Wednesday, September 28, 2016

Polis Kenal Pasti Suspek Penyebar Video Nadia!


Berikutan kes belasah seorang wanita dalam keadaan tanpa pakaian yang menjadi viral di media sosial, polis kini memburu suspek yang bertanggungjawab menyebarkan video bagi membantu siasatan.

Video Nadia

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata suspek akan ditahan dalam waktu terdekat.

Katanya, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

“Kita sedang menjejakinya. Sehingga kini, kita sudah merekodkan enam keterangan dan sedang mengumpul bukti secara dokumentasi termasuk mengenal pasti video asal itu diambil daripada telefon bimbit mana dan siapa yang bertanggungjawab menyebarkannya.

“Kertas siasatan berhubung kes berkenaan juga sudah dibuka dengan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mendatangkan cedera dan Seksyen 506 KK kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya yang dipetik portal Harian Metro.

Tambah Noor Rashid, beliau turut mengingatkan kepada orang ramai agar menghentikan penyebaran video viral berkenaan.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 3 minit 27 saat memaparkan seorang wanita dipukul dalam keadaan bogel menggunakan dua botol kaca minuman di sebuah hotel menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang mengecam perbuatan mereka yang berada dalam video itu.

Rakaman tersebut dipercayai disebarkan oleh seorang wanita warga Thailand yang dipercayai diupah oleh suspek.

Bagaimanapun, mangsa yang hanya dikenali sebagai Fatin, 26, menerima lapan jahitan akibat daripada serangan suspek yang memukulnya berkali-kali di bahagian kepala.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami Nadia lapor Mynewshub.

Ibu rayu henti sebar video

Video Nadia

Keluarga wanita yang dipukul dalam keadaan berbogel mohon penyebaran video dihentikan segera.

Ibunya yang berusia 49 tahun merayu semua pihak berbuat demikian kerana sudah tidak sanggup lagi melihat keaiban anaknya di jaja dan terus menjadi tatapan umum.

“Cukup-cukuplah. Saya dah tak sanggup (nak tanggung) lagi dah. Tak sanggup tengok gambar anak saya dalam keadaan (bogel) sedemikian.

“Ini maruah anak saya, maruah keluarga kami. Tolonglah kesian pada anak saya dan kami sekeluarga. Dia tidak bersalah, tolonglah padam,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

Beliau berkata, dia juga sudah tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan kawan-kawan mengajukan soalan dan menunjukkan rakaman berkenaan kepadanya.

“Dia anak saya, dia anak yang tidak ada masalah. Cukuplah tu sebab sekarang dia dalam keadaan ketakutan, kurang bercakap dan tidak dapat makan kerana trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Wanita berkenaan turut menggesa pihak polis supaya tindakan tegas diambil kepada pelaku yang berbuat demikian terhadap anaknya.

“Sejak kejadian itu, kami sekeluarga masih tidak dapat bertenang dan ada sahaja ugutan seolah-olah pihak yang menyerang itu masih tidak berpuas hati dengan perkara yang sudah dilakukan kepada anak saya.

“Jadi, saya mohon pihak polis supaya tangkap mereka semua dan tidak ganggu anak saya lagi,” katanya lapor SH.

BACA INI JUGA: Takut Video Disebar, Terpaksa Layan Nafsu Mat Bangla!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon