Wednesday, September 28, 2016

Gambar Berhijab Noor Tagouri Dalam Majalah Playboy Terima Cemuhan!


Majalah golongan dewasa Playboy yang dahulunya terkenal dengan pornografi ringan dan ikon arnab atau 'bunnies', kini memaparkan seorang wanita Muslim yang berhijab dalam hebahannya yang meraih lebih banyak kritikan dari pujian.

Noor Tagouri

Gambar Noor Tagouri, seorang wartawan dari Amerika Syarikat (AS) yang bekerja di Newsy, sebuah rangkaian berita video dipaparkan dalam edisi “Renegades” bagi bulan Oktober.

Edisi itu antara lain memberi fokus kepada golongan wanita dan lelaki “yang mengambil risiko dalam hidup untuk melakukan apa yang mereka cintai".

Dia yang berketurunan Libya mempunyai matlamat untuk menjadi penyampai berita berhijab yang pertama di stesen television AS juga berkata, perjuangan beliau membesar sebagai wanita Islam di AS telah membantunya maju dalam kerjaya.

“Saya tahu apa rasanya apabila kita disalah erti melalui media. Saya tidak akan lakukan itu (bergambar bogel). Saya ingin berkongsi cerita dengan anda kerana ia penting dan layak menerima keadilan.”

Kemunculan beliau dalam Playboy telah menimbulkan banyak reaksi kurang senang terhadap wanita muda ini.

“Playboy adalah sangat sinonim dengan pornografi,” jelas sebuah artikel dalam The Muslim Vibe.

Noor Tagouri

Seorang blogger, Nishaat Ismail juga mempersoalkan tindakan Noor yang membidas mengenai kerjasamanya bersama institusi yang dikatakan “menggunakan wanita sebagai objek”.

“Adakah suara wanita terutamanya wanita Islam tenggelam di bawah laungan mereka yang dikatakan bercakap bagi pihak kita sehingga satu-satunya peluang yang ada untuk kita adalah dengan melibatkan diri dengan Playboy, sebuah majalah yang wujud sejak 63 tahun lepas hanya untuk para lelaki menatap tubuh wanita separuh bogel?” tulis Nishaat.

“Inikah cara kita menebus kembali suara kita?” persoal Nishaat lagi dalam catatan kolum miliknya.

Majalah Playboy telah mengubah strateginya sejak awal tahun ini, dan tidak lagi menampilkan gambar bogel. Ia bagi memikat pasaran pembaca yang lebih besar.

BACA INI JUGA:

Sumber: Astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon