Friday, June 17, 2016

Akhbar Ini Akhirnya Mohon Maaf Pada Muhammad Ali Selepas 50 Tahun!


Pemergian lagenda tinju Muhammad Ali ke rahmahtullah, ternyata begitu dirasai oleh seluruh dunia, malah impak berita duka itu juga membuatkan sebuah akhbar The Courie-Journal terbitan Louisville, Amerika membuat permohonan maaf kepada Muhammad Ali secara terbuka.

Muhammad Ali.jpg

Permohonan maaf itu dibuat kerana setelah bertahun-tahun bintang sukan terkenal itu memeluk Islam, akhbar itu tetap berdegil dan enggan menukar namanya kepada Muhammad Ali.

Akhbar itu hanya merujuk petinju itu dengan nama lamanya iaitu Cassius Clay.

Bagaimanapun, selepas Muhammad Ali meninggal dunia atau dianggarkan 50 tahun kemudian, barulah The Courie-Journal menyedari kesilapannya dan memohon maaf.

Pengarang Eksekutif The Courier-Journal, Neil Budde, berkata, bertahun lamanya akhbar itu mengabaikan permintaan petinju itu yang mahu dia dikenali sebagai Muhammad Ali.

“Kami tidak pernah pun cuba menjangkakan apa motif di sebalik tindakan pengarang The Courier-Journal ketika itu.

Muhammad Ali@Cassius Clay.jpg

“The Courier-Journal memang antara pejuang awal hak-hak sivil dan menghapuskan diskriminasi, namun nampaknya kita mengambil pendekatan pelik untuk bermusuhan mengenai isu nama Ali, dan ia tidak banyak membantu memperbaiki hubungan antara kaum ketika ia bergelora,” tulisnya menerusi rencana pengarang akhbar berkenaan.

Difahamkan, The Courier-Journal bukanlah satu-satunya media AS yang terus mengabaikan nama Muhammad Ali.

Muhammad Ali yang memeluk Islam sekitar tahun 1964, menghembuskan nafas terakhirnya pada 3 Jun lalu dipercayai akibat masalah pernafasan dan derita penyakit Parkinson.

BACA INI JUGA: 4 Wanita Yang Pernah Bertakhta Di Hati Muhammad Ali

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon