Thursday, October 20, 2016

Selain Dicampak Ular, Murid Dakwa Dibawa Ke Tanah Perkuburan


Selain menggunakan ular dalam program bina diri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) didakwa turut membawa peserta program ke kawasan perkuburan.

Dicampak+Ular

Seorang murid perempuan Sekolah Kebangsaan Beluru mendakwa, mereka telah dibawa ke sebuah tanah perkuburan pada pukul 2 pagi pada hari motivasi itu dalam keadaan yang menakutkan.

Murid tahun enam itu menjelaskan selepas insiden itu, dia trauma dan tidak mahu lagi mengikuti mana-mana program motivasi anjuran APM.

"Pukul dua pagi mereka (jurulatih APM) kejut lepas tu kawat kaki, lepas tu mereka bawa pergi jalan dekat kubur.

"Jurulatih kata kalau kubur orang Kristian duduk sebelah gambar kalau kubur orang Melayu kena pegang batu nisan.

"Saya terlalu takut lepas tu menangis, saya macam trauma sebab lepas balik tu saya menangis teringat semua benda yang jadi kat program APM," kata murid itu yang enggan didedahkan identitinya.

Sementara bapa murid itu kesal dengan tindakan pihak APM kerana menyebabkan anaknya trauma selepas insiden mencampak ular ke dalam kolam dan di bawa ke kawasan tanah perkuburan semasa program motivasi bina diri itu.

Motivasi_Kubur

"Saya rasa tak wajar lah meletakkan ular sebab anak saya balik dari kem tu dia jadi macam trauma sehingga kami terpaksa buat rawatan cara kampung.

"Jadi saya rasa tak wajarlah benda-benda tu semua, dia rasa terkilan sikitlah sebab terjadi macam ni.

"Sepatutnya mereka tak boleh buat macam ni, masukkan ke ular ke bawa ke kubur pukul dua pagi.

"Rasa terkilan sikit cara cara dia orang menguruskan program ni," kata bapa murid tersebut.

Sebelum ini viral video insiden anggota APM mencampakkan ular ke dalam kolam sewaktu kem bina diri yang disertai 45 murid sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar.

Susulan kejadian itu pihak APM menegaskan berlaku secara spontan dan diluar pengetahuan pihaknya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Datuk Selamat Dahalan berkata, penggunaan ular juga bukan sebahagian daripada modul latihan pasukan itu malah sebarang modul yang disediakan tidak melibatkan penggunan haiwan.

BACA INI JUGA: Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya

Sumber: AA

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon