Monday, August 01, 2016

Biskut Cream Crackers Terbakar Sebab Dicampur Plastik?


Sebuah video amatur berdurasi 1 minit 45 saat telah viral dan kini tersebar di laman-laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Cream Crackers Terbakar

Seorang individu mendakwa bahawa biskut jenama Cream Crackers yang dijual di pasaran kononnya mengandungi plastik.

Menerusi pencarian di laman Facebook, individu yang dikenali sebagai Zuraini Kassim telah memuat naik video berkenaan.

Video itu telah dikongsi dengan kapsyen berbunyi, “Jangan beli dah biskut, lebar patutlah tak lemau. Sentiasa garing saja.

“Apabila makan merosakkan usus dalam perut. Tepung + plastik, serbuk plastik. Dengan pihak mana dipersalahkan? Ujian itu bangsanya sendiri yang menguji biskut tersebut. Awas bahan makanan bahaya,” tulisnya.

Bagaimanapun, ramai netizen tidak bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Zuraini itu.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali Nurul ShafiQah Ainz berkata, “Haha bongoknya yang viral tak belajar sains ke? Basic la wooi.. nak tahu lebih belajar food tech... belajar apa itu damage starch apa itu farighno graph… kalau nak ikutkan setiap makanan ada unsur chemical cuma peratusannya rendah.

“Even pokok kalau daun dah kering pon boleh terbakar… it about starch (kanji) dude…meh sini masuk lab (makmal) kakak ajar semua benda bukan setakat biskut sahaja akak ajar kau dari sebiji gandum tu kau kaji.”

Manakala seorang lagi netizen berkata, “Bahan makanan kering memang akan terbakar sebab dalam makanan ada tenaga.

“Bila tinggi kalori lagi lama la dia terbakar sebab tenaga kimia berubah kepada haba dan cahaya,” kata Julia Romeli berkongsi info dari individu yang dikenali sebagai Cikgu Anese.

Oleh itu, para netizen dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan apa yang sering diviralkan jika tiada penjelasan yang kukuh.

Adalah lebih bak untuk menyiasat atau selidik dahulu kebenaran sesuatu cerita atau berita sebelum disebarkan.

UPDATE!
(4/8/2016)

Hup Seng Nafi Biskutnya Tidak Selamat Dimakan

Hup Seng Nafi Biskutnya Tidak Selamat Dimakan

Pengilang dan syarikat pembuat biskut Hup Seng menafikan dakwaan bahawa produk keluarannya, termasuk Krim Kraker Istimewa Ping Pong tidak selamat untuk dimakan.

“Mengenai kes biskut terbakar, kami ingin mengumumkan bahawa ia adalah ciri-ciri produk yang mengandungi tepung gandum dan minyak di mana ia boleh terbakar.

“Namun begitu, keupayaan untuk terbakar tiada kait-mengait ataupun mempunyai kesan pada keselamatan makanan tersebut.

"Krim Kraker Istimewa Ping Pong Hup Seng adalah selamat untuk dimakan,” kata syarikat ini dalam satu kenyataan.

Video ini telah dimuat naik oleh pengguna Facebook Emo-ji pada 29 Julai di mana telah membakar biskut itu dan mendakwa ia mungkin mengandungi bahan sintetik dan tidak selamat untuk dimakan.

Hup Seng berkata klip video yang mendakwa biskut atau produk keluaran syarikat ini disalut dengan plastik bertujuan untuk menjatuhkan imej serta nama baik syarikat.

Menurut kenyataan itu, ujian makmal pada tahun 2011 menunjukkan bahawa tidak ada plastik yang dikesan dalam Kraker Istimewa.

“Baru-baru ini, kami telah menghantar Krim Kraker Istimewa untuk ujian makmal bagi mengesan ‘plasticizers’ sekali lagi dan akan mengumumkan keputusan sebaik sahaja ianya diterima,” katanya.

BACA INI JUGA: Kunyit Penawar Penyakit Kencing Manis?

Sumber: Mynewshub/mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon