Nov 12, 2015

Benarkah Cip Bateri Samsung Mampu Mencuri Data Telefon?

Satu rakaman video berdurasi selama 2:19 minit memaparkan mengenai bahaya dan risiko menggunakan telefon pintar jenis Samsung yang didakwa mampu menyimpan serta mencuri data pengguna menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan kegusaran sesetengah pihak.

Samsung
Dakwaan cip di belakang bateri Samsung mencuri maklumat pengguna, tidak benar.

Melalui rakaman berkenaan, pemilik video mendakwa, terdapat cip pengintip yang dipasang di belakang bateri telefon tersebut untuk mengintip apa yang dilakukan penggunanya termasuk mengesan data, video dan apa saja yang dimuat turun pengguna dari dalam telefon tersebut.

FAKTA

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Khirul Nizam Abd Rahman memaklumkan bahawatayangan klip video berkenaan adalah berkemungkinan tidak benar memandangkan cip tersebut dikenali sebagai antenna Near Field Communication (NFC).

Menurut beliau, NFC berfungsi bagi membolehkan pengguna bertukar data atau maklumat dengan peralatan lain yang turut mempunyai teknologi berkenaan seperti telefon pintar dan sebagainya.

Selain itu, Khirul memaklumkan bahawa NFC juga berfungsi sama seperti teknologi Bluetooth di mana pengguna perlu mendekatkan telefon pintar bagi membolehkan berlakunya pertukaran data serta ianya memerlukan kebenaran daripada pengguna terlebih dahulu.

Tambahnya, masyarakat tidak perlu gusar memandangkan kecurian data dengan menggunakan NFC adalah mustahil sama sekali, namun mereka perlu berjaga-jaga kerana pada masa kini, terdapat pelbagai aplikasi yang ditawarkan kepada orang ramai bagi tujuan untuk mencuri maklumat pengguna lain.

BACA INI JUGA: 10 Software Yang Sering Digunakan Oleh Hacker



Sumber: Sinarharian

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Harus berhati-hati juga la kan..

ini adalah rahsia besar kerajaan kerajaan dlm negara seluruh dunia dgn pihak pengeluar talifon bimbit..utk memberkas dn cpt mendptkn sasaran penjenayah..krn penjahat jga akn mnggunakn talifon utk berkomunikasi kecuali la jika penjenayah itu mmg pakar merancang tanpa menggunakan talian apapun yg bersangkutan dgn komunikasi..
benda ini subjektif dn pd yg percaya pda alasan pihak komunikasi boleh shj percaya...tp prlu anda ketahui dizaman sekarang benda betul blh dibuat salah,dan benda salah blh dibuat btl....iyer tak? So bnyk cara lagi yg pihak pngeluar talifon akn buat dimsa akn dtg tnpa kita ketahui...!!! Berhati hati pn kita ,mana lah kita pakar tntng cip canggih yg dipasang selain kita thu guna shj...sbb ada bnyak bnda lg yg prlu kita fikirkn flm kehidupan sehingga kita tidak sedar benda trsembunyi akn sll ada tnpa kita sedari...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon