Aug 7, 2016

Cerpen: Awak Lagi!

Rambang mata Arelia memilih semua baju di hadapannya. All of them are gorgeous. Ini baru sahaja kedai pertama yang dimasukinya. Belum lagi kedai-kedai yang lain.

cinta remaja
Gambar hiasan.

Namun apabila memikirkan bajet yang telah pun diperuntukkannya untuk bulan ini, dia terpaksa melihat sahaja baju-baju itu.

Ya. Dia hanya perlu mencari a suitable dress for a formal night event.

Matanya melilau ke segenap penjuru kafe itu. Cuba memerhati setiap kelibat manusia yang ada. Ingin mencari kawan baiknya, Wani yang telah berjanji untuk bertemu di kafe itu.

Dan matanya terhenti di sebuah meja yang terletak di penjuru bahagian kanan. Langkah kakinya dipercepat menuju ke meja tersebut.

“I’m so sorry, Wani. Kau dah lama tunggu ke?” tanya Arelia usai melabuhkan duduk di kerusi. Ditatap wajah Wani yang jelas kelat dan masam. Confirm dia mengamuk ni.

“Eh tak apa, Lia. Tak lama pun. Baru dua jam lebih,” Wani menyindir Arelia.

Mereka telah berjanji untuk berjumpa pada pukul 2 petang tapi sekarang sudah pukul 4 lebih. Very punctual!

Arelia senyum senget mendengar sindiran Wani. Dia tahu dia telah lambat. Dia tidak sengaja untuk berbuat seperti itu tapi sedar-sedar aje dah pukul 3.45 apabila dia akhirnya menjumpai baju yang dikehendakinya.

“Alah, kau jangan la marah. Aku tahu kau dah tunggu lama. Aku minta maaf ya.

"Jangan la marah lagi… Please… Please… Please…” kata Lia dengan mata yang dikelip-kelipkan seolah-olah dia insan yang paling comel di dunia. Mengada-ada aje lebih.

Wani tersenyum melihat aksi comel Arelia yang sebenarnya tidak comel pun. Dia mengambil gelas orange juice yang dipesannya untuk kali kedua lalu menyedut minuman itu.

Kalau lebih lama lagi, entah-entah sampai tiga gelas diminumnya.

“Okey. Aku maafkan. Tak payah nak tunjuk gwiyomi kau tu. Tak kuasa aku nak tengok.”

“Yeah! Wani tak marah. Wani tak marah,” Arelia berkelakuan seperti kanak-kanak pula.

“Kenapa kau lambat Lia? Kau berborak lama sangat ke dengan mak cik tu?”

“Tak. Sekejap aje. Berbual-bual then terus bagi bungkusan tu.”

Arelia baru sahaja menemui seorang rakan ibunya untuk menyampaikan sebuah bungkusan yang penuh dengan balang berisi kuih-muih tradisional.

Arelia disuruh untuk memberikan kiriman itu kepada rakan lama ibunya yang tinggal di KL.

Tidak sampai setengah jam dia berada di rumah Mak Cik Salmah.

Tapi yang telah memakan masanya adalah aktiviti wajib bagi seorang wanita, iaitu shopping.

Lebih dari tujuh kedai dimasukinya. Dia tidak ingin membeli secara online seperti kebiasaannya kerana dia ingin betul-betul memastikan baju yang dipilihnya adalah pilihan yang terbaik. Baju itu sangat istimewa.

“Aku lama sebab aku cari baju untuk event tu.”

“So, kau dah jumpa?” soal Wani.

“Dah. Ini dia,” Arelia memberikan shopping bag kepada Wani.

“Cantik. Pandai kau pilih. Aku belum beli lagi,” tutur Wani.

Apabila dia terlihat tag harga baju itu, matanya terbeliak. Tidak percaya dengan harga beratus-ratus ringgit yang dilihatnya.

“Lia! Mahalnya baju ni. Kenapa kau beli baju macam ni? Tak membazir ke?”

Arelia memandang Wani. Dia tahu baju yang dibelinya sangat mahal. Dia pun merasa hal yang sama.

Tapi, untuk memastikan rancangannya berjalan lancar, dia perlu mengeluarkan modal. Alah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

“Tak apa. Bukan selalu pun. Besides, I want to look amazing and stunning that night.

"Aku nak tarik perhatian semua jejaka tampan kat majlis tu nanti.”

Arelia memasang angan-angan yang tinggi. Dan dia akan memastikan angan-angannya itu menjadi kenyataan.

Wani menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Arelia. Masih lagi rupanya dia berangan.

Kononnya nak tackle lelaki kaya. Bila ditanya mengapa, mudah sahaja jawapannya.

Dia ingin memastikan masa depannya terjamin. Pasal cinta, belakang cerita. Boleh dipupuk apabila berkenalan kelak.

Bagi Wani, Arelia bukan la seorang yang materialistik. Sahabat merangkap teman serumahnya itu sangat baik.

Cuma, Arelia sebenarnya melakukan sesuatu untuk menghapuskan kenangan silamnya dahulu. Tidak ingin diri ditimpa nasib yang serupa.

Arelia dan ibunya telah melalui fasa kesukaran dalam hidup mereka.

Ibunya dihalau dari rumah kerana berkahwin dengan lelaki miskin dan tidak dipersetujui oleh datuk dan neneknya.

Disangka cinta sahaja sudah cukup untuk memberi kebahagiaan, namun segalanya cuma kebahagiaan sebentar yang tidak ubah seperti mimpi indah.

Segalanya berubah sekelip mata. Hidup Arelia dan ibunya terseksa. Ayahnya menjadi seorang kaki pukul dan sentiasa mengasari ibunya.

Mujur, Arelia dan ibunya melarikan diri dan memulakan kehidupan baru. Setelah itu, khabar tentang ayahnya tidak diketahui lagi sama ada hidup atau mati.

“Lia, kalau aku tanya kau something boleh?”

Arelia merasa hairan. Seperti ada sesuatu di sebalik pertanyaan Wani.

“Boleh. Apa dia?”

“Kalau contoh la kau jatuh cinta bukan dengan lelaki kaya macam mana? Maksud aku yang sederhana aje,” Wani ingin tahu jawapan Arelia.

Sebelum ini, hanya lelaki kaya sahaja yang diinginkan oleh sahabatnya itu.

“Entah la. Aku tak tahu nak cakap apa. Cuma aku akan pastikan target plan aku berjalan lancar.”

Arelia tidak sabar menanti tibanya hari yang ditunggu-tunggu itu.

***

Arelia memandang ke atas. Jauh fikirannya berfikir sehinggakan boleh sampai ke UK. Padahal dia tengah berbaring di katil.

Bunyi telefon bimbit kedengaran. Arelia mencapai telefonnya dan menjawab panggilan.

“Assalamualaikum, Lia. Ibu ni. Kamu sihat?” lembut suara Puan Anita menanyakan khabar anak gadisnya.

Rindu rasanya. Arelia berada di KL sedangkan dia berada di Perlis.

“Waalaikumussalam, ibu.Alhamdulillah, Lia sihat. Ibu sihat?”

“Ibu kat sini sihat. Ibu nak tanya pasal kuih-muih tu. Kamu dah hantar?” Puan Anita perlu mengingatkan anaknya.

Arelia seorang yang pelupa. Silap hari bulan, tak terhantar kuih-muih tu.

“Ya, bu. Lia dah hantar. Ibu jangan risau la. Lia tak lupa. Kan ibu dah pesan banyak kali,” jawab Lia dengan kesungguhan.

Dia memang pelupa tapi apa-apa yang hal yang penting akan cuba diingatnya.

“Lia, kamu ingat lagi kan dengan anak lelaki Mak Cik Sabariah yang pernah berkawan dengan kamu dulu… Siapa ya nama dia… Ibu lupa pula,” Puan Anita terlupa nama anak jirannya itu.

“Nama dia Hisham, ibu. Kenapa dengan dia?” soal Arelia.

Hisham, anak kedua Mak Cik Sabariah yang berjiran dengan mereka pernah menjadi rakannya.

Hisham yang banyak membantu apabila dia pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah menengah tempat Hisham bersekolah.

Tapi, beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Hisham tidak berhubung lagi. Masing-masing mempunyai hala tuju sendiri. Lagipun Hisham kini berada di Australia dan sedang bekerja di sana.

“Oh, Hisham. Boleh pula ibu lupa. Hah, Hisham nak balik hujung minggu ni. Kalau kamu cuti nanti, kamu balik ke sini. Boleh jumpa Hisham.

"Ibu bukannya apa. Ibu berkenan dengan Hisham tu. Mak Cik Sabariah pun sukakan kamu juga.”

Dia berharap Hisham dan Arelia dapat bertemu jodoh.

“Ibu… Lia tak nak dengan Hisham. Kitorang kawan aje. Lia nak seseorang yang kaya raya,” Arelia tidak ingin dengan Hisham.

Hisham seorang yang baik tapi untuk menjadi pasangan hidup, tidak mungkin.

“Lia, sudah-sudah la tu dengan angan-angan kamu. Buat apa nak cari lelaki kaya ke… Anak Datuk ke… CEO ke… Yang penting dia baik dan boleh jaga kamu. Ibu tak kisah pasal harta.”

“Ibu tak faham. Lia buat semua tu untuk kita. Tak apa la ibu. Ibu tak payah risau pasal Lia.

Sekarang ni ibu jaga kesihatan baik-baik. Apa-apa ibu call aje Lia. Lia ada hal sikit. Lia call ibu nanti ya. Bye ibu… Assalamualaikum.”

Cepat-cepat Lia mematikan telefon. Tidak ingin memanjangkan perbualan berkenaan jodoh atau kahwin. Maafkan Lia, ibu…

“Waalaikumussalam,” Puan Anita memandang skrin telefonnya.

Seperti biasa, Arelia pasti menghindarkan diri apabila soal jodoh dibangkitkan.

Anak gadisnya itu masih sahaja ingin hidup dengan angan-angannya yang keanak-anakan.

Umpama harapan anak kecil yang ingin menjadi princess yang dicintai oleh prince charming seperti dalam kartun Barbie.

***

Arelia melangkahkan kaki ke ruang mewah hotel lima bintang itu. Semua yang ada di situ kelihatan sungguh bergaya, anggun dan berkarisma.

Bussinessman, ahli korporat dan macam-macam lagi. Golongan high class la katakan.

Semangatnya berkobar-kobar untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang jejaka kaya di majlis ini.

Amboi Lia, desperate sangat. Tak apa. Yang penting dia harus berjaya.

Dia sangat gembira apabila terpilih antara semua pekerja yang lain untuk hadir di majlis ulangtahun syarikat Olive Holdings, antara salah satu klien penting dalam syarikat tempatnya bekerja.

Wani, rakan baiknya juga terpilih. Hanya dua orang sahaja yang cukup bertuah. So, fighting!

“Hah Arelia, Wani. Kat sini rupanya kamu berdua ni. Jom ikut saya jumpa penganjur majlis ni. Pemilik Olive Holdings,” Encik Bahar, bos mereka menuju ke suatu sudut sambil Arelia dan Wani mengikut dari belakang.

Arelia baru teringat Encik Bahar pernah berkata yang pemilik Olive Holdings, Datuk Harun mempunyai dua orang anak. Lelaki dan perempuan.

Wah, sepertinya ada chance ni. Mudah-mudahan anak lelaki dia masih single and available.

Hmm… Kalau tak available pun tak apa. At least kena cuba.

Encik Bahar memperkenalkan Arelia dan Wani kepada Datuk Harun dan isterinya, Datin Dian.

Menurut Datin Dian, anak perempuannya tidak dapat datang kerana sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Anak lelakinya pula dalam perjalanan.

Encik Bahar berbual dengan Datuk Harun tentang perniagaan. Datin Dian membawa Arelia dan Wani untuk menikmati hidangan yang disediakan.

Selepas lebih kurang 15 minit, Datin Dian meminta diri untuk pergi melayan tetamu lain.

“Lia, kau tunggu sini dulu ya. Aku nak ke ladies kejap,” tutur Wani sebelum dia berjalan pergi.

Arelia melihat kehadiran seorang lelaki muda bergerak ke arah Datuk Harun.
Bersut hitam dan nampak boleh tahan paras rupanya. Mesti lelaki tu anak Datuk Harun. Arelia tersenyum. Dia perlu mendekati lelaki itu.

Arelia mendapat peluang apabila beberapa minit kemudian, lelaki itu berdiri di suatu sudut berhampiran meja yang menyediakan minuman sambil membelek-belek telefon bimbitnya.

“Hai, awak. Seorang aje ke?” Arelia memberanikan diri bertanya. Lelaki itu memandangnya dan kemudian tersenyum nipis. Tidak menjawab pertanyaannya. Eh, mamat ni. Sombong pula.

“Awak anak Datuk Harun kan? Saya Arelia, pekerja Syarikat Baiduri,” Arelia memperkenalkan diri. Cuba mengajak lelaki ini berbual.

“Ok. Sekejap ya,” kedengaran bunyi mesej masuk. Lelaki itu melihat ke skrin telefon bimbitnya. Arelia di sebelah tidak dipedulikan.

“Maaf cik, tapi saya kena pergi. Kita borak lain kali ya,” kata lelaki itu sebelum bergegas pergi.

Selepas sejam kemudian, Arelia berasa bosan dan mengambil keputusan berjalan keluar untuk mengambil angin.

Langkah kakinya menuju ke bahagian kolam renang yang dihubungkan terus dari dewan hotel itu melalui satu laluan.

Tidak sampai sepuluh minit, Arelia kini berada di kawasan kolam renang. Dia telah cuba berbual dengan beberapa lelaki kaya yang bersendirian dan tidak mempunyai pasangan, namun semuanya gagal.

Sepatah dua kata dan seterusnya sepi begitu saja. Satu hal yang dapat dirumuskannya tentang anak orang kaya. Sombong dan berat mulut. Mungkin dia bukan la sesiapa untuk diajak berbual. Cuma gadis biasa.

Arelia baru menyedari yang sebenarnya dia tidak bersendirian di situ. Terdapat seorang lelaki sedang berdiri sambil ulang alik ke kiri dan kanan. Seperti orang yang sedang dalam masalah.

Arelia memandang penampilan lelaki itu. Simple saja. Memakai jeans dan t-shirt hitam. Kelihatan seperti orang biasa. Arelia mendekatinya.

“Awak buat apa kat sini?” Arelia bertanya. Terkejut lelaki itu mendengar pertanyaan tiba-tiba Arelia yang memeranjatkannya.

“Sorry… Sorry… Saya tak sengaja.”

“Tak apa. Saya yang over pula. Awaak tanya apa tadi? Apa saya buat kat sini…
Ahh… saya tengah tunggu kawan saya. Ya. Tunggu kawan,” jawabnya.

“Ohh… Awak bukan tetamu kat majlis tu?”

“Majlis syarikat tu ke? Tak, tak. Saya bukan tetamu,” lelaki itu menjawab pertanyaan Arelia sambil mata tidak lepas memandang telefon bimbit.

“Saya Arelia. Saya sebenarnya tetamu kat majlis tu. Tapi bosan la. Tu yang saya jalan-jalan,” cerita Arelia.

“Saya Izhan. Just call you…”

“Lia. And you?”

“Han.”

Mereka berbual-bual seketika. Banyak benda yang dibualkan. Arelia tidak menyangka Izhan seorang yang berpengetahuan luas. Lucu pun ada. Izhan turut merasakan hal yang sama dengan Arelia.

“Awak tahu tak tadi saya berbual sekejap dengan anak lelaki Datuk Harun. And guess what. Dia sombong tahu tak.

"Tahu la yang dia tu CEO, tapi cuba peramah sikit. Mungkin dia layan orang-orang yang seangkatan aje dengan dia kut,” luah Arelia.

Walaupun dia ingin mendapatkan lelaki kaya, tapi kalau sombong sangat… Hmm… Tak nak juga.

Izhan tergelak kecil. Arelia memandang Izhan yang duduk di sebelahnya. Apesal mamat ni? Gelak tiba-tiba.

“Kenapa awak gelak? Kelakar ke apa yang saya cakap.”

“Kelakar sikit la. Awak pasti ke anak Datuk Harun macam tu?” Izhan bertanya.

“Ya la. Dah tadi dia berbual dengan saya. Awak tak percaya?”

“Saya percaya. But Lia, you should not judge people easily. Awak belum kenal lagi dia siapa, keperibadian dia macam mana. Awak tak boleh assume dia macam tu. Mungkin itu luaran aje,” Izhan menunggu respon Arelia.

“Memang apa yang awak cakap betul. Tapi, awak pernah dengar kan kata-kata ‘First impression is everlasting’. Jadi, my first impression pasal dia tak berapa baik.”

“Tapi Lia, first impression is not truly determined the person is. Maybe who knows he is the man you are looking for,” ucap Izhan dengan maksud yang mendalam.

Arelia terkelu. Mereka saling bertatapan. Aura cinta kelihatan mekar di antara mereka berdua.

“Ya Allah, Lia… Merata-rata aku cari kau. Rupa-rupanya kau kat sini. Jom balik,” Wani menggamit tangan Arelia pergi.

Sempat Arelia bertanya sesuatu kepada Izhan sebelum pergi.

“Kita boleh jumpa lagi ke?”

“Insya-Allah. Kalau dah takdir,” Izhan menjawab dengan cukup ringkas. Matanya menghantar pemergian Arelia.

***

Arelia memandang papan tanda kedai di hadapannya. Aurora Art Gallery Studio. Memang ini kedai yang Wani cakapkan.

Wani ni pun satu. Banyak-banyak hadiah kat dunia ni, lukisan juga yang dia nak.

Minggu depan hari jadi Wani jadi dia ingin memberikan hadiah yang paling diingini oleh Wani untuk tahun ini.

Sudah menjadi kebiasaan mereka sejak mula bersahabat. Mereka akan memberikan masing-masing apa yang paling diingini dalam tahun itu sebagai hadiah hari jadi.

Tapi, tahun ini Wani mengada-ada nak lukisan. Apa-apa lukisan dari kedai di hadapannya ini.

Bila ditanya, alasannya sebab pelukis di galeri ini sangat hebat.

Arelia membuka pintu. Dia terpesona melihat ruangan galeri itu yang sangat indah.

Susunan dekorasi yang ringkas namun menyerlahkan nilai kesenian yang tinggi.
Lukisan-lukisan di dinding juga sangat cantik.

“Selamat datang cik. Boleh saya bantu? Cik nak lihat koleksi lukisan-lukisan yang kami ada?” seorang gadis manis menyapanya. Tentu salah seorang pekerja di galeri itu.

“Ya. Saya nak beli lukisan,“ Arelia menjawab dengan ramah.

“Baiklah. Cik duduk dulu. Saya panggilkan pemilik galeri ni. Kebetulan hari ni dia ada. Jadi, cik boleh jumpa dia. Dia juga orang yang lukis semua lukisan di galeri ini.”

Gadis itu kemudian meninggalkan Arelia.

Arelia melabuhkan punggung di kerusi kayu yang diukir indah sebagai tempat menunggu. Sungguh berbakat pelukis yang diminati Wani ini.

Lukisan yang dilukis olehnya sangat berbeza. Membawa mesej dan sentuhan tersendiri.

“Welcome miss,” kedengaran suara lelaki lalu Arelia menghalakan pandangan ke lelaki itu. Terkejut Arelia melihat yang Izhan berdiri di hadapannya. Izhan pemilik dan pelukis tu?

“Awak lagi?!” kedua-duanya serentak berkata.

“Wow! Arelia. Tak sangka boleh jumpa awak kat sini.”

“Saya pun tak sangka yang awak seorang pelukis.”

Mereka berbual-bual dan Izhan menunjukkan koleksi lukisannya. Arelia tekun mendengar penerangan Izhan tentang setiap lukisan yang dilukisnya.

Lia! Sedar! Kau tak boleh jatuh cinta dengan Izhan. Kau kena ikut pelan yang kau dah sediakan. Marrying a rich guy. Not a painter.

Akal berkali-kali mengingatkan. Tapi hati berbisik merelakan.

Setibanya mereka di sebuah lukisan, Izhan memandang Arelia sebelum menerangkan tentang lukisan itu.

“Lukisan ni adalah antara lukisan yang saya sayang. Sebab kisah di sebaliknya.

"This is my first painting. Seperti yang awak boleh nampak, imej seorang kanak-kanak lelaki yang duduk di tepi jalan.

"Tiada yang istimewa sebenarnya kan. Tapi budak lelaki tu mengajar saya erti kemanusiaan dan kehidupan.

"Dia dijual oleh ibu bapanya ke tempat tak sepatutnya. Tapi dia berjaya larikan diri.

"And he was just 10 years old. Can you imagine? Dia tidur di jalanan. Makan minum pun tak tentu. Dan dia masih boleh tersenyum bila berbual dengan saya,” Izhan berhenti seketika.

“He taught me about the meaning of life. Betapa sebenarnya kita sangat beruntung sebab masih boleh hidup selesa.

"Sedangkan ramai di luar sana yang sangat memerlukan tapi mereka tidak pernah pun merungut.

"Bahkan mereka menjadikan setiap hari yang dilalui sebagai satu anugerah yang Allah beri. Sejak tu saya bertekad untuk gunakan bakat yang tak seberapa ni untuk membuat galeri ni.

"Sekurang-kurangnya saya boleh sedikit sebanyak membantu mereka,” Izhan menatap lukisan itu.

Lukisan yang dilukisnya tiga tahun lalu. Lukisan yang membawa erti yang mendalam baginya.

Hati Arelia tersentuh. Dia dapat merasai emosi dan maksud di sebalik lukisan itu. Dan dia dapat melihat satu sisi lain dalam diri Izhan. He is a good person.

Sejak itu, Arelia dan Izhan sering keluar makan. Jalan-jalan menonton wayang.

Arelia juga selalu menghabiskan masa di galeri Izhan jika mempunyai masa terluang, iaitu pada hujung minggu. Hubungan mereka semakin rapat. Mereka mula jatuh cinta.

Suatu hari, Izhan mengajak Arelia berjumpa di sebuah taman. Mereka berdiri di tepi tasik sambil menghayati pemandangan. Izhan berpusing ke kanan menghadap Arelia yang berdiri di sebelahnya.

“Lia, saya ada benda penting nak beritahu awak.”

“Apa dia?” Arelia menumpukan perhatian kepada Izhan.

“Dalam masa tiga bulan saya kenal awak, saya rasa sesuatu. Sesuatu yang belum pernah saya rasai sebelum ni. I think I definitely fall in love with you,” ujar Izhan dengan tenang dan lancar.

Arelia tidak tahu mahu memberikan reaksi apa. Dia agak gembira kerana Izhan ternyata mencintainya.

Tapi pada masa yang sama dia seperti geram dengan dirinya yang membiarkan hatinya dimiliki oleh lelaki ini.

Ya. Dia mula membuka hatinya kepada Izhan.

Lia, kau kena ingat yang Izhan bukan la lelaki yang kau idamkan. Dia tiada ciri utama yang kau nak.

Izhan lengkap segalanya. Baik, menghormati dirinya dan terdapat keserasian antara mereka.

Cuma, dia bukan berasal dari golongan yang kaya. Arelia tahu bahawa dia perlu membuat keputusan. Keputusan yang terbaik.

“Han, saya tak tahu nak cakap apa. Saya rasa saya tak boleh balas cinta awak. Saya takkan bersama awak.”

“Kenapa Lia? Awak tak cintakan saya?” soal Izhan.

Arelia terdiam. Dia sebenarnya mencintai Izhan namun dia seperti terjerat dengan janjinya sendiri.

Dia telah berjanji dengan dirinya sendiri yang dia tidak ingin mengambil risiko dalam hidupnya. Dia inginkan yang terbaik untuk dirinya dan ibunya.

Pengalaman hidup mengajarnya lebih berhati-hati terutamanya soal hati dan perasaan.

“Anggap aje yang kita tak ada jodoh. Saya pergi dulu. Terima kasih Han atas segala-galanya,” kata Arelia sebelum berpaling ingin meninggalkan Izhan.

Sakit apa yang dirasainya tapi dia terpaksa.

“Awak nak cari lelaki kaya kan? Awak tak nak sejarah berulang kembali. Lia…

"Awak cintakan saya. Awak tahu tu. Awak tak boleh bohong.

"When a boy is in love, you can see it in his eyes. When a girl is in love, you can see it in her smiles. And I can see love in your smile, Lia.

"Betul kan apa yang saya cakap ni,” Izhan berkata dengan suara yang sedikit ditinggikan.

Arelia terhenti. Dia berpusing ke belakang.

“Dari mana awak tahu semua ni?”

“Tak penting dari mana saya tahu. Yang penting apa yang saya tahu adalah kebenaran. Saya ikhlas Lia. Saya akan bahagiakan awak. Dengan izin Yang Esa,” janji Izhan.

“Janji aje tak penting Han. Janji sangat mudah untuk dimungkiri. Lepas ni saya tak nak jumpa awak lagi. Saya harap awak faham.”

Arelia meninggalkan Izhan dengan rasa yang berkecamuk di dada.

***

“Sudah la tu Lia. Kau terima aje Izhan tu. Dia cintakan kau dan kau pun cintakan dia. He is a nice guy. You know that,” Wani merasakan yang dia perlu menasihati Arelia.

“Aku tahu. Tapi aku bingung Wani. Aku… Tak yakin dengan semua ni,” Arelia mengakui kata-kata Wani tentang Izhan. Dia lelaki yang baik.

“Sekarang ni kau dengar kata hati kau. Jangan dengar akal fikiran kau. Soalnya akal kau tu dah disetkan awal-awal untuk terima lelaki kaya.”

Arelia termenung memikirkan kata-kata Wani.

***

Arelia berlari laju menuju ke galeri Izhan. Dia perlu menemui Izhan. Mimpinya semalam sangat dahsyat. Izhan kemalangan dan tidak dapat diselamatkan.

Dia tahu mimpi sekadar mainan tidur tapi dia tidak boleh berhenti berfikir tentang Izhan.

Dia nekad. Dia akan melupakan segala yang dirancangnya selama ini. Dia memilih untuk mendengar kata hatinya. Dan hatinya melaungkan nama Izhan. Dia mencintai lelaki itu.

Arelia melihat Izhan di seberang jalan. Belum sempat dia memanggil Izhan, sebuah kereta merempuh Arelia. Arelia terkulai layu di atas jalan. Matanya perlahan-lahan terkatup.

Cahaya bilik menyilaukan mata Arelia lalu perlahan-lahan dia membuka matanya.

Dia melihat ruang sekeliling. Sepertinya dia berada di hospital. Kemalangan! Arelia menyedari yang dia terlibat dengan kemalangan.

Pintu dibuka dari luar dan kelihatan Izhan tersenyum kepadanya.

“Awak dah bangun. Awak rehat ya. Awak accident. Mujur tak teruk sangat. Kenapa awak ada di depan galeri saya?”

Arelia menggenggam kedua-dua tangannya. Dia tidak tahu cara untuk menyampaikan tujuannya datang ke galeri lelaki itu.

“Saya nak jumpa awak,” ucap Arelia pendek. Dia perlu memberitahu Izhan. Dan Izhan perlu mengetahuinya.

“Kenapa awak nak jumpa saya?”

“Saya dah buat keputusan yang salah. Saya tak tahu apa yang harus saya buat.

"Tapi sekarang saya pasti. Saya pasti yang awak adalah jodoh saya. Saya cintakan awak Han.” luah Arelia dari lubuk hatinya.

Dia mencintai Izhan dan dia mengambil keputusan untuk menerima Izhan seadanya.

“Awak terima saya biarpun saya tak kaya? Bukan anak Datuk atau CEO?”

“Ya. Saya terima awak tak kisah awak bukan anak Datuk atau CEO sekalipun. Awak tak berharta atau miskin sekalipun. Saya terima awak apa adanya.

"Maafkan saya Han sebab saya buta selama ni. Saya tak nampak tulusnya cinta awak,” kata Arelia dengan sendu.

“Tak apa Lia. Awak tak salah pun. Tak perlu minta maaf. Awak buat semua tu sebab awak nak yang terbaik untuk masa depan awak.

"Awak tak nak lalui kesengsaraan lagi dalam hidup awak,” Izhan tersenyum manis.

Cintanya diterima oleh gadis pertama yang menghuni relung hatinya.

“Cuma saya nak awak jumpa seseorang. Seseorang yang awak pernah jumpa sebenarnya,” tutur Izhan dan pintu dibuka.

Wani dan seorang lelaki melangkah masuk. Arelia mengenali lelaki itu. Dia? Apa dia buat kat sini?

“Hai Cik Arelia. Awak tentu ingat saya lagi kan. Remember the event?” ucap lelaki itu.

Arelia mengimbau kenangan pada malam majlis itu. Ya. Lelaki ini adalah anak Datuk Harun.

“Ya, saya masih ingat. Awak buat apa kat sini?” Arelia hairan melihat kedatangan lelaki itu.

“Sebenarnya saya Fareez, setiausaha dan PA kepada anak Datuk Harun. Awak dah salah anggap sebenarnya,” Fareez tidak sempat menjelaskan hal yang sebenarnya kerana dia telah ditelefon oleh bos muda untuk diarahkan membuat sesuatu.

Arelia terkilan. Jadi, dia bukan anak Datuk Harun. Habis tu, siapa anak Datuk Harun yang sebenarnya?

“Dan Cik Arelia mesti tertanya-tanya siapa anak Datuk Harun kan. Untuk pertanyaan tu saya serahkan kepada lelaki ni,” jarinya menghala ke arah Izhan.

Berkerut kening Arelia. Apa kena mengena Izhan dalam hal ni?

“Lia, saya belum pernah kan bagi name card saya kat awak. Ini dia,” Izhan menghulurkan sekeping name card kepada Arelia.

Arelia menyambut huluran itu dan matanya melihat maklumat yang ada di atasnya. Dan dia melihat… Muhammad Izhan Bin Harun.

Arelia sangat terkejut. Izhan adalah anak Datuk Harun? Maksudnya selama ini dia jatuh cinta dengan anak Datuk Harun?

Arelia memandang Wani dan Fareez. Kedua-duanya mengangguk mengiyakan segalanya. Arelia memandang Izhan.

“Awak tak beritahu saya. Awak tipu saya.”

“Memang saya tak beritahu awak. Tapi saya tak pernah tipu awak.

"You never ask me about my identity. Awak jatuh cinta dengan Izhan.

"Hanya seorang lelaki biasa. Dan bukannya Izhan Datuk Harun, seorang CEO, anak Datuk dan orang kaya.”

Segala kebenaran terungkap. Arelia tidak menyangka yang apabila kita merelakan sesuatu itu untuk pergi, mungkin ada yang lebih baik menanti. Dan ini buktinya. Tanpa perlu berbuat apa-apa, target plannya berjaya.

Izhan menghulurkan sebuah kotak besar kepada Arelia yang dipegang sedari tadi oleh Fareez.

“Ni surprise apa lagi? Awak dah cukup surprise kan saya hari ni,” Arelia mengambil kotak itu.

“Just one more surprise. A very special surprise,” ucap Izhan dengan seyuman yang terukir indah.

Arelia membuka kotak itu. Di dalamnya terdapat potret lukisan wajahnya.
Sungguh cantik. Dia sangat menghargai pemberian Izhan.

“Terima kasih. Saya suka.”

“Dan selepas ni, saya dah ada dua lukisan yang paling saya sayang. Lukisan hari tu dan lukisan ini.

"Lukisan ini yang banyak mengajar saya tentang cinta. Dan gadis dalam lukisan ni adalah pemilik hati saya,” Izhan menoktahkan segalanya dengan ayat romantis.

“Bertuahnya orang tu dapat cinta hati dia. Kita ni tak ada orang pun yang sudi nak lakarkan potret,” rungut Wani. Muka cemberut ditayangkan.

“Saya kan ada. Saya boleh lukiskan potret untuk awak,” ucap Fareez sambil sebelah mata dikenyitkan ke Wani.

Tergelak mereka semua dengan gelagat Wani dan Fareez. Memang sesuai sangat Wani dan Fareez.

Arelia dan Izhan menemui kebahagiaan mereka.

Siapa sangka Arelia berhasil mendapatkan lelaki yang kaya. Tapi, bukan itu yang penting.

Apa yang penting dia mencintai lelaki itu dan lelaki itu juga mencintainya. Bukan atas dasar kekayaan atau harta.

Namun, cinta yang penuh keikhlasan.

Memang benar. He is the man she is looking for.

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Lari! Demi Nyawamu!

Sumber: Penulisan2u

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon