Tuesday, June 21, 2016

Awie Sudah Bertunang Dengan Syarifah Ladyana?


Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan vokalis kumpulan Wings, Awie telah sah bergelar tunangan orang baru-baru ini.

aWIE - Syarifah Ladyana.jpg

Gosip itu dihangatkan lagi apabila beberapa keping gambar majlis pertunangan Awie bersama wanita yang dikenali sebagai Syarifah Ladyana itu tersebar.

Menerusi gambar itu Syarifah Ladyana atau lebih dikenali sebagai Lady dilihat diapit oleh dua perempuan Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.

Difahamkan, majlis pertunangan itu diadakan di Hotel Vistana Penang Bukit Jambul 3 Jun lalu.

Majlis hanya dihadiri beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak serta anggota kumpulan Wings sahaja.

Syarifah Ladyana.png

Awie dikatakan memilih wanita itu sebagai calon isterinya setelah beberapa tahun berkenalan kerana sikapnya yang penyayang pada anak-anaknya.

Muncul juga ura-ura, Awie dan wanita yang berkhidmat di sebuah syarikat penerbangan ini bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.

Setakat ini Awie masih belum mengesahkan kebenaran status pertunangannya.

BACA INI JUGA: Selebriti Terkenal Yang Menjadi Inspirasi Lagu Hits

Sumber: Berita Harian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon