Wednesday, June 22, 2016

Video Biawak Gergasi Cuba ‘Ceroboh’ Rumah!


Apa yang akan anda lakukan jika menyaksikan rumah anda sedang dipecah masuk oleh seekor biawak yang sangat besar sehingga boleh digelar gergasi?

Attanai Thaiyuanwong.jpg

Ini yang berlaku kepada seorang lelaki, Attanai Thaiyuanwong pada hari Ahad lalu apabila dia terlihat seekor biawak gergasi sedang mencuba untuk memasuki rumahnya di Nonthaburi, Thailand.

Biawak tersebut kelihatan persis seperti manusia dengan ketinggian yang dianggarkan setinggi lelaki Asia sedang berdiri tegak menggunakan kaki belakang dan mulutnya berada di tombol pintu.

Dari sudut pandangan Attanai, dia dapat melihat seolah-olah biawak tersebut sedang cuba memasuki rumahnya.

Attaanai kemudian mendapatkan bantuan dan cuba menghalau biawak tersebut dari rumahnya menggunakan kayu dan tali.

Beberapa ahli keluarga Attanai yang lain turut menyaksikan kejadian tersebut dari dalam rumah mereka menerusi tingkap yang berada bersebelahan dengan pintu rumah mereka.

Jeritan seorang lelaki boleh didengari dalam rakaman tersebut dan dia berkata, “Biawak di dalam rumah kami! Ia merupakan biawak yang sangat besar!”

Attanai Thaiyuanwong [2].jpg

Kemudian kedengaran pula suara seorang wanita yang mendakwa biawak gergasi itu akan meninggalkan tempat tersebut jika duit syiling dibaling kearahnya.

Suasana menjadi sedikit kecoh apabila reptilia itu menakutkan semua individu yang berada di rumah Attanai dengan mengibas ekornya.

Tidak dapat dipastikan jika biawak tersebut meninggalkan rumah Attanai tanpa sebarang kecederaan, tetapi melihat kepada status-status lain yang dikemaskini oleh Attanai di akaun Facebooknya selepas kejadian itu, kami menanggap biawak itu telah kembali ke tempat asalnya tanpa sebarang kecederaan.

Mengikut tradisi Thailand, kehadiran biawak dipercayai membawa ‘tuah’ kepada mereka yang berhadapan dengan haiwan tersebut.

Biawak juga dikenali sebagai Tua Ngern Tua Thong dan Hia di Thailand.

BACA INI JUGA: Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi



Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon