Saturday, July 04, 2015

Senarai Filem Wajib Tonton Julai 2015!


Walaupun sudah tiga buah filem blockbuster ditayangkan, namun bulan Julai akan menyaksikan banyak lagi filem dari genre seram, animasi dan banyak lagi akan menjengah pawagam berdekatan anda.

Oleh itu, kali ini kami akan menyenaraikan filem-filem wajib tonton sepanjang Julai ini!

While We're Young
Tarikh tayangan: 2 Julai

While We're Young

Josh Schrebnick adalah seorang pembikin filem dokumentari yang mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya Cornelia kerana tidak boleh menimang cahaya mata.

Apabila John bertemu dengan seorang pembikin filem dokumentari muda dan berinspirasi dan teman wanitanya, pasangan ini mula berubah dan seperti mempunyai satu tenaga baru selepas mereka semakin mengenali pasangan kekasih muda itu.

Filem arahan dan skrip oleh Noah Baumbach ini dibarisi pelakon hebat seperti Ben Stiller dan Naomi Watts sebagai pasangan di pertengahan usia dan Adam Driver dan Amanda Seyfried sebagai pasangan muda.

Attack on Titan: Crimson Bow & Arrow
Tarikh tayangan: 2 Julai

Attack on Titan - Crimson Bow & Arrow

Bagi peminat Anime dan kanak-kanak pastinya ada alasan untuk pergi ke pawagam bulan ini terdapat tiga buah filem animasi ditayangkan ketika ini.

Pastinya ibu bapa tidak mempunyai masalah untuk membawa anak-anak menonton filem "Doraemon The Movie: Nobita and the Space Heroes" atau "Detective Conan: Sunflower of Inferno".

Namun untuk pilihan kami ini disarankan kanak-kanak menonton ditemani oleh ibu bapa.

Ini kerana filem animasi yang diangkat dari manga karya Hajime Isamaya, "Attack on Titans" boleh dikatakan agak ganas dengan memaparkan gergasi pemangsa dan juga kematian, selain plot penceritaan yang mempunyai 'twist'.

Terminator Genisys
Tarikh tayangan: 2 Julai

Jika bulan Jun menyaksikan filem dinosaur kembali ke layar perak menerusi "Jurassic World", namun pada bulan Julai ini pula akan menyaksikan filem kegemaran ramai siri Terminator, "Terminator Genisys".

Ia mengisahkan tentang Kyle Reese yang dihantar ke masa lampau yang mana bagaimana ia mula berlaku iaitu menyelamatkan ibunya dan juga kewujudan dirinya dan menghalang SkyNet.

Namun seperti perkara ia tidak akan menjadi semudah yang disangka kerana terjadi perkara yang tidak diingini dan mereka perlu menghalangnya.

Selain itu, dalam filem terbaru Terminator terbaru ini juga akan mempunyai babak Arnold berlawan dengan Arnold ketika muda.

Bagaimanapun, untuk filem terbaru ini boleh dikatakan dibarisi pelakon baru antaranya Emilia Clarke, Jai Courtney dan Jason Clarke.

Malah filem arahan pengarah "Thor: The Dark Worl", Alan Taylor ini juga akan dibintangi pelakon dari Korea Selatan, Lee Byung-Hun.

Return to Sender
Tarikh tayangan: 9 Julai

Return to Sender

Filem terbaru arahan Fouad Mikati akan dibintangi oleh Rosamund Pike dan Shiloh Fernandez sebagai peneraju yang mana Rasamund akan membawa watak sebagai seorang jururawat bedah yang dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di rumahnya ketika dia menunggu teman temu janjinya.

Dia yang mahu meneruskan hidup dan traumanya telah menghantar surat kepada perogol tersebut yang berada di penjara dengan berkata semua perkara itu boleh dimaafkan.

Selepas perogol itu dibebaskan, dia telah dijemput untuk ke rumah wanita itu. Bagaimanapun bapa wanita itu yang dilakonkan oleh Nick Nolte keliru dengan tindakan anaknya untuk bertemu dengan perogolnya.

Nak tahu mengapa? Kenalah tonton sendiri dipawagam!

The Monk Comes Down the Mountain
Tarikh tayangan: 9 Julai

The Monk Comes Down the Mountain

Pengarah Chen Kaige akan sentiasa dikenang atas kejayaan di Cannes menerusi filem "Farewell My Cincubine", pengarah Fifth Generation juga diberi tanggungjawab untuk mengarah filem seni mempertahankan diri epik "The Emperor and the Assasson" dan "The Promise".

Kali ini Chen kembali dengan filem terbaru arahan yang diadaptasi dari novel terlaris Xu Haofeng, "The Monk Comes Down the Mountain.

Ia mengisahkan tentang seorang sami muda yang dipaksa keluar dari kuil. Untuk hidup di dunia luar, dia telah menggunakan kebolehan seni mempertahankan dirinya dalam usaha mencari seorang mentor.

Dia kemudian telah bertemu dengan seorang guru kung fu yang mempunyai Buku Rahsia yang mengandungi tekni seni mempertahankan diri terunggul yang dikatakan sudah lama hilang iaitu "Ape Strike Kung Fu".

Bagaimanapun buku itu dikehendaki oleh seorang pemuda dan bapanya sanggup berbuat apa sahaja termasuk membunuh demi mendapat buku itu dan sami itu terpaksa melindungi buku itu dari jatuh ke tangan penjahat.

Watak sami muda akan dibawa oleh pelakon komedi Wan Baoqiang selain Aaron Kwok, Chang Chen, Lin Chi-Ling, Fan Wei, Wang Xueqi dan Vannesa Wu.

A Little Chaos
Tarikh tayangan: 9 Julai

Sabine de Barra adalah seorang janda dari Perancis yang merupakan seorang juru lanskap taman. Apabila dia mendapat kerja untuk membina sebuah taman mewah di Palace of Versailles yang mana ia menempatkan kediaman Raja Loius XIV. Namun apabila Sabine bertembung dengan juru landskap diraja tersebut sewaktu bersiar-siar, sesuatu mula berputik di antara mereka.

Filem arahan Alan Rickman' ini adalah filem keduanya sejak filem "The Winter Guest" pada tahun 1997 dan filem terbarunya sudah pun ditayangkan di Festival Filem Toronto tahun lalu di mana dia menerima pujian atas lakonan Kate Winslet sebagai Sabine dan Matthias Schoenaerts sebagai juru landskap diraja. Rickman pula membawa watak sebagai Raja dengan Stanley Tucci membawa watak adik Raja.

Gangsterock Kasi Sengat
Tarikh tayangan: 17 Julai

Gangsterock Kasi Sengat

Apabila seorang ketua gangster bernama Khidir mahu bersara, dia diberi amaran kerana keputusannya untuk bersara itu seperti menempah maut. Rude pula adalah pesaing Khidir yang lebih muda dan agresif. Pada masa sama muncul Shake dan Bromo, dua orang 'rocker' bernasib malang apabila ditipu dan dibuang dari kumpulan masing-masing.

Ketika berlaku satu kecurian, Shake dan Bromo telah berjaya menyelamatkan loket Mak Jenab. Sebagai balasan Mak Jenab membenarkan mereka tinggal di rumahnya. Ketika mereka ke kedai makan penduduk menyangkakan mereka adalah gangster.

Kebetulan apabila gangster sebenar muncul mahu memungut wang perlindungan dan memukul peniaga-peniaga di situ, Shake dan Bromo membantu. Bermulalah perseteruan dengan Rude yang mahu membunuh mereka.

Marvel's Ant-Man
Tarikh tayangan: 16 Julai

Fasa kedua Marvel sudah pun melabuhkan tirai iaitu filem terakhir "Avengers: Age of Ultron". Fasa ketiga Marvel akan bermula dengan filem "Marvel's Ant-Man". Ia mengisahkan tentang seorang pencuri yang telah diberi peluang oleh seorang saintis untuk mengubah hidupnya menjadi seorang adiwira.

Pada mulanya filem ini diarahakan oleh Edgar Wright, namun Edgar telah digantikan oleh Peyton Reed. Ia dibintangi oleh Michael Douglas dan Paul Rudd serta Evangeline Lily dan Michael Pena serta Corey Stoll.

Ju-On: The Final
Tarikh tayangan: 16 Julai

Ju-On - The Final

Sejak tahun 2002, "Ju-On: The Grudge", francais filem merupakan salah sebuah filem yang berjaya bertahan apabila mempunyai tujuh filem yang mana terakhir pada tahun 2014.

Terbaru, Ju-On bakal muncul dengan filem terakhir mereka yang mana ia mengisahkan selepas kejadian berlaku terhadap guru sekolah Yui Shono yang hilang selepas memasuki rumah Saeki, dan adiknya Mai cuba mencari kakaknya selepas kehilangannya.

Filem terakhir ini merupakan filem wajib tonton oleh peminat filem seram Ju-On yang mula mengikuti filem sejak yang pertama.

The Gallows
Tarikh tayangan: 23 Julai

Jika anda bukan seorang peminat filem seram Jepun kerana bulan Julai menyajikan banyak filem-filem seram seperti dari tempatan dan antarabangsa "CCTV", "The Strange House" atau "Vatican Tapes".

Bagaimanapun, kami memilih filem seram bergenre 'found footage' "The Gallows" yang ia mengisahkan tentang sebuah sekolah tinggi merancang untuk membuat persembahan teater mengenai kematian seorang pelajar sekolah tersebut 10 tahun lalu.

Paper Towns
Tarikh tayangan: 23 Julai

Filem yang diangkat dari novel nukilan John Green "The Fault In Our Stars" mungkin akan mengelirukan bagi sesiapa yang tidak pernah baca hasil nukilannya, namun untuk filem terbaru yang diadaptasi dari John akan memperlihatakan John seorang penulis yang mampu memahami pemikiran penonton dan pembaca muda.

Ia mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah bernama Quentin yang dikunjungi oleh rakannya Margo pada suatu malam. Margo mahu Quentin membantunya membalas dendam terhadap orang-orang yang telah membuat salah kepadanya. Keesokan harinya, Margo menghilangkan diri dan Quetin mengikut petunjuk yang ditinggalkan Margo untuk menjejakinya kembali.

Filem ini akan diarahkan oleh Jake Schreier ini akan dibintangi oleh Nat Wolff, Cara Delevingne, Halston Sage dan Austin Abrams.

Twenty
Tarikh tayangan: 23 Julai

Apabila tiga sahabat baik berusia 20, mereka mula memikirkan masa depan mereka dan apa yang akan berlaku dengan masing-masing mempunyai perangai aneh.

Ini merupakan filem kedua arahan Lee Byeong-Hun dan dibintangi Kim Woo-Bin, Lee Joon-Ho dan kang Ha-Neul. Jika ditonton dari treler filem ini, boleh dikatakan filem ini menarik untuk ditonton.

Mission: Impossible Rogue Nation
Tarikh tayangan: 30 Julai

Mission - Impossible Rogue Nation

Filem pengintip akan berterusan pada Julai ini dengan kembalinya hero kegemaran ramai Tom Cruise sebagai ejen pengintip IMF Ethan Hunt. Selepas misi 'Ghost Protocol' dalam usaha menyelamatkan IMF dari organisasi musuh yang mahu menghapuskan IMF.

Filem terbaru ini akan diarahkan oleh Christopher McQuarie dan dibintangi pelakon asal seperti Tom Cruise, Simon Pegg, Jeremy Renner dan Ving Rames. Manakala Rebecca Ferguson akan membuat penampilan sebagai muka baru dalam francais kali ini.

Bangistan
Tarikh tayangan: 30 Julai

Filem komedi ini memaparkan tentang kisah yang serius dengan topik yang diketengahkan sangat sensitif. Tetapi apabila menonton treler filem ini kami agak kagum dengan filem debut arahan Karan Anshuman. "Bangistan" akan diterjaui oleh Riteish Deskmukh dan Puklit Samrat manakala Jacqueline Fernandez turut akan membuat penampilan.

Selamat menonton..

BACA INI JUGA: 10 Filem Terbaik Untuk Meningkatkan Motivasi Dan Berjaya

Sumber: Tupai.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon