Sep 2, 2016

Gempar Video Penampakan UFO Berlegar Di Kuala Krai?!

Polis menafikan kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai sepertimana diviralkan menerusi media sosial.

UFO Kuala Krai

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian tersebut.

"Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya," kata beliau ketika dihubungi.

Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dengan meletakkan perkataan "BERNAMA".

Berita yang diviralkan itu menyebut: "Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai UFO berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.

Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek tersebut hilang meninggalkan kawasan tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku.

Muat turun video (Mediafire) atau tonton dibawah dan Youtube.

(Kemaskini)

‘Tempat itu tidak wujud’

Sihabidin Yusof UFO

Sementara itu, penduduk setempat mendakwa tidak pernah mendengar nama Pusat Cembong Batu Nang yang didakwa menjadi tempat UFO berlegar, sebaliknya hanya diketahui setelah isu itu viral di laman sosial.

Sihabidin Yusof, 62, dari Bukit Sireh berkata, dia kali pertama mendengar nama lokasi tersebut sepanjang 32 tahun menetap di Kuala Krai.

Menurutnya, dia sendiri tertanya-tanya mengenai lokasi tersebut sebaik berita UFO viral di laman sosial.

“Saya tidak pernah dengar nama Cembong Batu Nang. Rasanya tempat itu tidak wujud dan tidak mustahil video tersebut telah diedit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning memaklumkan tidak menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, nama lokasi tersebut juga tidak wujud.

Dalam video itu turut terdengar percakapan individu dalam loghat Terengganu.

BACA INI JUGA:

video

Sumber: Bernama | SH | Sentiasapanas

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon