Sunday, October 09, 2016

Gordon University Tidak Wujud, University of Hertfordshire Pula Nafi Gelaran 'Dr' Azizan Osman!


Kontroversi yang melanda pakar motivasi dan penceramah terkenal, Dr Azizan Osman, nampaknya masih belum berakhir.

University of Hertfordshire

Selepas kenyataan balas yang dikeluarkan Kumpulan Syarikat Richworks, pengguna laman sosial menggunakan semua pengetahuan teknologi yang mereka miliki untuk membuat 'siasatan' terhadap kebenaran kenyataan tersebut.

Perkara pertama yang menarik perhatian mereka adalah status Gordon University, Bradenton, Florida, di mana Azizan dikatakan lulus dengan ijazah Doktor Sains (Metafizik).

Carian menemui laman web universiti itu, bagaimanapun tiada alamat diberikan.

Logo universiti berkenaan juga sama dengan sebuah lagi universiti, Harris University.

Harris University terletak di 1903 60th Place E. #M5311, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat.

Carian di Google Map menggunakan alamat itu pula menunjukkan lokasi gudang sebuah syarikat.

Gordon University

Netizen juga mempersoalkan kenapa alamat domain Gordon University berakhir dengan "edu.us". Ini kerana, kesemua domain universiti di Amerika Syarikat berakhir dengan "edu" sahaja.

Gordon University

Pencarian netizen di Google, menggunakan nama Gordon University, menjumpai satu lagi institusi pendidikan di Amerika Syarikat yang menggunakan nama tersebut, tetapi dikenali dengan nama Gordon College.

Gordon College, bagaimanapun, terletak di Wenham, Massachusetts.

Isu ini lebih panas selepas tersebarnya sekeping surat yang didakwa dari University of Hertfordshire, menafikan Azizan bakal dianugerahkan Doktor Falsafah dalam konvokesyen mereka yang akan datang.

Seorang pengguna Twitter kemudiannya re-tweet surat berkenaan ke akaun Twitter universiti tersebut, dan pihak universiti mengesahkan bahawa surat itu sememangnya dari pihak mereka.

University of Hertfordshire

Namun tidak dapat disahkan jika akaun Twitter @uniofherts adalah akaun Twitter rasmi universiti berkenaan.

Sebelum ini, Universiti Malaya menafikan ada menganugerahkan ijazah kehormat kepada Azizan.

Richworks kemudian membuat kenyataan bahawa pihak mereka diperdaya oleh pihak tertentu yang tidak mewakili universiti itu.

Kenyataan itu juga menyebut Azizan memiliki ijazah Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat yang diperoleh pada tahun 2009.

Dia juga dijangka menamatkan pelajaran dan memenuhi semua syarat untuk dianugerahkan Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom.

Usaha untuk mendapatkan maklum balas secara langsung daripada Azizan dan Richworks setakat ini juga tidak berjaya.

BACA INI JUGA: Kenapa Ramai Sanggup Menipu Untuk Mendapatkan Gelaran 'Doktor'?

Sumber: Astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon