Sunday, July 31, 2016

Fenomena Pokémon Go Bukan Kejayaan Satu Malam!


Seumpama cerita kisah seribu satu malam, bukannya mudah buat pencipta permainan Pokémon Go, John Hanke untuk mengecapi kejayaan seperti hari ini.

John Hanke Pokémon Go Creator

Dia mengambil masa selama 20 tahun untuk Pokémon Go menjadi kegilaan baharu dunia.

Baru-baru ini, aplikasi Pokémon Go memecah rekod dengan 10 juta muat turun dalam tempoh seminggu sehingga trending di Twitter, Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Bagaimana Hanke boleh meraih kejayaan itu?

Hakikatnya, kejayaan itu bukan datang dalam tempoh satu malam. Hanke melalui 10 peringkat dalam memastikan Pokémon Go berjaya menjadi fenomena.

Pada peringkat pertama iaitu pada 1999, ketika masih bergelar seorang pelajar, Hanke antara individu yang mencipta permainan dalam talian secara besar-besaran (MMO), yang diberi nama Meridian 59.

Peringkat seterusnya pula, Hanke melancarkan ‘Keyhole’, menghubungkan peta melalui kamera udara dan mencipta permainan dalam talian, GPS yang menghubungkan peta dunia.

Kejayaan ‘Keyhole’ itu menarik minat Google untuk membelinya pada 2004.

Dengan bantuan Hanke, ‘Keyhole’ berubah kepada ‘Google Earth’.

Kemudiannya, Hanke bertanggungjawab mengendalikan Google Geo dari 2004 hingga 2010. Bersama pasukannya, beliau mencipta Google Map dan Google Street View.

Dalam tempoh itu juga, beliau sudah memulakan gerak kerja untuk membangunkan Pokémon Go.

Pada 2010, Hanke melancarkan Niantic Labs sebagai permulaan buat Google mencipta permainan berdasarkan peta.

Dua tahun kemudian, Hanke melalui Niantic Lab mencipta permainan MMO berasaskan GPS yang dinamakan Ingress.

Selepas itu, semuanya menjadi sejarah gemilang yang mengubah wajah dunia hari ini. Hebat!

BACA INI JUGA: 8 Perkara Tentang Pokemon Go Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: SH

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon