Jul 1, 2016

Jose Mourinho Faktor Utama Zlatan Ibrahimovic Ke Manchester United?!

Dunia bolasepak sekali lagi menjadi ‘gila’ apabila Zlatan Ibrahimovic mengumumkan perpindahan beliau ke Manchester United dan bukannya Manchester United yang mengumumkan beliau terlebih dahulu.

Zlatan Ibrahimovic - Manchester United

Zlatan Ibrahimovic menggunakan platform media sosial beliau dengan kapsyen; ‘Masa untuk dunia tahu, destinasi saya seterusnya adalah Manchester United’

Zlatan Ibrahimovic mengambil keputusan ini setelah meninggalkan Paris St Germain pada akhir musim lalu.

Beliau mengakui, banyak tawaran datang kepada beliau namun pilihan muktamad beliau adalah Manchester United.

Zlatan Ibrahimovic - Manchester United [2]

Sebelum ini, Zlatan Ibrahimovic telah menggemparkan dunia dengan persaraan daripada arena antarabangsa pada usia 34 tahun walaupun peminat tahu beliau masih memiliki kualiti hebat diperingkat antarabangsa.

Pencapaian

Ini adalah serba sedikit tentang pencapaian Zlatan setakat ini:

  • Zlatan Ibrahimovic membuat penampilan pertama untuk kelab kampung halaman beliau, Malmo pada tahun 1999.
  • Kemudian beliau berhijrah ke Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan & PSG.
  • Zlatan Ibrahimovic telah menjaringkan 392 gol daripada 677 perlawanan. Musim lalu (2015/2016) adalah musim paling prolifik beliau dengan 50 gol daripada 51 perlawanan.
  • Beliau juga mencipta satu rekod untuk liga Perancis dengan 38 gol pada musim lepas.
  • Beliau telah memenangi trofi setiap musim dalam kariernya sejak 2001, termasuk 13 gelaran liga daripada 6 kelab berbeza.
  • Dalam empat musim di PSG, Zlatan Ibrahimovic memenangi 12 trofi, termasuk kejuaraan 4 piala (quadruple) sebanyak 2 kali.


Rekod Trofi

  1. Ajax: Eredivise (2001-02, 2003-04), 
  2. Dutch Cup (2002) 
  3. Dutch Super Cup (2003)
  4. Juventus: Serie A (2004-05, 2005-06) *kejuaraan Juventus kemudian ditarik balik
  5. Inter Milan: Serie A (2006-07, 2007-08, 2008-09) 
  6. Italian Super Cup (2006, 2008)
  7. Barcelona: La Liga (2009-10)
  8. Spanish Super Cup (2009, 2010)
  9. Uefa Super Cup (2009)
  10. Fifa Club World Cup (2009)
  11. AC Milan: Serie A (2010-11) 
  12. Italian Super Cup (2011)
  13. PSG: Ligue 1 (2012-13, 2013-14, 2014-15, 2015-16)
  14. French Cup (2015, 2016)
  15. League Cup (2014, 2015, 2016) 
  16. French Super Cup (2013, 2014, 2015)


Faktor Mourinho

Zlatan+Mourinho

Zlatan Ibrahimovic ada “banyak pilihan” untuk bermain pada musim depan terutama sekali di Itali dan Zlatan Ibrahimovic telah menganggap Itali sebagai rumah kedua beliau.

Namun, hubungan beliau dengan Mourinho nyata mengatasi segalanya. Mourinho adalah individu yang menjadikan karier Zlatan Ibrahimovic begitu cemerlang pada 2008-09.

Beliau dan Mourinho berjaya menjuarai Serie A pada tahun tersebut sebelum menyertai Barcelona yang disifatkan beliau sebagai antara langkah paling malang dalam kariernya.

Dalam bukunya I Am Zlatan Ibrahimovic, beliau menyifatkan Mourinho adalah pengurus yang beliau sanggup korbankan apa sahaja demi beliau.

Pada hari United mengumumkan Mourinho sebagai pengurus baru mereka, Zlatan terus berkata, “Dia adalah orang yang akan membawa mereka kembali ke atas, saya mempunyai masa yang hebat bekerja dengan beliau. Mungkinkah kami akan bekerjasama semula, saya tak tahu..”

Ianya menjadi petanda awal bahawa Zlatan Ibrahimovic akan ke United kerana Mourinho.

Manchester Derby paling panas dalam sejarah?

Zlatan+Jose+Pep Guardiola

Manchester United vs Manchester City, Mourinho vs Pep, Zlatan vs Pep. Ia adalah gambaran awal kepada suhu derby di bandar Manchester musim hadapan.

Zlatan Ibrahimovic dalam buku autobigrafi beliau melabel Pep Guardiola sebagai pengecut.

Presiden Barca sendiri mengakui, Zlatan Ibrahimovic mungkin akan menumbuk Pep Guardiola jika mereka berterusan bertentangan.

Jadi ia adalah ego yang akan menjadikan Zlatan ada misi peribadi untuk dirinya dan pada masa yang sama ia akan lebih indah kerana akan diselesaikan di dalam derby setempat.

Aset dan permasaran

Pakar kewangan bolasepak Rob Wilson, daripada Universiti Sheffield Hallam, menyatakan Zlatan Ibrahimovic akan menjadi pemain yang paling banyak dipasarkan United sejak Cristiano Ronaldo,

Jualan baju sahaja mungkin akan melebihi £50 juta. Ia sudah cukup untuk menampung kos gagal melayakkan diri pada kejuaraan Liga Juara-Juara.

“Zlatan Ibrahimovic mempunyai profil global dan permintaan global,” kata Wilson.

“Peminat akan membeli baju dengan Zlatan Ibrahimovic di belakang mereka terutamanya Afrika, Asia Tenggara dan pasaran Amerika.”

“Hanya beberapa pemain tertentu yang ada nilai sebegitu, Gareth Bale, Neymar, Lionel Messi dan Ronaldo.” – Rob Wilson

Ego dan United

Zlatan Ibrahimovic adalah figura ikonik yang terkenal kerana ego beliau. Namun kini dia adalah sebahagian daripada Manchester United. Kelab yang besar dan berprestij.

Zlatan Ibrahimovic pernah menolak untuk bermain dengan Arsenal kerana ‘Zlatan tak akan melakukan audition’ ketika Arsene Wenger mengarahkan beliau menyertai sesi pemilihan.

Akhirnya beliau menyertai Ajax Amsterdaam pada tahun 2000.

Pada 2014, selepas Sweden gagal melayakan diri ke Piala Dunia Brazil, Zlatan berkata, ‘Satu perkara yang pasti, piala dunia tanpa saya maksudnya tiada apa untuk ditonton.’

Selamat datang ke Liga Inggeris

Welcome Zlatan Ibrahimovic to MU

Walaupun sudah berusia 34 tahun, Zlatan Ibrahimovic masih ada kualiti sebagai penyerang yang memiliki penyudah berbisa.

Fizikal yang kuat antara faktor dia sesuai dengan suasana di Liga Inggeris.

Dan pastinya, ramai peminat tertunggu-tunggu, apa yang akan bakal berlaku pada musim hadapan di kelab Manchester United nanti!

BACA INI JUGA: Zlatan Ibrahimovic 'Datang Seperti Raja, Pergi Sebagai Lagenda'

Sumber: Semuanyabola

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Pasti man utd makin gempak lepas nie.. terbaikkk

Man U pasti nak menjaga kegemilangan yg berterusan.. ramai player hebat sejak dulu lagi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon