berbahasa dan melihat bagaimana orang dewasa berkomunikasi.

Ia mengawalnya dengan menggunakan lidah, mulut, langit-langit dan gigi untuk membuat suara.

Sejak itu, setiap waktu anak mengutip kata-kata yang didengarnya baik daripada ibu atau orang-orang di sekeliling.

Kira-kira usia 18-20 bulan, si kecil mempelajari 10 suku kata dalam sehari. Dari situlah ia mula belajar membentuk perkataan.

Di usia dua tahun, ia dapat membentuk dua hingga suku kata menjadi satu ayat lengkap. Ia dapat menggambarkan apa yang dilihat, didengar, dirasakan, difikirkan dan diinginkannya dalam satu ayat.

Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk memerhatikan perkembangan si kecil kerana ia sama sekali tidak akan berulang.

BACA INI JUGA: Kanak-kanak Kurang Vitamin D Rendah IQ

sumber: MP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon