Jun 28, 2016

Penyakit Pelik Wanita Kencing 'Cacing' Selama 3 Bulan!

Kes seorang wanita berusia 50 tahun yang mengadu kencingnya mengandungi cacing selama tiga bulan telah disifatkan oleh doktor sebagai sesuatu yang pelik dan misteri.

BMJ Case Reports parasite.jpg

Wanita berasal dari South Carolina itu menemui doktor untuk membuat pemeriksaan dan selain kencing mengandungi cacing, dia turut mengalami kesakitan yang amat sangat ketika membuang air.

Doktor yang merawatnya telah meminta sampel air kencing wanita itu dan mereka terperanjat apabila menemui cacing sepanjang 0.5cm berwarna hitam dan boleh dilihat oleh mata kasar.

Ketika menerangkan mengenai kes berkenaan dalam jurnal BMJ Case Reports, doktor itu memberitahu bahawa ia sebenarnya adalah larva, bukannya cacing.

Wanita itu juga disahkan menghidap myasis dan keadaan ini berlaku pada mereka yang minum air yang tercemar dengan telur lalat.

Kebiasaannya ia berlaku di bahagian kulit, mata dan saluran hidung namun jangkitan pada air kencing merupakan satu keadaan yang luar biasa.

BMJ Case Reports parasite [2].jpg

Keadaan itu juga biasanya hanya berlaku di negara membangun dan disebabkan wanita itu menghidap kencing manis maka ia dikaitkan dengan sistem imun yang lemah dengan kapasiti yang kurang untuk melawan jangkitan dan parasit.

Dia juga tidak mengetahui bagaimana jangkitan itu berlaku tetapi wanita itu memaklumkan dia telah berpindah ke Charleston, South Carolina, dari Mexico.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor memberikan ubat ivermectin, bagi merawat pesakit yang dijangkiti parasit dan seminggu selepas itu kencingnya tidak lagi mengandungi larva.

BACA INI JUGA: LUAR BIASA! Di Peluk UNTA Yang Kerinduan Selepas Lama Tidak Bertemu!

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon