Jul 22, 2016

Adlin Aman Ramli Ditahan Polis Kes Tipu Hartanah?!

Industri hiburan dikejutkan dengan berita seorang pelakon dan pelawak terkenal ditahan polis pada Khamis berikutan disyaki terlibat dengan kes penipuan hartanah membabitkan kerugian sebanyak RM485,000.

Adlin Aman Ramli

Berita itu turut disahkan Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abdul Wahid.

Menurut Roslan, artis terbabit ditahan di kediamannya yang terletak di Cyberjaya, Selangor pada 2 petang semalam.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, artis berkenaan kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Sementara itu, menerusi mStar Online, pelakon veteran, Ruminah Sidek, 70, terkejut apabila dimaklumkan anaknya iaitu Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis.

“Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu,” katanya.

Manakala, isteri Adlin, Emelda gagal dihubungi kerana tidak mengaktifkan telefon.

BACA INI JUGA: 7 Sebab Kenapa Pelaburan Hartanah Sangat Menguntungkan!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon