Tuesday, October 18, 2016

Jakim Nafi Keluar Kenyataan Auntie Anne’s Tidak Halal


Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu halal Kiosk Auntie Anne’s di laman Facebook rasmi mereka.

Auntie Anne’s Halal

Jakim menerusi Unit Hal Ehwal Korporat, Bahagian Hab Halal menjelaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyatakan Auntie Anne’s tidak halal seperti yang diwar-warkan di media sosial baru-baru ini.

Jakim walau bagaimanapun menjelaskan, sehingga ke hari ini belum ada lagi outlet Auntie Anne’s yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia walaupun syarikat itu pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkannya sebelum ini.

“Untuk makluman pengguna, sehingga ke hari ini, belum ada lagi outlet Auntie Anne’s yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Pihak syarikat pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia sebelum ini namun ianya tidak dapat diproses atas beberapa isu teknikal seperti dokumen sokongan bahan ramuan.

Auntie Anne’s

Auntie Anne’s
“Namun, selepas beberapa penambaikan dilakukan, kini status produk makanan Auntie Anne’s adalah dalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan telah memasuki fasa proses audit halal bagi Central Kitchen (Dapur Berpusat).

“Oleh itu, perlu ditegaskan di sini bahawa dakwaan kononnya Jakim mengesahkan produk makanan Auntie Anne’s TIDAK HALAL adalah tidak benar sama sekali,” jelas Jakim lagi.

Jakim turut menasihatkan sekiranya mempunyai keraguan mengenai mana-mana premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, pengguna boleh terus melayari direktori halal di www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN 3 S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara Mengenali Logo Halal Yang Sah!

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon