Friday, October 07, 2016

5 Kesan Taufan Chaba Yang Mengganas Di Busan Anda Mungkin Tak Tahu


Dunia dikejutkan dengan bencana alam dahsyat yang berlaku Busan, di Korea Selatan. Kita mungkin tahu nama bandar tersebut dari filem popular dari Korea bertajuk ‘Train To Busan’ tapi bencana yang terjadi amat menakutkan.

#PrayForBusan

Berpuluh video telah dimuat naik di laman sosial media seperti Facebook dan Twitter. Boleh dikatakan bencana alam itu antara salah satu kejadian yang paling teruk pernah terjadi dalam dunia.

Taufan Chaba turut menyebabkan ombak tsunami yang membadai bangunan-bangunan apartmen tepi pantai di Busan.

Bagaimana dan apa sebabnya tsunami tu berlaku? Berapa orang yang mengalami kemalangan jiwa akibat dari kejadian ni?

Tsunami berlaku akibat Taufan Chaba

Taufan Chaba

Menurut laporan media antarabangsa, tsunami ganas itu berlaku disebabkan oleh taufan Chaba. Kejadian itu telah menyebabkan kawasan Busan dan Jeju mengalami banjir yang amat teruk.

Kenderaan seperti kereta dilaporkan telah mengalami kerosakan dan tenggelam akibat Tsunami teruk itu.

Dilaporkan kira-kira 3 hingga 5 kematian

Taufan Chaba

The Korea Herald melaporkan bahawa seorang mangsa mati akibat ditimpa kren, manakala seorang wanita berumur 90 tahun jatuh dari tingkat 2 oleh kerana angin yang sangat kuat.

Reuters melaporkan bahawa sebanyak 5 orang mati akibat kejadian itu. Walaubagaimanapun berita dan jumlah sebenar kematian itu tidak dapat disahkan lagi.

Banyak jadual penerbangan dibatalkan

Taufan Chiba

Penerbangan dari dan ke Busan dibatalkan buat sementara waktu. Sebanyak 80 kapal terbang berhampiran Gimhae Airport juga dibatalkan. Jika ingin pergi ke tempat lain, mereka disarankan untuk menggunakan keretapi di Seoul.

2,500 sekolah terpaksa ditutup

Taufan Chaba

Serangan taufan Chaba itu menyebabkan banyak sekolah ditutup. Selain itu, puluhan ribu rumah di sepanjang pantai selatan negara Korea terpaksa bergelap.

Bakal melanda pulau utama Jepun

Taufan Chiba

Agensi Meteorologi Jepun telah pun mengeluarkan amaran ribut berkelajuan 180 kilometer sejam serta hujan lebat disebabkan oleh taufan Chaba akan menuju ke arah sebahagian besar barat Jepun.

Taufan Chaba itu juga dilaporkan menuju ke arah utara-timur laut dekat pulau-pulau kecil Tsushima berdekatan pulau selatan Jepun, Kyushu, dengan angin sekencang 180 kilometer sejam.

Menurut agengsi cuaca Jepun pula, taufan Chaba bakal melanda pulau utama Jepun, Honshu sebelum menuju ke Pasifik.

Walau bagaimanpun taufan itu dijangka semakin lemah menjadi ribut tropika.

#PrayForBusan

BACA INI JUGA:

Sumber: Ohbulan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon