Nov 14, 2016

Caj Hospital Kerajaan Naik 50% Bermula Disember 2016

Kementerian Kesihatan dijangka menaikkan caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan di negara Malaysia sehingga 50 peratus mulai 1 Disember 2016 ini.

Caj+Hospital+Naik

Kenaikan caj rawatan di hospital kerajaan tersebut didakwa melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2.

Kenaikan itu juga dikatakan melibatkan semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri.

Namun begitu bagi pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama.

Difahamkan, taklimat berhubung kenaikan caj perubatan di hospital-hospital kerajaan sedang berlangsung secara berpe­ringkat melibatkan semua zon di seluruh negara sejak Oktober lalu.

Selepas itu, berkuat kuasa 1 Disember ini atau selewat-lewatnya awal Januari 2017, semua caj rawatan di hospital kerajaan akan dinaikkan 50 peratus.

Dianggarkan sebanyak 75 pe­ratus daripada 31 juta penduduk negara ini memilih hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan berbanding hanya 25 peratus yang memilih hospital swasta.

Barang Naik

Ketika ini Malaysia mempunyai 143 buah hospital kerajaan de­ngan 41,389 buah katil manakala 183 buah hospital swasta dengan 12,000 katil.

Satu sumber di Kementerian Kesihatan memberitahu, antara alasan utama kenaikan tersebut dise­babkan caj rawatan di hospital kerajaan didakwa tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1982.

Dalam kenyataan media KKM menyatakan, caj yang dikenakan kepada pesakit luar masih RM1.00 di Jabatan Pesakit Luar Am dan RM5.00 di Jabatan Pesakit Luar Pakar yang merangkumi pendaftaran, perundingan, ubat-ubatan dan segala siasatan.

Kenaikan tersebut didakwa dibuat ekoran caj rawatan di hospital-hospital kerajaan masih rendah jika dibanding dengan negara-negara ASEAN lain.

BACA INI JUGA: Hebatnya Tun Mahathir Kerana Tak Usik Perut Rakyat

Sumber: Kosmo

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon