Tuesday, July 26, 2016

#RevivalTourMalaysia, Pakaian Selena Gomez Lebih Sopan Daripada Artis Tempatan!


Selena Gomez tampil berpakaian sopan dengan menggayakan baju lengan panjang dan berseluar panjang warna hitam dalam menjayakan konsert jelajah Asia Revival World Tour yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Selena_Gomez

Menerusi twit di Selena Gomez News, adminnya menulis, “Pakaian baharu bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia.”

Selena Gomez in Malaysia
Selena Gomez in Malaysia [2]

Sebelum ini kedatangan Selena ke Malaysia dikritik hebat segelintir pihak yang mendakwa imej seksi penyanyi berusia 24 tahun itu tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia.

Keadaan terkawal di konsert Selena Gomez #RevivalTourMalaysia walaupun ada desas-desus di media sosial mengatakan akan berlaku protes.

Sopan

Sementara itu, ramai pengguna media sosial memuji cara pemakaian penyanyi, Selena Gomez yang dilihat sopan dan menghormati budaya Malaysia.

Selena Gomez in Malaysia [4]
Selena Gomez in Malaysia [5]
Selena Gomez in Malaysia [6]

Konsert ini menjadikan impian peminat Selena untuk melihat beliau beraksi di Malaysia menjadi realiti, selepas beliau membatalkan konsert 'Stars Dance Tour', sebelum ini.

Selena mempertaruhkan lagi ‘Same Old Love’ sebagai tirai pembukaan konsert.

Sebaik sahaja habis lagu tersebut, Selena terus memikat hati peminat Malaysia, dengan lagu ‘Come And Get It.’

Jeritan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Selenators’ terus menggegarkan Stadium Malawati dengan jeritan tanpa henti sepanjang konsert berlangsung.

Antara lagu lain yang dinyanyikan oleh penyanyi yang mempunyai 91.5 juta pengikut di Instagram itu termasuk, ‘Love You Like A Love Song’, ‘Who Says’, dan ‘Hand To Myself.’

Selepas Malaysia, Selena dijadualkan akan meneruskan konsert jelajah di Singapura, Filipina, Thailand dan Jepun.

#RevivalTourMalaysia merupakan antara konsert jelajah Selena di Asia Tenggara.

BACA INI JUGA: Sokongan Selena Gomez Kepada Gaza Dikecam Peminat!


Sumber: Mynewshub/Astroawani

3 comments

  1. tak kisah la selena gomez berpakaian macam mana pun...tapi sebenarnya tak ada kebaikan pun ke konsert ni...ada atau tiada sama saja tak beri kelebihan pada saya... hai SP....lama tak singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu arzmoha dan selamat bertandang, memang lama tak datang..:(

      Delete
  2. peh ni buat org yg nak pegi je. Xnak pegi dah dok diam2 je lah xpyah fuzzy sgt.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon