Friday, August 14, 2015

PKR Mohon Maaf Fitnah Bekas MB Selangor


Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai langkah penyelesaian luar mahkamah berhubung kes saman oleh bekas Menteri Besar Selangor ke atas parti itu.

Abdul Khalid Ibrahim

PKR berkata, Abdul Khalid menarik balik saman itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan penyelesaian beberapa perkara termasuk permohonan maaf secara peribadi oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Abdul Khalid menarik balik saman selepas kesemua pihak bersetuju dengan penyelesaian beberapa perkara termasuk Saifuddin Nasution dan PKR memohon maaf kepada Abdul Khalid,” kata kenyataan PKR itu hari ini.

Berikutan penyelesaian luar mahkamah tersebut, PKR mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya!’ kepada Abdul Khalid yang berjaya dipecat parti itu kerana berkeras enggan melepaskan jawatan Menteri Besar pada 9 Ogos tahun lalu.

Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kemudian menjadi wakil rakyat bebas disebabkan ‘kedegilannya’ menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

PKR pernah merancang melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baharu Selangor dengan mengarahkan ADUN Kajang meletak jawatan secara tiba-tiba tanpa sebab kukuh bagi diadakan pilihan raya kecil kawasan itu.

Namun keputusan mahkamah menyabitkan kesalahan kes liwat Anwar menyebabkan agenda ‘Langkah Kajang’ diatur PKR kemudian diubah dengan memilih isteri bekas Ketua Pembangkang itu sendiri menjadi calon.

Pada 18 Ogos 2014, Abdul Khalid bertindak memfailkan saman sivil menuntut gant rugi terhadap Saifuddin Nasution secara peribadi dan atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung PKR ketika saman tersebut difailkan.

Ia berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 14 Ogos 2014 yang didakwa berniat memfitnah mantan menteri besar paling cemerlang dalam sejarah negeri Selangor itu.

Abdul Khalid juga memohon perintah menghalang Saifuddin Nasution atau wakil, pekerja dan kakitangannya daripada menerbit, mengeluar, mengedar, mencetak atau menyebarkan perkataan yang memfitnah beliau.

BACA INI JUGA: Sejak Itu Aku Koyakkan Sijil PAS Aku - Ustaz Saiful Islam

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon