Friday, August 14, 2015

Gambar Keldai 'Bantu' Bomba Padamkan Api Jadi Viral


Agar selamat daripada menjadi mangsa hutan yang terbakar di Arizona, Amerika Syarikat, seekor keldai memilih untuk kekal bersama-sama dengan anggota bomba yang bertugas ketika itu.

viral donkey

Tindakan bijak keldai terbabit telah mendapat perhatian ramai netizen di seluruh dunia yang percaya haiwan mamalia berkenaan sebenarnya sedang ketakutan dan mahukan perlindungan.

Perkara tersebut ternyata mengejutkan anggota serta krew dari Deserts Hill Fire Departments (DHFD) yang bertugas untuk memadamkan kebakaran seluas 7,000 ekar berdekatan dengan Lake Havasu City itu.

Keldai yang seolah-olah memahami kumpulan anggota bomba tersebut boleh membantunya dikatakan telah muncul secara tiba-tiba untuk menyelamatkan dirinya itu daripada api kebakaran.

viral donkey [2]

Menurut pentadbir DHFD, terdapat banyak keldai liar tinggal di kawasan hutan berkenaan, kebanyakannya sangat ‘degil’ berpindah ke tempat selamat namun tidak bagi keldai yang muncul ini.

Tidak pasti sama ada keldai itu adalah haiwan liar mahupun diternak oleh penduduk di situ, sekiranya tiada siapa yang datang menuntut, keldai tersebut akan diberi perlindungan di American Wild Horse Sanctuary di California. –Agensi

BACA INI JUGA: Gigitan Semut Paling Menyakitkan Di Dunia

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon