Monday, October 24, 2016

Janet Jackson Bertudung Selepas Hamil


Janet Jackson yang kini hamil anak pertamanya hasil perkahwinan dengan bilionaire Qatar, Wissam Al Manna buat pertama kali muncul di tempat awam di London dengan imej memakai tudung.

Janet Jackson

Janet yang kelihatan ceria dilihat bersiar-siar sambil memegang tangan Wissam dengan pakaian serba hitam.

Tiada lagi pakaian menjolok mata sebaliknya Janet kelihatan santai dengan kepala memakai purdah dengan anak tudung dan hud daripada pakaian yang seakan-akan pakaian tradisi Mexico, poncho dan berseluar besar serta memakai stokin dan kasut.

Janet yang akan menjadi ibu buat pertama kali kelihatan mengusap perutnya serta jalan berpegangan tangan bersama suaminya itu.

Pasangan itu juga dilihat memasuki butik pakaian bayi dan kemudian makan tengah hari di sebuah restoran makanan sihat.

Di dalam gambar tersebut, pasangan tersebut kelihatan tenang dan gembira ketika membeli-belah di London awal minggu ini.

Al-Manna dikatakan menjadi sokongan terbesar buat Janet apabila dia diberitahu mengenai kehamilannya.

Menurut laporan portal Mirror, Janet, 50, difahamkan telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan Wissam, 41, pada 2012.

Penyanyi itu pada awalnya enggan mengesahkan khabar angin pada April lalu tentang kehamilannya berikutan keputusan menangguhkan konsert jelajah.

Dia yang kini menjalani kehidupan yang lebih peribadi memberitahu peminatnya bahawa dia dan suami sedang me­rancang kehidupan berkeluarga.

Namun baru-baru ini Janet mengesahkan hamil anak pertama dan Wissam sentiasa memberi sokongan sepanjang kehamilan itu.

Janet Jackson

Pasangan berkenaan dikatakan bertemu buat pertama kalinya pada 2010 namun merahsiakan hubungan itu sehingga berita perkahwinan mereka tersebar setahun selepas disatukan.

Janet Jackson mempunyai rekod jualan lebih dari 100 juta album sebelum ini serta dianggap sebagai salah seorang artis solo wanita paling berjaya sepanjang zaman.

Janet Jackson juga pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum bertemu dengan suaminya kini.

Sebelum ini terdapat banyak spekulasi mengenai berita kehamilannya pada April lalu apabila dia menangguhkan konsert jelajahnya.

Namun, Janet bertindak mendiamkan dirinya sehinggalah awal bulan ini.

Kedua-duanya mempu­nyai minat yang sama iaitu suka melan­cong namun mereka me­netap di Doha, Qatar.

BACA INI JUGA: 10 Lagu Terbaik Karya Michael Jackson!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon