Thursday, September 29, 2016

Nur Shakinah Naim Dilaporkan Selamat Selepas Hilang Di Perancis!


Pelajar Malaysia Nur Shakinah Naim @ Nor Sakinah, dilaporkan selamat dan pulang ke rumah kediamannya di Paris, tengah hari tadi selepas tidak dapat dihubungi sejak Jumaat lalu.

Nur Shakinah Naim @ Nor Sakinah

Ibunya, Nor Halizah Ahmad, 43, berkata khabar gembira tersebut disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang datang ke rumahnya.

Menurut laporan sebuah portal BERNAMA, Nur Shakinah Naim @ Nor Sakinah disahkan selamat selepas pulang ke rumah sewanya di Rouen, Perancis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani.

Kehilangan Nur Shakinah Naim @ Nor Sakinah, pelajar Institute University of Technologi (IUT) Roanne di Paris, disedari rakan serumahnya selepas telefon bimbit gadis berusia 19 tahun itu berdering tanpa henti dan tidak dijawab.

Nur Shakinah Naim @ Nor Sakinah dilaporkan keluar dari rumahnya sehelai sepinggang, selepas bapanya menerima panggilan dari Kedutaan Malaysia di Perancis Isnin lepas.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Nur Halizah berkata ibu angkat Nur Shakinah, Fairus Kholib,50 an, turut datang ke rumah dan memberitahu bahawa rakan sebilik Nur Shakinah ada menelefonnya dan memberitahu Nur Shakinah telah pulang.

"Tiada sebarang kecederaan padanya, anak saya dikatakan berada di balai polis untuk urusan seterusnya," katanya dan menambah, beliau masih tidak mengetahui ke mana anaknya menghilangkan diri kerana masih terlalu awal.

Nur Halizah juga memberitahu, masih belum ada panggilan rasmi daripada Kedutaan Besar Malaysia di Perancis berhubung khabar gembira itu.

Tepat 5.39 petang, Nur Halizah menerima satu panggilan singkat daripada anak keduanya itu.

"Saya dengar suara dia sebak. Saya tidak bertanya lanjut ke mana dia menghilang. Saya tahu dia perlukan masa. Saya cuma mahu dengar suara dia dan tahu dia betul-betul selamat," katanya sebak.

Sejurus selepas berita itu tersebar, rumah keluarga itu tidak putus-putus dikunjungi keluarga, sahabat handai, saudara mara dan bekas guru Nur Shakinah, pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu yang mendapat 10A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2014.

Ditanya mengenai laporan media yang mengatakan bahawa mungkin Nur Shakinah tertekan belajar di Perancis dan pergi menenangkan diri buat sementara, katanya agak sukar untuk dipercayai kerana anaknya tidak menunjukkan yang dia tertekan.

Kali terakhir Nur Shakinah balik ke Malaysia pada Aidilfitri yang lalu, kata Nur Halizah.

"Malah dia kelihatan gembira, dia juga beli alat tulis berjumlah RM200 kerana katanya barangan tersebut agak mahal di sana," katanya.

Naim pula berkata mereka akan meneruskan rancangan untuk ke Perancis Sabtu ini untuk berjumpa sendiri dengan Nur Shakinah.

Tiket penerbangan mereka ditanggung sepenuhnya oleh UMNO Sungai Petani.

Beliau berkata, mereka berhasrat membawa Nur Shakinah menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan di tanah air memandangkan mereka cukup risau dengan apa yang berlaku.

"Bagaimanapun, kami akan bertanya pendapat dia terlebih dahulu," kata Naim dan menambah, kenduri kesyukuran akan diadakan sekembalinya ke tanah air.

Naim berkata beliau sememangnya yakin anaknya akan selamat dan tidak melakukan sesuatu di luar kawalan kerana Nur Shakinah menunjukkan minat yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke Perancis.

"Beliau pernah tolak tawaran dalam bidang perguruan semata-mata ingin ke Perancis," katanya.

Ditanya bagaimana beliau dan isterinya cukup tenang sepanjang menghadapi situasi kehilangan Nur Shakinah, beliau hanya menjawab, 'reda'.

"Akhirnya, kami boleh tidur dengan aman malam ini," katanya.

Nur Halizah dan Naim turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat berusaha mencari anaknya, dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan Nur Shakinah. -BERNAMA

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon